Agama, Tanah, Sultan dan Perkauman
Ahli-ahli politik mula berpolitik dengan menggunakan isu-isu seperti isu agama,
tanah, sultan/raja dan perkauman.
Apakah ini semua pada saya?
Agama, saya beragama Islam. Saya
pada hari ini tidak ada cuti untuk bersolat Jumaat seperti orang Kristian dapat
cuti pada hari Ahad. Di Malaysia, jika anda dilahirkan di Kuala Lumpur seperti
saya, anda akan bekerja pada hari Jumaat. Apakah bezanya? Jika agama rasmi
Malaysia ditukarkan kepada agama yang lain? Jika ditakdirkan kerajaan hari ini
mengiktiraf Jumaat sebagai hari cuti dan Ahad sebagai hari bekerja, siapakah
yang mampu bercuti pada hari Jumaat itu? Kuli seperti saya mesti bekerja pada
setiap hari dan cutinya tak tentu hari (mana-mana sehari dalam seminggu, tak
boleh pilih dan tak tentu harinya). Tapi satu natijah (kesimpulan) nya, jika
agama itu kuat di dada, badan dibakar api pun masih kekal syahadah dan tidak
berganjak sedikit pun. Tak perlu undang-undang membantu kita untuk memelihara
agama kita, cukup dengan kekuatan iman di dada. Letaklah saya di Vatican City
sekali pun, saya tetap seorang Muslim.
Tanah, saya hidup sekadar menyewa
katil atau pun berkongsi bilik di Singapura. Jika di Malaysia, saya boleh sewa
satu apartment. Bukan nama beli. Namanya sewa. Nak beli tak mampu. Kalau beli
rumah pun, tak berbaloi. Rumah mampu milik tak berupa rumah, tak ubah seperti
sarang burung merpati. Ya! Malaysia juga ada sarang burung merpati yang sama
seperti di Singapura. Malaysia dan Singapura ini ibarat adik-beradik. Cuma
Singapura punyai lebihan wang, manakala Malaysia kekurangan wang akibat
pembaziran dan laci terbuka. Isu tanah takkan beri apa-apa impak pada saya.
Kenapa saya nak ambil peduli hal tanah sedangkan saya tak ada seinci tanah yang
dimiliki saya? Nak rembat tanah Melayu? Rembat sajalah, bukan tanah saya. Masuk
mahkamah pun bukan boleh menang kes. Nak tahu apa itu rumah/tanah buat saya
baca di sini.
Sultan/raja? Saya tak perlu huraikan
mengenai susuk ini. Saya hilang hormat pada pemimpin yang tak berjiwa rakyat.
Senang cerita, pergi belajar daripada Sultan Brunei.
Perkauman. Saya tak sukakan
perkauman. Memang perkauman wujud di Singapura pun. Malaysia dan Singapura
lahir daripada semangat perkauman. Mungkin kalau tak nak perkauman sekali pun,
kita akan kena juga dengan tempias atau calitan tahi perkauman. Cuma apa yang
boleh kita lakukan ialah kita pergi ke negara yang kurang perkauman. Perkauman
memang menjijikkan. Ia boleh menimbulkan rentetan demi rentetan. Hari ini
Melayu bersifat perkauman, esok bila kaum yang dizalimi naik takhta, siaplah
Melayu. Seronokkan? Main-main benda perkauman ini?
Bila tiba pilihanraya isu agama,
tanah, sultan/raja dan perkauman dimainkan. Ini semua merugikan kita.
Kecurian telah berlaku. Kita nak
tangkap pencuri.
Tapi pencuri itu melekakan kita
dengan isu agama. Bayangkan motor anda dicuri. Anda nampak pencuri yang
dimaksudkan itu. Anda nak tangkap dia. Tapi dia kata, "Pergilah tangkap
pencuri lain yang bukan Islam, sebab saya pencuri seIslam dengan kamu. Saya
hari-hari mengaji Al-Quran".
Pencuri itu juga melekakan kita
dengan isu tanah. Bayangkan tanah anda dicuri. Anda nampak pencuri yang
dimaksudkan itu. Anda nak tangkap dia. Tapi dia kata, "Pergilah tangkap
pencuri lain, sebab saya curi tanah kamu sekejap saja, kemudian saya jual pada
pencuri lain. Bukan saya yang jahat".
Pencuri itu menambahkan kelekaan
kita dengan isu sultan/raja. Bayangkan wang anda dicuri. Anda nampak pencuri
yang dimaksudkan itu. Anda nak tangkap dia. Tapi dia kata, "Pergilah
tangkap pencuri lain yang bukan sultan/raja, sebab saya memang pencuri dan juga
sultan/raja kepada kamu".
Pencuri itu juga cuba lekakan kita
dengan isu perkauman. Bayangkan barang-barang anda dicuri satu kumpulan
yang terdiri daripada pelbagai kaum yang diketuai seorang Mamak. Anda nampak
pencuri yang dimaksudkan itu. Anda nak tangkap dia. Tapi dia kata,
"Pergilah tangkap pencuri Melayu, India dan Cina, sebab saya Mamak
seMelayu dengan kamu. Saya Mamak Melayu baru tau, lebih suci daripada Melayu
biasa. Tak mungkin saya yang mencuri barang kamu. Tapi nak tangkap Melayu
tangkap sikit-sikit sudahlah. Lain-lain yang bukan Melayu itu tangkap lebih
sikit pun tak apa. Tapi yang penting jangan sekali-kalilah tangkap saya . Saya
cuma berdiri di tempat kejadian sahaja, selebihnya saya lupa".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha