PAS ambik DUN PKR, takpe. PKR ambik kawasan PAS, bising!
la la la la la la la!
Panas! PAS WP, Azmin tekad tidak mahu pakatan menang PRU 13?
PBO bengang betul dengan pemimpin pakatan yang masih lagi guna media untuk buat kenyataan mengenai MASALAH paktan rakyat.
Berapa kali mau cakap? Berapa kali mahu bagitau yang jangan bodoh
sangat buat statement berkaitan "masalah" pakatan secara umum.
Korang tengok ada tak pemimpin UMNO-BN buat statement secara
terang-terang dalam akhbar. Bukan mereka tidak ada masalah. Mesti ada
masalah sana sini dalam pemilihan calon. Tapi depa pandai cover.
Aku bengang betul.
Orang bawah ni sibuk nak menangkan pakatan, cari maklumat dan info
untuk rakyat agar undi pakatan, korang senang - senang je buat publisiti
murahan supaya rakyat Nampak "pakatan" ni masih rapuh. Bodoh ke apa
korang ni?
Media tau apa.Mereka mesti nak cari bahan yang boleh lariskan akhbar. Korang yang terlebih cerdik.
PBO syor kepada 3 pemimpin teratas pakatan sama ada dari PAS, PKR dan DAP tolong jaga anak buah. Janan buat kerja bodoh.
Berikut adalah petikan akhbar yang PBO maksudkan:
Wartawan Sinar Harian 6 April 2013
KUALA LUMPUR - Pas Wilayah Persekutuan kesal dengan kenyataan Timbalan
Presiden PKR, Azmin Ali berhubung pengumuman pembahagian kerusi pakatan
pembangkang di Wilayah Persekutuan.
Pesuruhjayanya, Mohamad
Noor Mohamad berkata, pengumuman dibuat Azmin untuk PKR bertanding di
Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan sama sekali bercanggah dengan
keputusan Majlis Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan sebelum ini.
Beliau berkata, kenyataan Azmin Ali tidak mencerminkan semangat
setiakawan dan perpaduan Pakatan Rakyat (PR) khususnya di Wilayah
Persekutuan.
"Azmin tidak boleh sewenang-wenangnya
mengisytiharkan mana-mana kerusi yang ditandingi PKR tanpa persetujuan
daripada Pas dan PR terlebih dahulu.
"Perkara ini telah
dimuktamadkan Majlis Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan yang turut
dianggotai oleh DAP, Pas dan PKR," katanya pada sidang media di Pusat
Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa, semalam.
Menurut
Mohamad, sehingga kini kerusi Parlimen Setiawangsa masih dalam
perbincangan dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat belum membuat keputusan
muktamad mengenainya.
"Pas Wilayah Persekutuan ingin
mengingatkan bahawa mana-mana kerusi yang melibat kawasan di Wilayah
Persekutuan mestilah melalui perbincangan dengan Majlis Pakatan Rakyat
Wilayah Persekutuan. Sebarang kenyataan perlu dirujuk terlebih dahulu,"
katanya lagi.
Semalam, Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya
PKR memberitahu pertukaran tiga kerusi bersama Pas itu perlu dilakukan
berikutan timbulnya bantahan di kalangan penyokong PKR apabila Pas
mendahului dengan menamakan calon mereka bertanding di Parlimen Temerloh
dan Kangar.
Azmin berkata, gantian ketiga-tiga kerusi
berkenaan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.
Menurut Mohamad hasil persetujuan terdahulu, parti di dalam PR Wilayah
Persekutuan telah bersetuju PKR mendapat empat kerusi iaitu Wangsa
Maju, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak dan Batu.
Manakala DAP katanya, mendapat lima kerusi iaitu Cheras, Kepong, Seputeh, Segambut dan Bukit Bintang.
"Sementara Pas mendapat tiga kerusi iaitu Titiwangsa, Putrajaya dan
Labuan. Manakala bagi kerusi Setiawangsa masih berlaku pertindihan dan
dalam perbincangan," katanya.
Bagaimanapun Mohamad yakin perkara itu akan dapat diselesaikan dengan baik melalui perbincangan.
"Pada 9 April depan Pas Pusat akan adakan mesyuarat, kita yakin isu
ini akan dibincangkan dan diselesaikan dengan baik," katanya.
Dah tau akan ada perbincangan secara baik janganlah buat statement lagi. Tunggu dah selesai baru buat statement.
APAPUN LAWAN TETAP LAWAN. TUMBANGKAN UMNO-BN PRU 13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha