17 Mei, 2013

Pendedahan. Punca sebenar PAS tewas di Kedah!

 

Dengan tidak bertanggungjawab beliau melepaskan beban pemilihan calon-calon kepada PAS Pusat, dengan beliau menjadi master mind dipilih senarai yang beliau restui sahaja.


PRU ke-13 telah lebih seminggu berlalu dengan keputusan yang dimaklumi semua orang. PRU13 menyaksikan tsunami rakyat menolak BN kecuali di beberapa negeri.Kecelaruan SPR masih tidak menghalang kecemerlangan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dan hampir-hampir menguasai semula Perak dan Terengganu, sementara berjaya menidakkan majoriti 2/3 di Negeri Sembilan.

 

 Tetapi berlainan pula keputusannya di Kedah yang berjaya dimenangi semula oleh BN. Sebagai seorang ahli politik anak Kedah, saya kemukakan analisa dan sebab-sebab bencana kekalahan yang sememangnya sudah dijangka di Kedah.

 

  Pentadbiran ala-Umno Kemenangan Pakatan Kedah dalam PRU12 adalah mesej dan manifestasi kehendak majoriti rakyat yang mahukan perubahan setelah ditadbir lebih 50 tahun oleh Umno-BN. Harapan ini nyata dipersia-siakan oleh kerajaan Datuk Seri Azizan Razak apabila sejak dari awal lagi beliau dikatakan menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad tokoh korporat yang dikaitkan dengan Umno sebagai mentor dan sumber rujukan dalam melaksanakan pentadbiran negeri.

 

 Jawatan-jawatan penting dalam syarikat dan institusi berkaitan kerajaan negeri diberikan kepada mereka yang bukan sahaja tegar dengan Umno tetapi berusaha sepanjang masa mensabotaj kerajaan negeri sama ada secara langsung atau tak langsung. Maka lahirlah isu-isu seperti kes pelantikan YDP Majlis Daerah Kubang Pasu, isu alam sekitar di Carok Genting Bunga dan Gunung Inas, isu bercambahnya pusat hiburan dan karaoke berlesen dan tanpa lesen, isu krisis kewangan, pentadbiran dan kebajikan pelajar serta kakitangan di KUIN. Kesemua isu di atas tidak diatasi ataupun diselesaikan.

 

 Azizan cukup bangga dengan jawapan-jawapan politik di media-media arus perdana tanpa melihat kesan yang dialami oleh orang bawahan. Saya mendapat maklum majoriti staf KUIN yang menyokong PAS tidak memberi undi kepada parti itu dalam PRU yang lalu. Rakyat melihat pentadbiran Azizan lemah, tidak efisyen, tiada perancangan dan bertindak mengikut kehendak sendiri walaupun dinasihati disebaliknya. Lalu harapan rakyat yang ingin melihat suatu perubahan bawah pentadbiran PAS disia-siakan. Rakyat kecewa dan kekecewaan ini ditafsirkan di peti-peti undi.

 

 Hampir 20 peratus undi diberi kepada BN hasil dari kekecewaan itu. Pergolakan dalaman Pergolakan dalam cawan antara exco Datuk Phahrol-Dr Ismail dan Azizan yang telah selesai dan dilupakan dihidupkan semula oleh Azizan sendiri melalui pemilihan calon-calon PRU13. Azizan dilihat 'mencantas' Phahrol dan Dr Ismail dan beberapa orang lagi yang bukan kroni beliau. Phahrol dihantar ke Parlimen Jerlun untuk disembelih, sementara Dr Ismail dibuang terus. Bantahan demi bantahan dari orang ramai akhirnya menyaksikan Phahrol dibawa semula ke Pengkalan Kundor dan Dr Ismail dihantar ke Jerlun. Lebih malang lagi apabila senarai calon-calon ini tidak pernah dibincang dalam tiga mesyuarat tertinggi di peringkat negeri - mesyuarat harian, politik dan pilihan raya serta dadan perhubungan. Malah permintaan ahli perhubungan negeri untuk supaya ia dibincangkan tidak pernah diambil peduli. Dengan tidak bertanggungjawab beliau melepaskan beban pemilihan calon-calon kepada PAS Pusat, dengan beliau menjadi master mind dipilih senarai yang beliau restui sahaja.

 

  Pemilihan calon-calon yang tidak mengikut prosedur ini telah mendapat tentangan dan menimbulkan kemarahan yang amat sangat di peringkat jentera parti di segenap peringkat yang membawa kepada sabotaj dan kelesuan jentera pilihan raya. Jabatan pilihan raya gagal Jabatan Pilihan Raya (JPN) PAS negeri sejak dari awal lagi telah menyimpang dari landasanya apabila mencampuri urusan pemilihan calon-calon yang telah diketahui umum bahawa itu bukan bidang tugas JPN. Hampir kesemua AJK JPN terlalu berpolitik untuk memastikan hanya Azizan dan kronimya sahaja menang.

 

 Lagak dan pembawaan mereka amat memualkan. Tiada strategi dan perancangan yang dibuat JPN untuk memenangkan Kedah selain dari daftar pemilih dan pengundi luar kawasan. Lebih malang apabila apabila bilik gerakan membuat laporan membodek menyatakan faktor Azizan akan menyumbang 70 peratus kepada kemenangan Kedah walaupun fakta sebenar sebaliknya. JPN gagal membaca kehendak semasa pengundi. Calon-calon masuk bertanding tanpa strategi khusus untuk menang. Strategi yang sudah tentu berbeza mengikut DUN dan Parlimen, berbeza mengikut ras, jantina, umur dan tidak kurang penting juga strategi akan berubah mengikut ketokohan dan kewibawaan calon lawan.

 

 Ketiga-tiga faktor di atas menjadi faktor utama, di samping faktor-faktor lain mengapa Allah memberi kekalahan kepada PAS Kedah. Semoga "teguran Allah" ini bisa memberi bekas kepada kepimpinan yang tidak lagi boleh berbincang atau ditegur. Mereka memilih jalan susah dan jalan yang lebih panjang untuk belajar. Sesungguhnya kemenangan itu hak Allah dan kita sebagai hamba-Nya hanya perlu melengkapkan ciri-ciri yang akan membawa kepada kemenangan. Dan Allah akan menarik kemengan itu jika kita melampau dan tidak memenuhi cirri-ciri itu dan itulah yang berlaku di Kedah. Semoga kita sama-sama bermuhasabah. 

 

sumber

  P/S: Tak payah la presiden PAS sakit kepala buat post mortem. Tiru aje bulat2 la artikel di atas!

 

 

2 ulasan:

  1. Salam The Sniper

    Yong pun nampak lebih kurang begitu. Cuma tak sampai hati nak tulis sebab yang empunya diri tengah sakit.

    BalasPadam
  2. Salam Bro,

    Kawan aku telah bangkit pada aku kira-kira 3 tahun lalu, iaitu MKK atau Majlis Ketua Kampong lantikan Kerajaan Negeri tidak memainkan peranan langsung dengan masyarakat kampung. JKKKP kerja buat MKK. Yang peliknya MKK bagi kerja sama pada JKKKP. Sedangkan JKKKP uti musuh politik MKK.

    Ada sorang Ketua Kampong bagitau pada kawan aku, "kalau penduduk ada masalah mai jumpa aku, aku suruh depa jumpa Pengerusi JKKKP. JKKKP ada duit dan ada peruntukan, kita wakil kerajaan negeri, tak dak duit, kita pun macam Ustad Azizan bagi taklimat kena berkerjasama dengan JKKKP, tak mau gaduh sama sekampung".

    Kawan aku siasat, didapati kebanyakan MKK bersikap macam tu. Dia maklumkan pada pimpinan tertentu tapi tak jadi apa jugak.

    Tidakkah bodoh & bangang.... rakyat ada masalah suruh jumpa musuh kita untuk selesaikan. Rakyat makan budi JKKKP dan untungnya UMNO.

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha