09 Mac, 2013

Mandat pemerintahan BN tamat hari ini!







Nampaknya penggal lima tahun kerajaan Barisan Nasional (BN) secara rasminya tamat hari ini.

Belum pernah dalam sejarah politik negara, mana-mana perdana menteri memanggil pilihanraya umum genap atau melebihi lima tahun tetapi Najib Altantuya sekali lagi memecahkan rekod apabila setelah lima tahun genap mandat berakhir, masih tiada tanda-tanda ia akan diadakan.

Selain menggunakan baki mandat yang diperolehi oleh bekas perdana menteri, Abdullah Badawi lebih tiga tahun lalu, Najib Altantuya juga adalah satu-satunya perdana menteri yang tidak memperolehi mandatnya sendiri setelah genap lima tahun BN diberi mandat semalam.

Secara teknikalnya, kerajaan BN yang berkuasa sudah tidak lagi mempunyai kuasa mutlak untuk membuat keputusan penting termasuk soal keselamatan kerana parlimen sudah tidak lagi bersidang dan kali terakhir untuk berbuat demikian adalah bulan lepas.

Persoalannya, mengapa Najib Altantuya terpaksa melakukan perkara sedemikian?

Jawabnya mudah, kerana hasil risikan polis dan tentera menunjukkan bahawa sekiranya pilihanraya diadakan, BN akan kalah di tangan Pakatan Rakyat dengan hanya memperolehi sekitar 85 ke 95 kerusi parlimen dengan sebahagian besarnya masih bergantung harap kepada Umno.

Bukan satu atau dua malah sudah ramai penganalisis ekonomi dan politik meramalkan BN akan kalah besar pertama kali dalam sejarah setelah gagal memperolehi majoriti dua pertiga lima tahun lalu.

Hinggakan Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin sehingga kini digantung tugas gara-gara membentangkan laporan sensitif di forum ekonomi di Singapura Disember tahun lalu yang sama sekali tidak memihak Umno sekiranya pilihanraya diadakan dalam tempoh tiga bulan.

Dalam tercari-cari cara untuk menangguhkan pilihanraya, nampaknya isu serangan di Lahad Datu dijadikan satu alasan untuk Najib Altantuya menangguhkan pilihanraya bagi memberi peluang dan ruang untuk BN menyusun semula jentera pilihanrayanya yang dikatakan kucar-kacir walaupun arahan supaya lebih 7,000 pusat daerah mengundi (PDM) di seluruh negara sudah diaktifkan sejak 1 Mac lalu.

Hasil arahan Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan seperti dijangka mengecewakan, malah ada di antara PDM yang dibuka cuma setakat lembu dan kerbau sahaja yang singgah kerana alasan jentera peringkat akar umbi apabila ditanya mengapa tiada gerakan pilihanraya, jawab mereka, fulus belum ada!

Jadi bagaimana kenyataan Ahmad Maslan kononnya BN kembali memperolehi dua pertiga itu boleh diterjemahkan dalam bentuk undi kepada Umno dan BN sedangkan bilik pilihanraya paling asas pun kebanyakannya masih 'tidur'?

Najib Altantuya yang mengetahui masalah kritikal ini nampaknya mengalih pandangan ke arah tuntutan kesultanan Sulu dan kerajaan Filipina yang menuntut Sabah dikembalikan kepada mereka keraja perjanjian pajakan ke atas negeri itu sudah tamat pada 1978.

Mainan politik sebegini sangat bahaya kerana menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Najib Altantuya ada menawarkan penyelesaian yang akan merugikan Malaysia.

Rafizi melahirkan kebimbangan dengan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Kabinet Filipina, Rene Almendrass bahawa Najib Altantuya bersetuju untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penceroboh Sulu dengan syarat mereka hanya perlu meninggalkan atau menyembunyikan senjata dan meninggalkan Sabah.

Lebih membimbangkan, laporan itu turut menyebut persetujuan pentadbiran Najib Altantuya untuk membuka kembali soal tuntutan terhadap Sabah yang dibawa oleh penceroboh Sulu.

Jelas kenyataan Najib Altantuya sesungguhnya berbahaya terhadap keselamatan negara kerana sebuah kerajaan berdaulat sanggup memberi muka terhadap tuntutan pengganas yang tidak diiktiraf di negaranya sendiri.

Secara tidak langsung ia dapat mengalih perhatian negara ke atas skandal yang membelenggunya termasuk dakwaan Deepak Jaikishan dan terbaru, kembalinya bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang mengetahui bagaimana dan siapa yang mengarahkan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Takkanlah pada 8 June 2008.. Anwar Ibrahim dah berjumpa Bapa Saiful untuk berunding untuk meminta Bapa Saiful membuat satu kenyataan media pada tahun 2013 mendakwa tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Ketua Pembangkang itu satu konspirasi. Sedangkan Saiful mendakwa diliwat pada 26 June 2008...





 Tetapi semalam negara dikejutkan dengan pengakuan terbuka bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim yang mengaku kes fitnah liwat II Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan konspirasi politik tertinggi yang turut mengaitkan Najib Altantuya kerana Saiful berjumpa dan berbincang dengan setiausaha politik Najib Altantuya, Khairil Annas Jusoh.

Perkembangan terbaru ini memungkinkan isu serangan Lahad Datu yang sudah pun masuk hari ke-28 akan sekali lagi dijadikan modal untuk mengalih perhatian terhadap skandal besar selain mengurangkan serangan Pakatan Rakyat terhadap BN.

Kita mengharapkan agar Najib Altantuya lebih bertanggungjawab dan jujur dalam keputusannya kerana setakat ini nampaknya tiada satu pun nota positif yang diterima rakyat kecuali hanya memperkayakan kroni dan suku-sakat melalui projek 1Malaysia nya dan terus mengabaikan kehendak dan keperluan rakyat terbanyak.

Walaupun 28 April ini ditetapkan sebagai tarikh akhir parlimen berfungsi kerana kesemua ahli parlimen mengangkat sumpah pada tarikh ini lima tahun lalu, namun secara prinsipnya, BN hanya berstatus kerajaan sementara atau caretaker goverment seperti yang diamalkan di negara Westminster.

Ke mana kini haluan negara kita sebenarnya?

JALAN PULANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha