Media Indonesia, Pesatnews.com melaporkan, himpunan besar-besaran
di Malaysia Rabu lalu bagi menuntut supaya Datuk Seri Najib Razak
berundur sebagai Perdana Menteri, mirip demo bantahan rakyat negara itu
yang mahu bekas Presiden Soeharto digulingkan.
Menurut laporan tersebut semalam, himpunan raksasa itu majoritinya
dihadiri golongan muda, menuntut perubahan dan menolak penipuan pilihan
raya yang berlangsung 5 Mei lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 itu, BN menang dengan 133 kerusi Parlimen daripada 222, berbanding Pakatan 89 kerusi Parlimen.
Bagaimanapun, kemenangan BN itu dibantu dengan 4 penipuan utama:
1. Isu dakwat kekal yang luntur,
2. Pengundi hantu, http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
3. Pengundian berulang kali, dan
4. Warga asing yang turut mengundi kerana diberikan kad pengenalan.
Laporan itu turut menyatakan, kemenangan BN tidak mewakili pilihan
rakyat kerana Pakatan berjaya memperolehi 5.62 juta undi berbanding BN
hanya 5.24 juta sahaja.
“Anehnya, dalam pilihan raya yang dinilai
penuh kecurangan tersebut, Barisan Nasional di bawah Najib Razak menang
dengan 133 kerusi dari 222 kerusi Parlimen, melebihi batas minimum 112
kerusi untuk membentuk pemerintahan.
“Lebih aneh lagi, meskipun menang, Barisan
Nasional ternyata bukanlah pemenang undi terbanyak, apabila meraih 5.24
juta undi, sedangkan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim memperoleh
5.62 juta undi,” kata laporan itu dipetik.
Sementara itu, pengulas politik Malaysia, Dr Rahmat Ismail yang
ditemubual akhbar tersebut menyarankan kepada kerajaan Indonesia, supaya
tidak mengirimkan ucapan tahniah kepada Malaysia ekoran kemenangan BN
yang penuh dengan penipuan dan penyubur rasuah negara.
Katanya, pemerintahan regim Najib tidak ubah seperti diktator apabila
mengongkong media dan suara rakyat untuk menuntut perubahan dalam
pilihan raya lalu.
Rahmat berkata, ekoran kemenangan BN itu, Malaysia tidak mampu untuk
membendung ketirisan dan rasuah berleluasa kerana Umno BN adalah parti
korup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha