10 Mac, 2013

Sabah. Gelombang peralihan sokongan dari BN ke PR!







TERIMA.....Gambar menujukkan Haji Ansari sedang menerima borang penyertaan sebagai ahli PKR daripada Efendy Haji Marjayah (kedua dari kanan) di akhir majlis tersebut. Gambar sisipan Ayunadira Haji Marjaya
Oleh: KREW SABAH KINI.NET
TUARAN : Kerabat Allahyarham Haji Marjaya KK Haji Lidah, bekas Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Tuaran, yang diketuai oleh anaknya, Efendy, bersama 40 orang saudara mara mereka di Kampung Laya-laya, Tuaran menyifatkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Haji Hajiji Haji Noor sebagai tidak mengenang jasa.
Kata mereka Hajiji melupakan perjuangan allahyarham sepanjang mencurahkan khidmat kepada UMNO serta membantu Hajiji menjayakan cita-citanya sebagai pemimpin; bukan sahaja di Kawasan Sulaman yang diwakilinya, malahan untuk menjadi Ahli Kabinet di Negeri Sabah.
Keluarga Efendy sungguh merasa kecewa dengan sikap Hajiji yang telah tidak menjenguk mereka setelah Allahyarham Haji Marjaya meninggal dunia dan sikap melupakan kawan seperjuangan seperti itu mendorong mereka untuk membuat keputusan menyertai dan menyerahkan borang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tuaran yang diterima oleh oleh Ketua Cabang PKR Tuaran, Haji Ansari Abdullah yang juga Ahli Majlis Pimpinan PKR Kebangsaan.
Menurut keluarga Efendy mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Hajiji kerana bersikap seperti lupa daratan di mana memerlukan sokongan rakyat hanya untuk mendapatkan sokongan, tetapi tidak memperdulikan penyokong setelah memperolehi kedudukan yang dikecapinya sekarang.
Kekecewaan kerabat Allahyarham Haji Marjaya itu telah disuarakan penuh perasaan oleh anak perumpuannya Ayu Wandira Haji Marjaya ketika berucap di majlis menyertai PKR di perkarangan kediaman mereka di Kampung Laya-laya, Tambalang  dekat sini baru-baru ini.
"Setelah menyedari kepimpinan Hajiji yang melupakan perjuangan dan sumbangan Allahyarham Ayah kami, maka adalah mustahil untie kami untuk terus menyokongnya dalam Pilihanraya Umum Ke 13 tidak lama lagi. Setelah ayah kami meninggal dunia Hajiji tidak pernahpun menjenguk keluarga kami yang mengharapkan sumbangannya," kata Ayu Wandira lagi.
Melihat kepada sikap rakyat negeri ini yang dilihat inginkan perubahan dengan menyokong pembangkang, maka PKR Cabang Tuaran terus mendapat sokongan rakyat terutama sekali di Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman di mana sebelum ini seramai 160 orang dari Kampung Tembiluk, Mengkabong yang diketuai oleh Jasni Aneh telah juga menyertai PKR.
Penyerahan borang tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Pakatan Rakyat Tuaran, Mohd Fairuz Bandar, Pengarah Jentera Pilihanraya PKR Sulaman; Haji Amin Haji Ibrahim, Timbalan Pengarah; Dominic Ombilod Onul, Ketua Penerangan Jentera; Mohd Tarmizi Sandhu @ Tara Singh, Bekas Ketua Cabang PKR Tuaran, Haji Ibrah Hamid, Pengarah Strategi; Haji Ali Akhbar Kawi, Pengarah Media dan Perang Saraf; Haji Ghulabdin Enjih, Ketua Daerah Mengundi Tambalang; Dikah Haji Yusof, Penolong Setiausaha Jentera; Ramli Hasrih dan Bekas Ketua Pemuda PBS Sulaman; Ahling Kabaron.- Sabahkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha