Alamak! Najib dah sakit kepala!
Oleh: Irsyad Sidi
Seorang kawan menalipon saya- dia kata Dato Najib pening kepala.
Mustahil saya jawab. Ini PM terbaik sejak Adam hissalam. Dia bentangkan
bajet terbaik sejak Adam AS. Dia beri BR1M itu dan ini- produk 1
Malaysia ada pelbagai. Mana boleh pening kepala?
Semalam kita dengar
kempen Dato Najib. Ada BN ada Putrajaya. Ada KLIA. Ada itu dan ini.
Jadi? Kerajaan- tugas nya memanglah membangunkan negara. Negara komunis
pun ada pembangunan. Rusia ada St Petersburg Square. Kerajaan Italy ada
St Peter’s Square. Jepun ada Kansai airport. Hong Kong ada Kaitak.
Bangkok ada Suvarnabhumi Airport. Singapore- tak perlu cakap lagi lah.
Ertinya- bukan UMNO sahaja yang boleh membangunkan negara.
KLIA dibina berapa komsiyen yang puak UMNO dapat? Menara kembar dibina,
berapa wang Petronas dibalun? Berapa wang Petronas dibalun untuk
selamatkan bisnes Mirzan anak Mahathir? RM2 billion. Kenapa dia dapat
keistimewaan menggunakan duit Petronas? Sekarang dia muncul dengan
Petron. Yang memisahkan Petronas dengan Petron ialah huruf a dan s
sahaja.
Tak lama lagi semua hasil penjanaan kekayaan dibalun oleh puak UMNO. Slogan UMNO- Balun, balun tetap Balun!
UMNO ada- kita ada komsiyen kapal selam 500 juta. UMNO ada, berbilion
hilang dengan pembelian kapal terbang yang tersadai di padang pasir di
Amerika. UMNO ada, kita balun 7 hinga 15 billion dari projek MRT. saya
sudah nyatakan banyak kali, kalau Najib boleh jadi PM, orang lain pun
boleh.
Kelantan tidak ada UMNO, tetap membangun. Lapuran Auidt
Negara 2011 menunjukkan Kelantan mengurus dengan tata urus yang baik.
Negeri Pulau Pinang mencatat hasil pendapatan negeri yang kian
meningkat. Pembangunan disana tetap rancak. Di kedah walaupun belanja
operasi meningkat, ia berlaku dengan hasil pendapatan yang meningkat.
Selangor tetap menarik minat pelabur.Reseb tunai dari RM400 juta jadi
RM2500 juta. kenapa? sebab kerajaan yang lebih baik dan lebih jujur dan
tidak rasuah.
Kemajuan dan pembangunan berlaku selagi ada kerajaan.
Bukan hanya kalau UMNO dan BN memerintah. Kemajuan dan pembangunan yang
lebih baik, bergantung kepada ujudnya kerajaan yang lebih baik. Ini dia
yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat- kerajaan yang lebih baik. Bayangkan
pencapaian PR dicapai dalam masa yang singkat- 5 tahun.
Dan apa
yang UMNO capai selama 55 tahun mereka memerintah. BR1M-1 di beri kepada
4 juta orang. BR1M-2 di beri kepada 7 juta orang. Ertinya dari BR1M-1
ke BR1M -2, golongan miskin bertambah? 11 juta orang mempunyai
pendapatan bulanan kurang dari RM3000?
Kenapa ini terjadi ketika
UMNO tidak pernah sunyi memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air?
Bangsa Melayu golongan teresar yang tercicir. 8.7 juta umat Melayu
Malaysia mempunyai pendapatan bulanan RM1500 sebulan dan 7.2 juta
pendapatan bulanan RM1200 sebulan. Pendapatan ini jauh dari pendapatan
kelayakan RM3000 untuk BR1M.
Oh..UMNO menawarkan rasa selamat dan
tenteram kepada orang Melayu. UMNO penyelamat bangsa Melayu? Kenapa 11
juta kena di BR1M kan? Keselamatan dan tenteram dberi oleh kerajaan yang
mendaulatkan perintah ikut undang atau rule of law. Sebab itu gesaan
dalam kitab suci Al Quran kita, ialah menubuhkan kerajaan yang
melaksanakan penghukuman keatas sesama manusia mengikut the rule of law.
Tapi untuk melaksanakan penghukuman mengikut pemerintahan ikut undang2
yang hak, memerlukan syarat terdahulu, yakni sebuah kerajaan yang rela
diadili mengikut system pemeritahan ikut undang2.
Undang2 yang
kerajaan Najib amalkan ialah system perundangan yang memihak kepada
kepentingan kumpulan yang terpilih yang kaya dan berkuasa. Itu sebab
nya, setiap kali Najib mengeluarkan kenyataan, ia nya omongan kosong
yang (1) menakutkan orang Melayu (2) membodohkan orang Melayu.
Kita
tidak ada halangan jika melayu UMNO mahu kekal dalam kehidupan acuan
UMNO. Lantak mereka. Saya sudah nyatakan, UMNO bukan lagi jurubicara
kaum Melayu. Calun UMNO hanya dapat 2 juta undi orang Melayu dalam tahun
2008 ketika jumlah pengundi Melayu ketika itu 5.7 juta. Buat lah kiraan
sendiri- ramai Melayu sokong UMNO atau tidak sokong? Yang tak sokong
UMNO- ada kita tengok mati bergelimpangan? Fakta nya, orang Melayu tidak
memerlukan UMNO tapi UMNO yang memerlukan orang Melayu. Orang Melayu
yang sedar tidak mahu menyokong UMNO.
Orang Melayu di kampug dan
desa tidak perlu takutkan dengan pertukaran kerajaan. Yang bertukar
hanya pimpinan politik yang rasuah, kotor dan pembuli rakyat. Urusan
berkerajaan tetap berjalan seperti biasa. Penjawat awam tetap penjawat
awam- SO, DO, pegawai di pejabat Tanah dan Daerah tetap dengan urusan
mereka. Kita tetap bayar gaji dan elaun. Kita tetap memproses permohonan
tanah hak milik dan tanah kependudukan sementara. Yang dah lama pegang
tanah TOL dan mengusahakan nya, kita beru hak milik kekal. Kita tak
rampas punca rezeki orang. Polis tetap polis, askar tetatp askar.
Yang diubah ialah kerajaan yang korap dan rasuah dan membuli rakyat. UMNO/BN kerajaan yang rasuah dan korap.
Setiap projek yang Najib istiharkan ada cerita rasuah disebaliknya.
Banyak mana anak2 Mahathir dapat bisnes dengan pembinaan menara kembar
PETRONAS- dari kain langsir nya sampai kepada kelengkapan pejabat dan
batu marmar. Berapa banyak anak Mahathir dan kroni UMNO dapat bisness
bula RM6 billion duit Petronas digunakan untuk membina Putrajaya.
Tidak payah lah Najib dan ek dengan menyenaraikan projek2 dibawah
UMNO/BN. semua nya dibina dengan mengandungi rasuah dan komisyen yang
besar. 15% dari 50 billion projek MRT, 7.5 bilion masuk ke poket
pemimpin2 UMNO.
Semua kerajaan melakukan pembangunan. Soalnya adakah
perlaksanaan tersebut dilakukan dengan jujur dan bersih. Pembinaan PLUS
kos nya hanya bermula dengan RM3billion. Bila di UMNOkan kos nya, jadi
RM6billion. Berapa komsyen pemimpin UMNO balun? Sudah kutip RM24 billion
pun, Najib masuh mahu sambung konsesi syarikat PLUS. Kenapa? Sebab
boleh share duit. RM3 billion di balun oleh matlaon UMNO ketika membina
jalan raya PLUS. Dah balun nak terus membalun.
Kos penyenggelaraan
boleh sahaja ditampung oleh hasil dari iklan disepanjang PLUS dan hasil
sewaan kemudahan PLUS. Jadi apa perlu sambung kutipan tol?
Fakta
nya, kerajaan BN gagal mengurus kewangan dan ekonomi negara dengan baik.
Hutang kerajaan kepada bank2 dan peminjam dalam negeri mencecah RM504
billion. Semua rakyat Malaysia menanggung beban hutang RM17000 seorang
yang akan dibayar dengan cukai yang akan dinaikkan.
Atau hutang
tersebut dibayar dengan pembambitan lebih meluas oleh kerajaan dalam
perniagaan, tugas dan kerja kerajaan bukan berniaga. Kerajaan melakukan
kerja kerakyatan bukan kerja bukak bisnes. Jika kerajaan meluaskan
empayar perniagaan maka ini petanda kerajaan tidak lagi pandai mengurus
ekonomi dan kewangan negara.
Di bawah adalah wajah individu yang hilang selepas PRU diumumkan. Dah mati ke?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha