PR akan merana jika pengundi muda boikot PRU13!
Jika ini berlaku, padan muka Azmin Ali (timbalan Presiden PKR) khasnya dan padan muka kepada Pakatan Rakyat amnya.
Baca:
INI AMARAN.
Sudah dua hari ku pujuk hati agar jangan menulis tentang hal ini.Dua
hari ini juga menyebabkan hati dan jiwaku sakit. Namun hati tanpa
pengetahuan warasku telah mengarahkan tangan agar tulis. Alasan hatiku
ialah perkara ini sangat melukakan, ia sangat bersejarah, ia mampu
membayangkan akan kebobrokan masa depan yang mungkin anak anak generasi
akan datang terkena.
Aku mula mengkagumi Chegu Bard pada era
reformasi. Era di mana bermulanya Umno bukan lagi malaikat yang sentiasa
betul. Mahathir pada ketika sebelumnya dianggap manusia paling bijak.
Semua kebaikan kebaikan yang ada di dunia Malaysia ini berasal daripada
otak hanyirnya. Aku mengikuti perkembangan Chegu Bard dalam mendombrak
semangat anak muda melawan kezaliman yang mana kezaliman utama Mahathir
ketika itu ialah membuang insan kamil Anwar Ibrahim.
Banyak perkembangannya aku ikuti melalui blognya. chegubard.blogsport
com. Semasa beliau di Korea, kami berutus email dan sebagainya. Semasa
itu, Che Guevara merupakan ikon anak muda dan Chegu Bard juga
mengikonkan dia. Aku rasa anak muda ini sangat cool dan kena dengan jiwa
aku.
Selepas aku ditangkap kerana bersih 2.0 aku berkesempatan
bertemu dengan Chegu Bard ini. Dalam satu ceramah yang dianjurkan oleh
pemuda Pas Kelantan yang dibuat di Bachok, aku diperkenalkan oleh Topeng
Perak Unmasked dan Md Hazwan H kepada Chegu Bard. Malam itu kami
berbual panjang. Chegu Bard bertanyakan tentang perjalanan kes aku dan
sebagainya. bertukar nombor telefon, lalu kami akrab.
Kemudian,
aku banyak terlibat dalam gerakkan massanya iaitu Solidariti Anak Muda
Malaysia ( SAMM). Gerakan ini cukup berjiwa muda. Kami menjadikan
gerakan ini sebagai pemacu arah dalam menjatuhkan regim Umno. Kami
bergerak di atas bantuan orang ramai menyelak dan membilang kesalahan
Umno sehingga menjadikan rakyat sedar dan tahu akan kejahatan Umno
selama ini.
Hati kecilku selalu berkata dan berharap, suatu
hari nanti Chegu Bard akan menjadi seseorang di dalam kepimpinan negara.
Beliau sangat layak. Keyakinan aku ini sebenarnya dikongsikan oleh
berjuta rakyat Malaysia yang berazam menjatuhkan regim hari ini.
Dua hari lepas melalui blognya http://chegubard.blogspot.com/2013/03/chegubard-sedia-untuk-menjadi-jentera.html?m=1
Chegu Bard mengisytiharkan yang beliau tidak akan bertanding dalam PRU
kali ini. PRU yang merupakan ibu segala PRU ini tidak akan disertainya
sebagai calon. Aduh, apalah malangnya nasib Malaysia disaat insan yang
menghabiskan seluruh jiwa dan raganya kepada perjuangan menentang regim
tidak diambil kira untuk dijadikan sebagai calon.
Secara
benarnya, jika keputusan ini diambil kerana beliau tidak layak, aku akan
meragui otak jawatankuasa pemilih, namun jika keputusan ini dibuat
kerana ada sabotaj di kalangan atasan untuk membantutkan perjuangan
Chegu Bard, kami anak muda tidak teragak agak untuk memulau pilihanraya
kali ini. Aku berani berkata begini kerana, pemimpin yang bakal berada
diatas untuk menggantikan regim yang akan datang hampir serupa dengan
yang ada hari ini. Mereka masih mengekalkan jiwa dan siasah kezaliman.
Bukan merajuk, jika benar keputusan ini terhasil daripada kejahatan di
atas, cukuplah perjuangan itu. Kamu masih belum ikhlas untuk
menumbangkan regim, malah kamu sebenarnya berjuang untuk tembolok kamu
sendiri.
Kepada Chegu Bard, seikhlasnya dari hati nuraniku
berharap agar Chegu Bard menarik balik keputusan yang dibuatnya. INI
AMARAN daripada seluruh anak muda di Malaysia.
Hj OsaMa
amat setuju.......
BalasPadam