“Salah satu sebab penangguhan ini adalah kerana parti baru sahaja melalui satu 'pertempuran' sengit, iaitu pilihan raya umum ke-13 dimana banyak sumber dan tenaga telah digunakan.
Salah satu je? sebab lain? Bukan kerana nak tunggu kemarahan ahli kepada Azmin dan Zuraida lega? Apa yang aku nampak, jika Azmin dan Zuraida terus kekal memegang jawatan dalam parti, sokongan kepada PKR di PRU14 akan merosot teruk! Ahli-ahli sedang menunggu dengan sabar untuk buang Azmin dan Zuraida. Tungguuuuuu!
Jom lihat pola pengundi mengikut generasi dalam PRU13
Nota:
Boomers. Lahir sebelum 1965
Gen X. Lahir bermula 1965 hingga 1983.
Gen Y. Lahir pada 1984 ke atas.
Boomers jenis setia kepada parti. Gen X separuh setia kepada parti dan separuh lagi adalah jenis pemberontak. Gen Y hampir 90% pemberontak yang bencikan perangai pengampu dan kronisme yang menjadi amalan boomers zaman berzaman. Berdasarkan data statistik di atas jumlah Gen Y dicampur dengan separuh dari gen X adalah berjumlah 36.6% manakala selebihnya adalah campuran boomers dan separuh dari golongan gen X.
Lihat keputusan PRU13! Dicampur dengan penipuan oleh SPR dan perasaan menyampah kumpulan ini PR terus gagal menawan Putrajaya.
Bagaimana jika dalam PRU14 golongan gen Y terus bertambah menjadi 50% dan budaya mengampu dan kronisme dalam parti terutama PKR dan PAS terus tidak berubah? Adakah PR akan berjaya? Jawapan kepada masalah ini, golongan pimpinan dalam PKR dan PAS yang mengamalkan budaya mengampu dan kronisme sememangnya wajib di "segarkan" kembali!
PETALING JAYA, 22 Mei — Pemilihan parti PKR yang sepatutnya berlangsung November tahun ini mungkin akan ditangguhkan, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini yang memberikan alasan langkah tersebut diambil kerana mereka baru sahaja melalui pilihan raya umum sengit pada 5 Mei lalu.
Setiausaha agung PKR itu walau bagaimanapun berkata penangguhan memerlukan kelulusan dalam kongres dan perlu meminda perlembagaan parti.
“PKR menimbang untuk menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya dijalankan November ini,” kata Saifuddin dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR, di sini.
“Namun, untuk parti menangguhkan kami perlu memanggil satu Mesyuarat Khas Tahunan bagi dapatkan kelulusan dan pinda perlembagaan.”
Menurut Saifuddin (gambar) lagi, antara faktor utama penangguhan tersebut adalah kerana jentera dan ahli akar umbi baru sahaja melalui “pertempuran” iaitu dalam pilihan raya 5 Mei lalu.
“Salah satu sebab penangguhan ini adalah kerana parti baru sahaja melalui satu 'pertempuran' sengit, iaitu pilihan raya umum ke-13 dimana banyak sumber dan tenaga telah digunakan.
“Saya juga sendiri telah menemui pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk memberitahu mereka tentang kemungkinan parti menangguhkan pemilihan,” kata Saifuddin lagi.
Menyentuh tentang Kongres Nasional Tahunan Ke-9 yang bakal diadakan hujung minggu ini,
Saifuddin menegaskan ia diadakan hanya untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh RoS memandangkan PKR tidak mengadakan kongres tahunan tahun lepas.
Saifuddin menjelaskan tiga usul utama dalam kongres kali ini ialah ucapan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, perbincangan tentang Pilihan Raya 2013 dan seterusnya tentang perancangan parti untuk bergerak ke hadapan selepas ini.
“Tiga usul akan dibentangkan kali ini, usul utama yang dibahaskan kali ini pastinya pasca pilihan raya umum ke-13.
“Disamping itu, kongres juga akan membincangkan tentang langkah untuk mengukuhkan kepimpinan parti,” tambahnya lagi.
Sebanyak 2,500 delegasi akan bersidang pada kongres yang akan diadakan pada 25 Mei ini di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), disamping kehadiran pemerhati dan tetamu khas parti serta wakil daripada 221 cabang diseluruh negara.
Kali terakhir PKR mengadakan pemilihan parti adalah pada tahun 2010 lalu, RoS telah menetapkan setiap pertubuhan yang berdaftar perlu mengadakan pemilihan setiap tiga tahun sekali.
PKR merupakan parti politik pertama melaksanakan pemilihan secara langsung bagi semua jawatan di peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota MPP.
Dalam pilihan raya 5 Mei lalu, PKR memenangi 30 kerusi Parlimen daripada 89 keseluruhan yang diperoleh oleh gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR), DAP memenangi 38 kerusi manakala PAS pula 21 kerusi.
Keputusan Pilihan Raya 2013 menyaksikan parti pemerintah Barisan Nasional (BN) buat kali pertama hilang undi popular apabila hanya memperoleh 47 peratus berbanding PR memperoleh 50 peratus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha