Malaysiakini melaporkan bahawa Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez dilaporkan berkata pencerobohan pengikut sultan Sulu di Sabah telah tamat.
Itu kata pihak Filipina. Pihak Malaysia tidak memberi sebarang pengesahan. Hanya 10 ditawan dan 10 terkorban di pihak penceroboh. Manakala 4 yang lain cedera. Jumlah yang digambar hanyalah 24.
Apa jadi dengan baki yang lain? Jika benar jumlahnya 300 orang maka ada baki 276 orang lagi. Jika jumlahnya adalah 100 maka bakinya masih ada 76 orang. Adakah mereka sudah berlepas ke Tawi-Tawi atau disorok pihak tertentu?
Pekara sebenar perlu dijelaskan kepada rakyat. Rakyat perlu tahu perkara sebenar. Jika wayang pun wayanglah. Yang penting rakyat perlu diberi pencerahan.
Segalanya masih jadi persoalan. Jika benar ini pencerobohan bersenjata maka pendakwaan mengikut undang-undang kita (Malaysia) hendaklah dilaksanakan ke atas semua yang terlibat. Kejadian berlaku dalam negara kita. Jangan lepas kepada Filipina.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha