Mengapa
perairan negara kita mudah di ceroboh terjawab apabila kerajaan
Malaysia bawak umno BN menamatkan operasi Polis Marin dan setelah
terlupusnya operasi Marin di Sabah.. berlakulah pencerobohan besar
besaran pendatang asing masuk ke Sabah.
Apakah penutupan operasi Polis Marin berkaitan dengan projek ic? Boleh jadi kelongaran perairan Sabah untuk memudahkan kemasukan Filipin bolos... maka SAH lah .. inilah antara puncanya mengapa dan bagaimana dengan mudahnya penceroboh memasuli negara kita dan menyebabkan berlakunya krisi Sulu dan akhirnya meragut nyawa polis dan orang awam....
Berikut perdebatan dalam parlimen berkaitan dengan pembatalan operasi marin Sabah.
Petikan DR 17/11/2009 (Muka Surat 41)
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.
12.40 tgh.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada
tiga
perkara iaitu P.6, Butiran 18000 - Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia. B.6, Butiran 020200 - Unit Perancang Ekonomi dan juga P.6,
Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan.
Tuan
Pengerusi, saya mendapat maklumat bahawa kerajaan berhasrat untuk
melupuskan Pasukan Polis Marin itu dan diganti dengan pasukan maritim
yang sedia ada. Sekiranya ini benar-benar berlaku, maka kebimbangan saya
dan ramai lagi rakyat Malaysia terhadap keputusan ini amat melebar,
iaitu kita maklum bahawa pasukan maritim ini baru sahaja diwujudkan di
negara kita lebih kurang dua tahun atau tiga tahun.
Bayangkan
bagaimana anggota Polis Marin itu sendiri telah berkhidmat dengan Polis
Marin, tetapi tiba-tiba kerajaan membuat perakuan untuk membubarkan
pasukan ini dan diambil alih oleh maritim. Ini pada saya, dalam keadaan
negara kita pada hari ini Tuan Pengerusi pun maklum, bahawa sempadan
kita terlalu luas terutama sekali di Sabah, di kawasan Kelantan,
Terengganu, Sarawak dan sebagainya. Apabila sempadan ini luas, maka
unsur-unsur negatif jenayah penyeludupan,
perdagangan manusia berleluasa.
Hari ini kita ada empat, lima pasukan pengawasan. Kita ada Polis Marin, kita ada
maritim,
kita ada kastam, kita ada imigresen, kita ada tentera, kita ada Polis
Hutan, macam-macam ada, tetapi masih banyak juga unsur-unsur jenayah
yang melanda di dalam negara kita. Yang sedihnya, yang anehnya, lapangan
terbang kita juga dibolosi oleh penyeludup. Iaitu baru-baru ini saya
terbaca pagi tadi, dadah jenis Syabu dianggarkan berjuta-juta ringgit
boleh lolos dari lapangan terbang dan di hotel pula baru ditemui. Malu
kita dengan negara-negara lain. Seharusnya lapangan terbang yang
sebegini canggih dilengkapi dengan alat-alat pengesan yang cukup canggih
sehingga apa sahaja benda dia bawa, maka boleh didapati dengan begitu
mudah,
tetapi tidak tahulah bagaimana pentadbiran di lapangan terbang ini boleh berlaku.
Jadi
bayangkanlah bagaimana maritim itu sendiri boleh menguatkuasakan
undang-undang atau boleh melaksanakan tanggungjawabnya di sempadan
dengan berseorangan. Apa akan berlaku dengan negara kita? Kebimbangan
saya bahawa kita akan berhadapan dengan satu mala petaka yang mungkin
tidak boleh kita duga pada masa akan datang.
Jadi
saya mencadangkan hari ini kepada kerajaan supaya hasrat untuk
membubarkan Pasukan Polis Marin itu sendiri supaya ditangguhkan dan
jangan sekali-kali mengizinkan satu badan seperti Maritim Malaysia untuk
mengambil alih tugas-tugas Pasukan Polis Marin ini sebab ia akan
mendatangkan kemungkinan-kemungkinan yang tidak boleh kita duga.
Rujukan : Hansard parlimen 17/11/2009 [sini]
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-17112009a.pdf untuk pengesahan Parlimen 17/11/2009.
So
jelaslah.. bahawa kerajaaan BN dan umnolah punca terjadinya BOLOS dan
membiaknya kegiatan jenayah di Sabah.Adakah perlu kita sebagai rakyat
akan megekalkan pemerintahan umno BN dan memberi undi dalam PRU 13?
King of Goblok
Dalam UMNO mengambil kesempatan menyalahkan Anwar terkeluar cerita di bawah yang aku ambil dari blog TULANG BESI. Baca:
Bukti militan sulu adalah ahli UMNO! sumber Tukar Tiub |
Dalam UMNO mengambil kesempatan menyalahkan Anwar terkeluar cerita di bawah yang aku ambil dari blog TULANG BESI. Baca:
Tulang Besi terbaca artikel terbaru dalam Manila Bulletin. Laporan bertajuk "Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia"
memetik Nur Misuari yang berkata kedatangan penceroboh2 Lahad Datu itu
adalah atas janji Perdana Menteri, Najib Tun Razak, untuk diberikan
tanah kepada mereka.
Patutlah sakan sangat mereka menuduh Anwar Ibrahim. rupanya semua ini angkara Najib dan UMNO sendiri.
Tapi ini zaman internet, zaman Facebook, zaman dunia tanpa sempadan.
Maklumat berlegar begitu cepat dan pantas.
Ibarat kata orang2 tua, bangkai gajah tu tak boleh ditutup dgn daun nyiru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha