26 Mei, 2013

Kalau sebab ni, memang patut Khalid Ibrahim dipersalahkan!


Tan Sri Khalid tidak memberi apa2 bantuan membantu usaha pada NGO tersebut dalam mendaftar pemilih2 baru. Mengikut maklumat TUlang Besi dapat, Tan Sri Khalid tidak membantu walau satu sen pun walaupun telah dibuat permintaan.

Sekiranya Tan Sri Khalid telah membantu, nescaya NGO2 tersebut telah menggunakan sumber mereka di Negeri Sembilan, Perak dan Kedah dan Pakatan Rakyat telah memerintah Malaysia sekarang ini.

Tumpu Daftar Pemilih Baru Untuk Atasi Penipuan Pilihanraya

Nak tau sebab apa BN berjaya di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Johor.

Nak tau kenapa Pakatan Rakyat berjaya di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang?

Jawapannya mudah.

Di 3 negeri PR berjaya menang gemilang itu, mereka telah mendaftar pengundi baru lebih ramai dari Barisan Nasional.

Di Penang misalnya kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan khas untuk proses pendaftaran pemilih. Mereka telah mendaftar beratus ribu pendaftar baru.

Begitu juga di Kelantan. Di sana, aktiviti mendaftar pemilih baru adalah aktiviti lumrah PAS Kelantan sejak tahun 1990 lagi. MEreka tidak pernah berhenti mendaftar pemilih baru.

DI Selangor pula, mengikut maklumat yang Tulang Besi dapat, ada beberapa NGO yang telah mendaftar lebih 200 ribu pengundi baru semenjak 2008.

Di samping itu, hasil usaha beberapa NGO itu, rakyat Selangor secara otomatik juga mendaftar sendiri. Lebih 220 ribu rakyat Selangor mendaftar secara sukarela.

Hasilnya, di Selangor, walaupun UMNO mendaftar lebih 200 ribu pengundi baru yang majoriti dari pendaftaran ini adalah pengundi2 hantu, tapi mereka tetap kalah tersungkur.

Walaupun pengundi2 hantu mereka ramai yang dapat mengundi tapi pengundi2 Pakatan Rakyat yang telah mendaftar telah keluar mengundi dan membenam pengundi2 UMNO dan hantu2 mereka (baca: pengundi2 Bangla, Kambodia, Burma dsbnya)

Malahan, ada PAS kawasan yang sedar mereka tidak mendaftar bilangan pengundi yang cukup telah mengambil tindakan agresif menghalang pengundi2 Bangla ini. Hasilnya mereka menang dengan gemilang sekali.

Yang menyedihkan adalah sikap Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor. Mengikut maklumat Tulang Besi dapat, Tan Sri Khalid tidak memberi apa2 bantuan membantu usaha pada NGO tersebut dalam mendaftar pemilih2 baru. Mengikut maklumat TUlang Besi dapat, Tan Sri Khalid tidak membantu walau satu sen pun walaupun telah dibuat permintaan.

Sekiranya Tan Sri Khalid telah membantu, nescaya NGO2 tersebut telah menggunakan sumber mereka di Negeri Sembilan, Perak dan Kedah dan Pakatan Rakyat telah memerintah Malaysia sekarang ini.

Tulang Besi tidak faham mengapa Tan Sri Khalid tidak mahu membantu. Mendaftar pemilih baru adalah tanggungjawab semua kerajaan tidak kira kerajaan negeri mahupun Pusat.

UMNO memilih untuk tidak mendaftar pemilih secara otomatik kerana UMNO mempunyai wang sendiri yang banyak. MEreka cuma mendaftar pemilih2 yang mereka rasa hanya akan menyokong mereka sahaja. Hasilnya, hanya UMNO sahaja yang menang tiap2 kali pilihanraya.

Sedih juga Tulang Besi mendengar kesah Tan Sri Khalid Ibrahim itu. Begitu tidak bertanggungjawab sekali. Apa masaalahnya kerajaan Selangor menjalankan aktiviti mendaftar pemilih. Bukankah itu satu aktiviti yang mulia. Nasib baik ada usaha dari beberapa NGO yang mengambil kesah. Kalau diharap Tan Sri Khalid sahaja, sudah tentu Selangor telah jatuh ke tangan Barisan Nasional sekarang ini.

Harap2 dalam penggal kedua ini Tan Sri Khalid tidak bersikap kedekut di dalam menmpertahankan hak dan suara rakyat Selangor. Islam tidak mengajar menjadi kedekut. Islam mengajar kita menjadi berhemah. Perangai kedekut itu dipandang buruk oleh Islam.

Di Perak dan negeri2 lain, Pakatan Rakyat tidak berusaha ke arah mendaftar pemilih2 baru. Di KEdah misalnya, Barisan Nasional mendaftar 70% semua pengundi baru. Tidak hairanlah mereka dapat merampas Kedah.

TUlang Besi mencadangkan gerakan Black505 memasukan aktiviti mendaftar pemilih sebagai salah satu agenda mereka. Pastikan semua rakyat Malaysia mendaftar sebagai pemilih.

TULANG BESI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha