kepala konspirator? |
KONSPIRASI TERANCANG YANG MELIBATKAN PEGAWAI DI
PEJABAT DSAI & MPN PERAK UNTUK MELETAKKAN DATO HADI
SEBAGAI CALON ADUN BEHRANG GAGAL APABILA DSAI TERHIDU
MPN PKR Perak yang dipengerusikan oleh Dr Muhammad Nur Manuty serta dibantu oleh Timbalan Pengerusi YB Dr Lee Boon Chye dan Pengerusi JPRN Perak Tn Hj Ismail serta pegawai di Pejabat DSAI Tn Hj Rahman Yaakob gagal di dalam cubaan mereka agar DSAI mengistiharkan Dato Abd Hadi bin Abd Khatab sebagai calon ADUN Behrang di Ceramah Umum DSAI di Behrang Ulu pada 22 Mac 2013 yang lalu apabila DSAI dapat menghidu bahawa masalah calon & perbincangan dengan Ketua Cabang PKR Tanjong Malim masih belum selesai.
Mej (B) Kamal Badri, Ketua Cabang yang diwarwarkan sebagai calon ADUN Behrang sehingga malam tersebut masih tidak tahu bahawa ada perancangan untuk peristiharan tersebut. DSAI sebelum ini pernah mengatakan perbincangan & persetujuan dengan pihak Cabang adalah perlu sebelum peristiharan tersebut dibuat. Malah DSAI sebelum ini hanya mengistiharkan calon Parlimen sahaja. Justeru itulah DSAI tidak jadi untuk mengistiharkan calon ADUN Behrang pada malam itu. Dari maklumat yang telah diterima, nama Mej (B) Kamal Badri tidak pernah diangkat oleh sesiapa terutamanya dari Pengerusi MPN Perak Dr Muhammad Nur Manuty ke dalam mesyuarat Bilik Gerakan Utama (BGU) justeru itulah DSAI merasakan bahawa tiada masalah dari Cabang Tanjong Malim untuk menerima Dato’ Hadi sebagai calon.
Di dalam perancangan konspirasi tersebut Tn Hj Rahman telah mengarahkan Ketua Cabang untuk mengadakan ceramah DSAI di DUN Behrang dan Dato Hadi juga telah dimaklumkan perihal berkenaan. Kesilapan berlaku apabila Dato Hadi tanpa memaklumkan Cabang membuat persiapan ceramah di Pejabat PAS Cawangan Berop. Ketua Cabang pula telah membuat persiapan ceramah di Behrang Ulu. Ketua Cabang hanya mengetahui bahawa ceramah lain di Berop setelah PAS Cawangan Berop memaklumkan kepada beliau.
Ketua Cabang terus memaklumkan kepada Tn Hj Rahman & MPN Perak serta disalinkan kepada DSAI bahawa ada gangguan terhadap ceramah di Behrang Ulu. Walau bagaimanapun dengan kebijaksanaan SU MPN Perak Sdr Anuar Zakaria ceramah di Berop dapat dibatalkan. Disebabkan atas kebiadapan Dato Hadi ini yang mengadakan ceramah tanpa persetujuan Cabang, Cabang telah tidak menyenaraikan dia sebagai penceramah jemputan pada malam itu. Tn Hj Rahman pula mengancam bahawa DSAI tidak akan datang ke Behrang Ulu sekiranya Dato Hadi tidak diberi peluang untuk berceramah. Malah dia juga mengarahkan Cabang untuk memasukkan gambar Dato Hadi ke dalam kain rentang (semasa beliau mengarahkan, kain rentang berkenaan sudah siap).
Cabang terus berkeras dan meminta pula Sdr Mustafa Kamil Ayub untuk campurtangan. Kekecohan inilah yang menyebabkan masalah calon ADUN Behrang mendapat perhatian DSAI bahawa masalah calon ADUN Behrang belum diselesaikan. Mengikut sumber dari MPN Perak di dalam konspirasi ini juga, Dr Muhammad Nur Manuty sepatutnya telah memberitahu Mej (B) Kamal Badri seminggu sebelumnya bahawa BGU telah memilih Dato Hadi sebagai calon. Sudah tentulah Dr Muhammad Nur Manuty tidak akan memaklumkan kepada Mej (B) Kamal Badri kerana perbincangan dengan Cabang belum dibuat malah selama ini Dr Muhammad Nur Manuty mengatakan kepada Mej (B) Kamal Badri bahawa Mej (B) Kamal Badri adalah calon ADUN Behrang.
Ketua Cabang Mej (B) Kamal Badri adalah anak kelahiran Behrang Stesen, pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari UiTM Shah Alam dan Diploma Strategik & Pengajian Pertahanan dari Universiti Malaya. Beliau adalah bekas Pegawai Kewangan TUDM yang pernah menguruskan belanjawan TUDM sebelum beliau bersara pada tahun 2003. Beliau juga adalah Reformis 98 yang bersama puluh ribuan rakyat yang menentang kezaliman terhadap DSAI. Ketika itu beliau masih berkhidmat di dalam TUDM dan tinggal di Selayang. Beliau sudah dikenali di kalangan masyarakat Behrang dan kerana beliaulah Cabang Tanjong Malim adalah di antara Cabang yang paling popular di Perak yang penuh diwarnai dengan aktiviti parti.
P/S: Ni semua tanda2 PR takkan berjaya merampas kembali Perak dalam PRU13! Tionaseng!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha