Ini bermakna BN mungkin akan mendapat baki 17 kerusi lagi jika mereka bekerja keras dengan mengangkut hantu-hantu melalui Air Asia yang awal-awal lagi mengeluarkan kenyataan akan memperbanyakkan perjalanan kapal terbang milik mereka.
pakar-pakar propaganda yang menghuni tingkat 2 blok B4 di Putrajaya sedang mencipta satu jenis bahan berasaskan getah yang mana jika diletakkan di jari dan kuku, ia tidak dapat dikesan kerana nipisnya bahan berasaskan getah lastic itu. Selepas pegawai SPR mencalitkan pewarna di jari, ianya akan dibuang semasa berada di dalam penerbangan Air Asia dengan menggunakan satu jenis cecair agar hantu-hantu dapat mengundi semula.
sumber: GANR
Gua bukannya tahap Prof-Prof kangkung yang mempunyai master atau phd,
kajian yang gua lakukan melibatkan 7 negeri sahaja kerana ia benar-benar
mencuri masa gua iaitu, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau
Pinang, Perak dan Pahang. 7 negeri ini mewakili 91 kerusi parlimen yang
mana sebelum katak-katak melompat kepaya BN.
Pada PRU12 yang lalu, Pakatan Rakyat memenangi 48 daripada 91 kerusi
yang berada di 7 negeri yang gua sebutkan itu. Ketika itu Pakatan masih
lagi belum kuat dan bersepakat seperti sekarang ini dan sikap curiga
antara penyokong tidak dapat dinafikan. Setelah pihak atasan parti PAS,
PKR dan DAP berbincang dan terus berbincang sehingga ikatan sesama parti
dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh ditambah pula pada peringkat akar
umbi tanpa mengira kaum, agama dan ideologi telah bersatu hati untuk
menumbangkan Umno/BN.
Tidak dinafikan berlaku perkara-perkasa panas berkaitan isu-isu tetapi
para pemimpin Pakatan berjaya menyelesainya dengan begitu baik sekali.
Memang masing-masing mempunyai ideologi sendiri mengikut parti tetapi
para pemimpin tertinggi Pakatan tidak menyentuh dasar parti
masing-masing walau pun bermacam-macam serangan dilakukan oleh Umno dan
BN dengan menggunakan media massa yang dah menjadi milik mak bapak
mereka sejak dahulu lagi. Macam Rais anak Yatim yang menunjukkan
kebodohannya tentang kebenaran untuk parti lawan membentangkan
menisfesto dalam masa 10 minit yang akan dibuat bukan secara siaran
langsung.
Gua pun tak tahu universiti mana yang terima tesis phd beliau
sehinggakan beliau semakin bodoh dan banggang. !0 minit tu simpan
sahajalah kat peti besi RTM kerana masa nak terang, batuk para pemimpin
Pakatan pun lebih dari 10 minit. Tanya sama Najib berapa puluh minit
beliau gunakan yang tak termasuk hentaman beliau terhadap Pakatan.
Berbalik kepada kajian gua nih dengan bantuan syaitan-syaitan dikenali
yang Mahathir pinjamkan kat gua maka gua jangkakan dalam kajian gua,
Pakatan mungkin akan memenangi 74 daripada 91 kerusi parlimen di 7
negeri itu. Ini bermakna BN mungkin akan mendapat baki 17 kerusi lagi
jika mereka bekerja keras dengan mengangkut hantu-hantu melalui Air Asia
yang awal-awal lagi mengeluarkan kenyataan akan memperbanyakkan
perjalanan kapal terbang milik mereka. Jika ada yang bangkang tentang
kajian gua, pi mampus ler lu nak percaya atau tidak, gua peduli ape.
Mengikut kata syaitan yang Mahathir pinjamkan kat gua, kajian oleh
pakar-pakar propaganda yang menghuni tingkat 2 blok B4 di Putrajaya
sedang mencipta satu jenis bahan berasaskan getah yang mana jika
diletakkan di jari dan kuku, ia tidak dapat dikesan kerana nipisnya
bahan berasaskan getah lastic itu. Selepas pegawai SPR mencalitkan
pewarna di jari, ianya akan dibuang semasa berada di dalam penerbangan
Air Asia dengan menggunakan satu jenis cecair agar hantu-hantu dapat
mengundi semula.
Apa nak dihairankan kerana zaman teknologi yang menjadikan dunia tanpa
sempadan dan yang jauh dapat ke destinasi masing-masing. Apa pun kita
mesti bekerja keras dan bermunajat kepada yang Maha Esa. Kita memohon
daripada Allah S.W.T demi kemenangan Islam berbanding dengan Umno yang
bertuhankan RM-RM demi membeli undi.
Gua akan paparkan kajian gua seterusnya untuk baki 131 kawasan parlimen
selepas syaitan-syaitan milik Mahathir yang beliau pinjamkan kat gua
hantar maklumat-maklumat selebihnya. Bagus juga ada syaitan peliharaan
Mahathir nih, ringan sikit kerja gua./GANR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha