Berbeza dengan
calon-calon lain, di Kota Damansara calon PAS menggunakan watikah yang
di tanda tangani oleh Presiden PAS sendiri. Calon2 PAS seluruh Malaysia
menggunakan watikah yang di TT oleh SU Agong PAS, Cikgu Mustafa Ali.
Ada pun motif meletakkan
calon PAS di Kota Damansara ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk
memberi kemenangan yang jelas kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Ini kerana calon PAS
Kota Damansara ini adalah orang yang rapat dengan Ustaz Zaharuddin
Muhammad atau lebih dikenali sebagai Ustaz Din Ayam.
Malahan, sewaktu
penamaan calon, kedua-dua YDP Kawasan, Mesni dan Ustaz Din Ayam, tidak
kelihatan sama sekali. Tak tau la kalau ada orang lain yang nampak.
Sebelum dari penamaan
calon hari ini, telah diadakan sidang akhbar yang diketuai oleh YDP PAS
Kawasan, Hj Mesni, yang menyatakan bahawa calon PAS akan bertanding di
DUN KOta Damansara. Ini bererti adanya calon PAS di Kota Damansara ini
adalah hasil kerja YDP PAS Kawasan Subang dibantu oleh hubungan keluarga
Ustaz Din Ayam yang menjadi menantu Presiden.
Tindakan PAS Kawasan
Subang ini tidak diketahui oleh Cikgu Mustafa Ali. Pencalonan ini jelas
dilakukan oleh orang yang rapat dengan Presiden kerana mana mungkin
orang lain mampu mendapatkan tanda tangan Presiden PAS.
Kumpulan penyokong Din Ayam ini berteduh di bawah Masjid Kota Damansara ataupun dikenali sebagai Masjid Kuning.
Bilangan cawangan PAS tidak banyak tapi mereka giat menjalankan aktiviti2 sabotaj seperti yang kita lihat hari ini.
Sememangnya ramai maklum
Ustaz Din Ayam ini penyokong kuat agenda PERPADUANG bersama UMNO dan
ramai maklum betapa bencinya beliau kepada Pakatan Rakyat.
Malahan, Tulang Besi syak sabotaj calon di DUN Paya Jaras dan Taman Templer juga hasil pengaruh Ustaz Din Ayam ini.
Cuba bayangkan,
Khairuddin Othman itu adalah penyelaras DUN PAya Jaras sekaligus SU
Perhubungan Selangor. DIarahkan supaya tidak bertanding di Paya Jaras
dalam keadaan tiada calon pengganti. Tidak kira apa jadi, Khairuddin
tidak diizinkan bertanding.
Tulang Besi yakin tanda
tangan Presiden telah ditiru dan surat tersebut adalah palsu. Tidak
mungkin PResiden PAS boleh bersetuju dengan pengkhianatan dan kebodohan
seperti ini.
Yang jelasnya, dari
pengamatan Tulang Besi, jentera UMNO telah naik semangat dengan
pencalonan PAS itu. Mereka sudah nampak satu kerusi DUN sudah dalam
tangan mereka hasil usaha PAS Kawasan Subang.
Terima kasih PAS Subang, terima kasih DIn Ayam, terima kasih Hj Mesni
Kami org muda sudah nampak belang sebenar PAS...PKR dan UMNO adalah parti masa depan untuk orang melayu...
BalasPadamKalau ginilah perangai PR Ada baiknya penyokong PR tak perlu keluar mengundi. Election Akan datang kerana gilakan jawatan semua ahli PR jadi calun. Ko pangkah aku Dan aku pangkah ko. Hebatkan?
BalasPadam