Mentang2 PDRM ikut telunjuk depa. Buat cerita bohong tak habis2!
Tiga sub PDM BN Kubang Pasu dibakar di tiga lokasi berbeza awal hari ini
JITRA, 28 April — Tiga sub Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) Parlimen Kubang Pasu dibakar awal hari ini.Tiga sub PDM itu adalah di Kampung Manggol di Malau dan Kampung Gelang Pasir di Kepala Batas iaitu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra serta di Kampung Machang, Pulau Nyior dalam DUN Bukit Kayu Hitam.
ulasan: Kayu Hitam tempat Mukhriz bertanding. Sah UMNO sendiri punya kerja sebab nak cantas Mukhriz
Ketua sub PDM Kampung Manggol, Haslis Saad, 41, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5.20 pagi selepas semua anggota yang bertugas selesai membuat persiapan parti dan pulang ke rumah masing-masing.
"Ada kawan saya mai (datang) rumah beritahu ada kebakaran di tempat kami. Bila sampai sana api marak dan saya bersama lima rakan lain bertungkus lumus padamkan kebakaran daripada terus merebak ke seluruh khemah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Antara peralatan yang dibakar adalah bendera BN, empat meja, kabel elektrik, 1,000 poster calon BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta 1,000 risalah aku janji BN Kedah yang dianggarkan melibatkan kerugian kira-kira RM2,000.
ulasan: Zaman serba canggih ni takkan tak sempat nak ambil gambar. Awat tak habaq Ustaz Azizan yang pi bakaq? hahaha
Haslis berkata beliau percaya perbuatan itu dilakukan penyokong parti pembangkang berdasarkan maklumat yang diterima oleh seorang rakan yang kebetulan keluar pergi kerja ketika itu.
"Ada seorang rakan keluar pergi kerja di Alor Setar. Dia ada nampak dua lelaki naik motosikal yang ada logo parti pembangkang dikatakan berkeliaran di kawasan itu. Saya syak ini perbuatan mereka," katanya.
Ulasan: Orang kalu nak buat jahat tak boh logo parti la wei! Takat logo nak boh logo apa pun boleh. Awat tak tangkap? Habaq kat orang hangpa tera sangat!
Kata Haslis beliau agak kecewa dengan tindakan yang sengaja mahu mencetuskan pelbagai masalah pada pilihan raya kali ini.
Laporan polis turut dibuat di balai Polis Jitra kira-kira pukul 9.40 pagi ini. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Ibrahim Mohamed Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis daripada parti terlibat. — Bernama
Sahlah penyokong parti pembangkang yang bakar ! Eh, parti pembangkang di Kedah ialah Umno.La, penyokong Umno rupanya yang bakar PDM sendiri. Mungkin menyampah kat calon BN di situ.
BalasPadamhehehe
BalasPadamTeori "huru-hara@ chaos" tempat yg kuat atau ada aktiviti kempen BN perlu ditangani oleh orang atasan PR secepat kilat... kalu dibiarkan melarat orang kan caya ni semua orang PR buat khianat kat depa. Depa bukan tahu dosa pahala dah, janji menang! Kita lain...insyaAllah. Menang ker kalah ker kita releks buat cam biasa saja.
BalasPadamDSAI ker LGE ker TGNA ker kena kena buat reverse psycho dgn hebohkan ke media buat pengumuman suruh orang PR jangan terlibat apa kegiatan keganasan/ unethical.
"13 Mei" mungkin dalam list of agenda depa.. beware! Kalah, mengamuk, huru hara darurat, dsb, kita kena pikirkan sesuata & bertindak tepat !