14 April, 2013

Perak. 1 parlimen, 2 DUN, A.B.U. jangan masuk campur! !



A.B.U atau Asal  Bukan UMNO terdiri dari majoritinya pengundi-pengundi di luar parti yang membenci UMNO.

Pada awal kewujudannya kumpulan ini turut dipandang penuh rasa curiga hatta oleh parti2 di dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Perasaan curiga ini lahir dari sikap tamak dan irihati kerana merasakan A.B.U ini akhirnya akan menjadi pihak ke 3 yang akan melawan BN dan PR.
 
Terkini, ABU telah menjadi wirid yang sentiasa basah dibibir para ahli politik di pihak Pakatan Rakyat. A.B.U telah menjadi alasan paling ampuh jika:

1. Bakal calon tidak menepati syarat - A.B.U!
2. Rampas DUN dari parti sahabat - A.B.U!
3. Calon ada kes songlap wang wakaf - A.B.U!
4. Calon dah 3,4 kalah terus kekal jadi calon - A.B.U!

TIONASENG!

Jadi, atas rasa tanggungjawab agar A.B.U tidak disalahguna sewenang-wenangnya, aku mengistiharkan 2 DUN dan Parlimen para A.B.U jangan masuk campur!

1. Parlimen - Kuala Kangsar (calon ada kes tanah wakaf).
2. DUN - DUN Changkat Jering, DUN Lintang (Ke dua2 DUN telah dirampas PAS dari parti sahabat)

Lantak!

P/S: perangai lebih teruk dari UMNO!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha