17 April, 2013

Fuhhh! Najib pilih calon Selangor berdasarkan sama species!


Oleh: King

Best Blogger Tips Korang kenal bakal calon Ahli Parlimen Gombak Dato' Dr. Rahman Ismail? Orang Gombak masih ingat lagi siapa dia? cerita ni dah lama.. Tahun 2006 lagik.. Pada masa tu memang rakyat kureng dengan facebook (2006 aku baru nak blaja guna fesbuk, x banyak features) apatah lagi blog.. Alahai mudah sangat pimpinan BN lupa pada cerita-cerita lama yang mengakibatkan nama Dr ini digugurkan dahulu...

Berita tentang hubungan sulit Rahman Ismail (Ahli Parlimen Gombak ketika itu) dengan Senator Nor Hayati mejadi kecoh apabila gambar mesra mereka berdua tersebar meluas ketika berada di sebuah bilik di dalam hotel ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir, Kelantan pada tahun 2005. Tapi macam biasa lebih kurang setahun berlalu baru la gambar tu tersebar dan mereka menafikan ada apa-apa hubungan atau pernah bergambar bersama dalam keadaan begitu . Kata mereka gambar itu diadunkan secara superimpose oleh pihak yang ingin mencemar imej mereka...

Aku sebenarnya malas nak cerita panjang sebab pelbagai cerita dari banyak pihak buat aku pening kepala.. Mana pangkal mana hujung aku pun dah pening.. Korang google je la pasal kes ni.. Memang bersepah!!!


Tapi.. Aku nak tunjuk sesuatu yang lebih menjadi BUKTI kepada kes TANGKAP KHALWAT terhadap Bekas Ahli Parlimen Gombak, Dr Rahman Ismail bersama Bekas Ahli Dewan Negara, Senator Datin Paduka Norhayati Onn suatu ketika dulu.. Memag panas derrrrrrr.. 9 laporan polis dibuat termasuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor oleh SUAMINYA NORHAYATI SENDIRI ketika itu. Suaminya pernah berkata "kes isteri saya ialah adakan hubungan sulit dengan orang lain. Ada gambar, video dan rakaman perbualan. Kenapa tiada tindakan? Ia melibatkan seorang Senator Dewan Negara dan pemimpin pergerakan Wanita Umno. MB Selangor ketika itu Khir Toyo anggap ini masalah keluarga sahaja dan sedikit pun tidak berasa malu orang bawahannya melakukan perkara terkutuk itu"
  Dibawah ini adalah salinan Laporan Polis yang dibuat oleh suaminya pada 8 Oktober 2006 di IPD Shah Alam. Agak x clear, payah gak carik dalam google nih.. Kalau aku dapat yg lebih baik aku akan  update..

Macai akan pertikaikan. Aku tau.. Biasalah, dah nama MACAI UMNO.. Dan aku sertakan sekali AKUAN BERSUMPAH suaminya Ir Mohd Suffian Abdul Aziz bertarikh 12 Oktober, 2006..

Banyak lagi nak keluar sebenarnya tapi pusing pusing pun cerita sama.. Dah terlalu banyak blogger2 otai lama yang dah main sejak 2006 lagi.. Cuma PADA MACAI PELIHARAAN UMNO, sebelum korang kata  aku fitnah baik korang tanya sendiri pada pimpinan korang.. Atau DIAM SAHAJA!! Buat seperti admin PEMUDA UMNO seperti yang ditulisnya di fb..

UMNO MUNGKIN AKAN DIAM 
TUTUP CERITA..
TETAPI RAKYAT BUKAN BODOH 
 BUKAN PELUPA..














Tarak percaya? Baca:

Kisah lama sebelum Najib jadi PM




Latar Belakang

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ialah isteri Perdana Menteri Malaysia ke-6 Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak. Beliau dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1951. Beliau merupakan canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL).



Beliau merupakan isteri kedua Najib. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai dua orang anak, Norashman dan Nooryana Narjawa. Beliau mempunyai seorang anak Azrene Soraya hasil daripada perkahwinan beliau yang pertama dengan Farith Ismeth Amir. Ibu beliau berasal dari Kampung Mertang, Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Permulaan Kerjaya Dalam Politik



Ramai yang tidak tahu kisah sebenarnya bagaimana Rosmah berjaya mendapatkan Najib dari bekas isterinya Tengku Puteri Zainah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur. Ketika itu Najib adalah MB Pahang pada usia mudanya. Menurut maklumat, Rosmah sentiasa berkunjung ke pejabat MB untuk bertemu Najib. Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah.

Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah mengadap Najib, dan setiap kali itulah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB, lain-lain orang tidak dibenarkan. Kejadian itu berlaku agak lama, hinggakan MB Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu mengalihkan kenderaan MB untuk membuktikan beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah datang. Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.



Hubungan pelik Rosmah yang datang ke Pejabat ini berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati. Maka itu akhirnya, Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah ketika itu (seorang selebriti terkenal).

Entah berapa harga yang dibayar kita pun tidak pasti, mungkin ratus ribu atau juta agaknya. Akhirnya berjayalah Rosmah memiliki Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan. Berbanggalah Rosmah kerana memiliki lelaki seperti Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat dulu.


Kejayaan dan sumbangan


Hasratnya menjadi nombor satu tercapai seketika tatkala isteri Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya. Namun, perjalanan Rosmah sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah. Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan.

Beliau terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang Najib pasti akan diketepikan. Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.



Akhirnya kini, Rosmah sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya. Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan dimedia ketika beliau berada bersama Najib dalam mana-mana acara rasmi.

Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat "tunjuk sebab", gara-gara mengambil gambar Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV. Rosmah tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran "tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti".



Katanya itu masih terpahat dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu. Jika ada pasti "dipastikan" mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya Najib.



Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka itulah beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu. Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai "wanita nombor satu".

Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh Najib dalam pakatan pembangkang. Semua ini bakal terjawab dalam masa terdekat ini. Apapun, tidurnya sedikit "tidak lena" bila melihat mahkamah membicarakan Kes Hasutan Raja Petra yang kini ditahan ISA.



Apakah ini maknanya Rosmah dan Najib akan dipanggil sebagai saksi selepas ini?. Terdapat juga khabar angin, Mahathir ada memberi "kata dua" kepada Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus "lepaskan Rosmah". Ini kerana Mahathir tahu siapa Rosmah dan apakah kaitannya dengan skandal-sakandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai "wanita nombor satu" selepas ini

SUMBER









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha