Bijak! patut la dari semenjak merdeka sampai kini susah nak menang.
Ni komen terbaik yang aku baca hari ni. Baca:
1. Hadi vs Dr Nasir
Pas takut katak-katak akan melompat sepertimana Perak tumbang dahulu. Dalam video itu juga Haji Hadi mengutuk fahaman komunis yang diharamkan di Malaysia dan kita faham yang dimaksudkan adalah Parti Sosialis Malaysia. Haji Hadi menyifatkan Lenin, Stalin dan Marx ibarat Nabi Muhammad kepada mereka.
Paparon faham kebimbangan Haji Hadi berasas. Ada calon PKR melompat. PKR sehingga hari ini tidak belajar tentang isu ini. Letak calon payung terjun.
Tetapi Paparon nampak cara Hji Hadi ini agak angkuh dan menyinggung perasaan. Semangat kebersamaan dengan Pakatan Rakyat tidak ditunjukkan. Hadi kena ingat ketika orang PKR dan DAP melompat, ada orang Pas 'deal' dengan Umno untuk kerajaan Selangor campuran. Dan semua tahu Kerajaan Perpaduan anjuran Umno untuk berpadu dengan Pas disokong Hadi sehingga Nik Aziz sendiri mengeluarkan kata dua. Pertemuan antara pemimpin Umno termasuk Sultan Mizan tentang isu UG semua orang tau. Mujur ada Nik Aziz yang tak setuju. Hari ini taik-taik isu yang Hadi sokong ini terpalit di muka Hassan Ali, Mustafa Ali dan Nasharuddin Mat Isa. Projek 16 September gagal kerana siapa? Semua orang tahu.
Kes parti komunis ini mengingatkan saya pada 2004 apabila Nik Aziz tidak setuju Syed Husin Ali bertanding di Kelantan atas alasan Syed Husin sosialis, tak percaya Tuhan.
Paparon hairan, Haji Hadi seakan baru keluar dari gua dan tidak mengenali Dr Nasir Hashim presiden PSM. Takkan Paparon nak kenalkan pula? Dr Nasir pernah ditangkap ISA dalam Operasi Lalang 1987. Sebelum-sebelum dan selepas tahun itu banyak kali juga Dr Nasir masuk lokap kerana beliau tetap konsisten memperjuangkan isu rakyat seperti pencerobohan tanah, isu pekerja dan sebagainya. Tetapi Dr Nasir tak gila publisiti, malah media dulu tidak sehebat hari ini. Siapa yang tahu.
Lapan sembilan tahun dulu Paparon sering berulang-alik ke pangsapuri Dr Nasir untuk membuat rawatan akupunktur terhadap An-Nur dan arwah Annisa. Dr Nasir caj murah. Ini ilmu yang Dr Nasir ada dan gunakan untuk berbakti. Sama juga Haji Hadi yang mencurah ilmu berkuliah di Rusila.
Kami masa itu tidak tahu siapa Dr Nasir, hanya terbaca iklan akupunkturnya di Harakah. Kami pergi. Paparon masuk pangsapurinya. Ada juga anak murid berbagai bangsa belajar dengannya. Di dinding ada beberapa lukisan yang dilukis sendiri oleh Dr Nasir. Jarang doktor berseni. Lukisan abstraknya mempalitkan kalimah-kalimah Allah menjadi indah dengan warna-warna. Ada karikatur kartunis Rossem melukiskan wajah-wajah pejuang hak asasi ketika itu. Ketika Paparon menyebut nama-nama karikatur yang dilukiskan seperti Sivarasa, Irene Fernandez dan lain-lain, Dr Nasir terkejut dan bertanya, " Awak kenal?". Paparon jawab "Ya!". Dr Nasir hanya tersenyum. Tidak pula dia ceritakan siapa dia. Cuma Paparon dan Sham syak dia tentu seseorang hebat. Barulah Paparon siasat dan akhirnya tahu siapa Dr Nasir.
Dr Nasir adalah presiden sebuah parti politik di Malaysia yang paling mudah hendak dipeluk dan berjabat tangan. Tiada pengawal menjerit keras dan tegak "Beri laluan! Beri laluan" seperti Haji Hadi ketika berada di majlis-majlis mahu pun berceramah. Salam pun tak pandang muka. Jarang juga Haji Hadi menyantuni kawan-kawan kami yang berniaga di tapak-tapak ceramah, yang menyokong dia.
Dr Nasir yang sosialis ini, yang katanya pengikut Lenin ini sejak dahulu tak pernah belot dan tunduk kepada kekuasaan. Pemimpin lain yang dikatakan hebat, pernah. Dr Nasir seperti dulu, berkemeja pudar warna, seluar longgar selesa dengan beg sempoi, kalau tidak berkasut hanya bercapal. Jarang bermuka masam ketika bersalam.
Sekurang-kurangnya itu yang Paparon nampak. Paparon tidaklah kenal dengan Haji Hadi tetapi sesiapa yang nak kenal Dr Nasir begitulah beliau. Tetapi Paparon tidaklah rapat. Tidaklah seperti kawan Paparon seperti Nalini, Bawani, Madhavi, Arul atau Mandeep dan Nazreen yang lebih rapat dengannya. Paparon hanya cerita dari apa yang Paparon lihat dari mata Paparon- seorang mat sebok di majlis-majlis memuja dan menzikirkan nama pemimpin.
SUMBER
2. Kerajaan Pas Terengganu tumbang gagal kikis ego Hadi
Presiden Pas itu turut memperkecil Parti Sosialis Malaysia (PSM) secara tidak langsung untuk mempertahan kerja buat menantunya, Zaharuddin Mohammad aka 'Din Ayam'.
'Din Ayam' sabotaj Dr Nasser di Kota Damansara dan ego Hadi mempertahan kerja buat kotor menantunya itu dengan guna hujah agama secara mengelirukan.
Tak perlulah saya tulis semula ucapan angkuh Hadi. Dengar klip youtube.
Hadi mungkin lupa, Pas Terengganu yang pernah tubuh Kerajaan Negeri selepas PRU1999 pun tak pertahan lama, dikatakan berpunca oleh kepemimpinannya yang angkuh.
Baik Hadi cermin diri. Ego bukan perangai Rasulullah.
Rasulullah ajar kerjasama atas nama kebaikan, bukan tentang kerja buat pihak yang baik sungguhpun berbeza segi cita-cita perjuangan.
"Dan saling menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran." (Surah Al-Maidah: 2)
Dalam al-Quran, tekstual nas jelas melarang umat Islam bersama Yahudi dan Nasrani.
"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Surah Al Baqarah: 120)
Demi nak tumbangkan kezaliman serta menubuhkan Negara Moden Madinah, Rasulullah sandiri pun bersama dengan Yahudi, Nasrani dan Majusi hingga termeterai Piagam Madinah.
PSM kalau ya Yahudi pun (ahli PSM adalah rakyat Malaysia lah, bukan warga asing), mereka bukan pihak yang zalim. Malah, kuat memerang kezaliman Umno.
Pemimpin PSM tak pernah khianat ahlinya macam ahli Pas kena khianat melalui projek Kerajaan Perpaduan (UG) dulu.
Bahkan ideologi sosialisme seperti perjuangan kelas serta membela golongan tertindas mendekati dalalah an-nas al-Quran sendiri.
"Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya)." (Surah al-Qasas: 5)
Politik Pakatan Rakyat adalah politik kawanan atas dasar kebaikan serta menolak kezaliman - tahalluf siyasi.
Faham politik DAP pun atas prinsip sosialisme.
Kenapa Hadi tidak menentang DAP dengan hujah ego seperti dalam youtube itu?
Jangan hipokrit dan ego lah, Hadi.
PSM tidak pernah khianat rakyat dan perjanjian bersama rakyat.
Tapi, Hadi sendiri pernah didedah khianat rakyat apabila terbabit dalam idea pertemuan dalam gelap dengan Umno atas nama Kerajaan Perpaduan (UG).
Semasa ditanya di lobi Dewan Rakyat tahun 2009, tiga hari berturut-turut Hadi mengaku tiada pertemuan sulit dengan Umno.
Sehinggalah Tun Abdullah Hj.Ahmad Badawi (semasa itu masih perdana menteri) mengaku sudah ada pertemuan tiga kali dengan pemimpin tertinggi Pas.
Hadi tetap tidak mengaku beliau menipu rakyat, tetapi, terus menerus berkata, "itu (UG) tidak berbangkit lagi," semasa ditekan kuat oleh wartawan-wartawan Cina.
Dengar balik klip youtube berkenaan dan fikir balik.
Keangkuhan Hadi dulu mengakibatkan Kerajaan Pas di Terengganu tumbang.
Keangkuhan Hadi hari ini akan mengakibatkan 'harapan' rakyat (bukan hanya ahli Pas saja) terhadap Pas pula mungkin pudar.
Setuju?
SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha