12 April, 2013

Video seks. Mustapha Ali perlu tampil menafikan! (Link inside)

KLIK



KUALA LUMPUR, 12 April — Pemimpin PAS menolak pendedahan video seks terbaru yang mengejut tersebat di Internet, mendakwa ianya “palsu” dan “taktik kotor” oleh lawannya menjelang Pilihan Raya 2013.

Semalam, penulis blog Papagomo dalam satu artikelnya menyenaraikan beberapa blog pro-Umno mengandungi gambar dan video menyerupai pemimpin tertinggi PAS yang terlibat dalam satu skandal seks.

Naib Presiden PAS Husam Musa mendakwa video tersebut mungkin palsu, sambil mempersoalkan masa video seks itu dikeluarkan hampir dengan hari penamaan calon pada 20 April dan hari mengundi pada 5 Mei.

“Masa ia dikeluarkan sangat dekat, berkemungkinan juga ia bermotifkan politik,” kata Husam semasa ditemui di Putrajaya hari ini.

Walaubagaimanapun, Husam berkata fokus Pakatan Rakyat (PR) adalah untuk menang Pilihan Raya 2013 dan tidak akan menghiraukan isu terpinggir itu.

“Saya yakin PR akan fokus kepada pilihan raya. Cerita sampingan itu sengaja diada-adakan, kami abaikannya,” katanya lagi.

Dalam laporan The Star hari ini, pihak polis Terengganu telah merampas 16 VCD mengandungi video yang disebarkan oleh beberapa individu tidak dikenali namun tiada sebarang tangkapan dibuat.
Bagi ahli parlimen (MP) Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar penyebaran video seks terbaru tersebut membuktikan lawan mereka terdesak sehingga terpaksa bermain politik kebencian dan fitnah bagi memburukkan PAS.

“Ini bukti Umno terdesak dengan bermain dengan politik kebencian dan fitnah ini,” kata naib presiden parti Islam yang yakin rakyat boleh buat penilaian sendiri sama ada benar atau palsu video tersebut.

Video 3 saat berwarna tersebut yang menunjukkan seorang lelaki bersama seorang wanita dalam keadaan intim melakukan hubungan seks di dalam sebuah bilik, serta direkodkan pada satu sudut mengadap pasangan tersebut.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman pula mengganggap video seks terbaru itu bukan satu mengejutkan malahan akan banyak lagi bahan lucah diedarkan menjelang pilihan raya paling sengit dalam sejarah negara.

“Saya tidak terkejut dengan video terbaru ini, memang dijangkakan... ini taktik kotor, saya tidak percaya video seks itu asli,” kata Dr Rani.

Dr Rani juga berkata situasi sama dihadapinya di Meru, kawasan dewan undangan negeri yang disandangnya apabila mendapat maklumat gambar beliau berpelukkan dengan seorang wanita juga telah diedarkan secara meluas.

“Gambar saya berpelukkan dengan makwe (teman wanita) pun dah tersebar di sekitar Meru ini,” ujarnya lagi.

Pengarah pusat penyelidikan dan pembangunan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mengkritik keras taktik kotor dan jijik yang masih berterusan ini serta menggesa lawan mereka mengamalkan politik sihat.
“Politik yang dibawa oleh Umno ini berlawanan dengan konsep politik yang Islam anjurkan... sepatutnya kita berpolitik secara sihat tentang polisi dan dasar, bukannya menyerang peribadi,” tegas Dzulkefly, yang juga merupakan MP Kuala Selangor.

Dzulkefly berkata tindakan mengintip dan mengintai dengan meletak video tersembunyi adalah salah disisi Islam, serta mempersoalkan bagaimana jika seorang suami isteri yang sah tiba-tiba direkodkan secara tersembunyi.

“Islam sendiri melarang umatnya untuk mengintai ataupun mengintip terutamanya dengan meletak kamera tersembunyi untuk merakam.

“Saya bercakap secara umum, manalah kita tahu seseorang itu berkahwin dua ataupun tiga tanpa kita ketahui. Bukankah itu sudah salah,” ujarnya lagi.

Laman www.papagomo.com yang dikendalikan oleh Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30, sebelum ini juga telah mendedahkan satu video seks menyerupai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan telah disaman sebanyak RM100 juta.

Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh Mahkamah, Anwar juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan.

Walaubagaimanapun, Wan Muhammad Azri kemudiaannya menafikan adalah pengendali blog tersebut.

Baru-baru ini selepas pembubaran Dewan Rakyat, pengendali blog tersebut telah mengumumkan untuk berlawan menentang Anwar di Permatang Pauh tetapi tidak muncul pada sidang media sebaliknya menghantar wakilnya untuk bercakap bagi pihaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha