KOTA BARU: Ahli politik veteran Datuk Zaid Ibrahim mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Baru jika PAS memberikannya peluang.
Difahamkan nama Zaid dibangkitkan kerana beliau amat disenangi Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kerusi tersebut sebelum ini dipegang oleh veteran PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang terlebih dahulu mengumumkan persaraannya.
Namun, Wan Abdul Rahim menarik balik keputusannya untuk bersara selepas dipujuk kepimpinan PAS negeri untuk mempertimbangkan cadangan bertanding di Gua Musang menentang Tengku Razaleigh Hamzah.
Zaid, 62, adalah bekas menteri kabinet dan pernah memegang jawatan utama dalam Parti Keadilan Rakyat dan Parti Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) di mana beliau adalah Presiden parti itu.
Beliau berkata sanggup berdepan Datuk Mohd Fatmi Che Salleh yang disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini.
Zaid mengesahkan berlaku mesyuarat secara tidak formal mengenai kemungkinan beliau akan bertanding di kerusi tersebut atas tiket PAS. -mStar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha