09 Mac, 2013

Dalang utama Lahad Datu. Ketua cawangan UMNO!


oleh: ASD

Dalang yang membawa masuk pengganas Sulu ke Kampung Tandua dilaporkan telah ditahan ketika cuba masuk ke Dewan Serbaguna Embara Budi untuk menyamar sebagai penduduk kampung, petang kelmarin.

Malang buat pencacai-pencacai UMNO kerana individu tersebut bukanlah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana yang didakwa oleh pencacai UMNO di ( SINI )

Tetapi beliau adalah Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom.. sila baca di ( SINI )

Lahad Datu: Lapan lelaki termasuk seorang warga emas dikenali sebagai Mat Bom bersama lapan pengikutnya dipercayai saki-baki pengganas ditahan ketika cuba masuk ke Dewan Serbaguna Embara Budi untuk menyamar sebagai penduduk kampung, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berpakaian seperti orang awam cuba mengaburi pasukan keselamatan, namun tidak berhasil selepas dia ditahan di depan pintu pagar dewan berkenaan yang dikawal ketat polis bantuan FELDA.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan polis bantuan yang curiga dengan tindak-tanduk lelaki itu bersama lapan pengikutnya akhirnya membongkar taktik liciknya selepas dia difahamkan antara dalang membawa pengganas masuk ke Kampung Tanduo.

“Mat Bom yang juga penduduk Kampung Tanduo didakwa sering menghasut penduduk kampung supaya memberontak di sini.

“Dia juga sering mengedar risalah mengenai Kesultanan Sulu kepada penduduk kampung dan menghasut supaya mentaati Sultan Sulu,” katanya.

Sumber berkata pihaknya juga percaya lelaki itu menjadi dalang membawa kumpulan pengganas ke  Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu.

"Dia bersama pengikutnya diserah kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. ~ Harian Metro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha