LAPOR.....
Haji Hamzah Abdullah membuat laporan polis di Balai Polis Sandakan berhubung
salahguna kuasa berkenaan.
Oleh : SALASIAH SALAMUN
TIMBALAN Pesuruhjaya PAS
Negeri Sabah, Haji Hamzah Abdullah bersama beberapa orang pemuda PAS telah
membuat laporan polis di Balai Polis Sandakan berhubung dengan tindakan Mantan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menyalahgunakan media
arus perdana iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk membentangkan
manifesto Barisan Nasional Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) pada hari Sabtu
lalu, pada pukul 9.00 malam.
Laporan itu juga dibuat
berhubung dengan peraturan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menyatakan bahawa
parti politik tidak boleh menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen. Hal ini
juga rentetan daripada pembubaran kabinet Malaysia dan secara langsung UMNO dan
BN hanyalah bertaraf Kerajaan peralihan sahaja.
Hebahan manifesto merupakan
salah satu bentuk kempen dan Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggunakan
sepenuhnya RTM sebagai media rasmi untuk menyampaikannya kepada rakyat.
Sekiranya RTM membuka laluan
pembentangan manifesto kepada UMNO, maka RTM juga perlu untuk memberikan ruang
dan masa yang sama kepada Pakatan Rakyat untuk membentangkan manifesto PRU 13,
juga dengan kaedah yang sama iaitu secara langsung, bukan rakaman video.
Harapan yang tinggi
diletakkan oleh seluruh pimpinan dan ahli PAS Negeri Sabah khususnya serta
masyarakat sekitar agar laporan yang dibuat bukan hanya sekadar diambil dan
disimpan menjadi rekod Balai Polis.
Rakyat mahukan lebih
daripada itu. Siasatan daripada Suruhanjaya Pilihanraya dan tindakan susulan
secepat mungkin adalah sesuatu yang diimpikan agar menjadi kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha