"Semua dah tunjuk pandai pasal agama, aku nak cerita apa pulak?!!! |
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Umat Islam di negara ini hendaklah bersatu demi kepentingan agama Islam walaupun mereka berbeza pendapat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata kepentingan umat Islam perlu dipertahan di negara ini.
Wassatiyah! |
“Walaupun kita ada perbezaan pendapat, tapi kita carilah cara untuk penyelesaian dan janganlah sampai kita merosakkan kepentingan Islam dan masa depan negara,” katanya di depan 500 jemaah Masjid Jamek Seri Petaling sempena program ziarah masjid di sini semalam.
Penyelesaian kepada akidah umat Islam ala Najib! |
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha serta Pengerusi masjid itu Zaid Abdullah.
“Sebab itu, dalam apa jua keadaan, agama Islam mesti kita pertahankan, syariat Islam, kalimah Allah kita sucikan kerana inilah tanggungjawab kerajaan yang memperjuangkan syiar Islam,” |
Najib, yang tiba pada 8.50 malam berbaju Melayu coklat dan berkain pelikat, menunaikan solat Isyak dengan diimamkan Imam Besar Masjid Maulana Abdul Hamid Chin.
Umat Islam di negara ini hendaklah bersatu demi kepentingan agama Islam walaupun mereka berbeza pendapat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. |
Najib bersama jemaah lain kemudian mendengar tazkirah ringkas berkaitan sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW oleh Ustaz Muaz Roslan, yang membaca kitab Hayatus Sohabah.
Masjid itu merupakan markas pergerakan Tabligh di negara ini sejak 1985 dan sentiasa dikunjungi jemaah dari seluruh dunia yang menjadikannya antara markas bagi melahirkan pendakwah Islam di negara ini.
Najib berkata kerajaan akan sentiasa membantu pergerakan dakwah di negara ini dengan apa sahaja cara yang boleh dilakukan bagi mempertingkat syiar Islam.
“Sebab itu, dalam apa jua keadaan, agama Islam mesti kita pertahankan, syariat Islam, kalimah Allah kita sucikan kerana inilah tanggungjawab kerajaan yang memperjuangkan syiar Islam,” kata beliau yang turut meluangkan masa
bersalaman dengan jemaah sebelum beredar.
Sumber artikel - Bernama
Sumber gambar - Google
Mantap! kah kah kah! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha