Image dari The Star di atas menunjukkan jumlah pendapatan bulanan bagi seorang Ahli Parlimen, Menteri serta Timbalan Menteri.
Dengan pendapatan sebanyak itu yang masih belum dicampur dengan pelbagai elaun maka tidak hairanlah jika perebutan telah berlaku hingga menyebabkan berlakunya sabotaj dalam PRU13 yang lalu sesama Pakatan Rakyat.
Jika semasa zaman Rasulullah S.A.W. perang Uhud menyaksikan sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. berebut rampasan perang setelah berjaya memenangi peperangan..
Dalam Pakatan Rakyat pula perebutan berlaku sebelum berjaya memenangi PRU13 disebabkan keyakinan yang terlalu tinggi yakni Putrajaya bakal kita miliki berdasarkan sokongan rakyat..
Oleh itu jawatan perlu direbut sebelum nama lain dari perti lain ditetapkan disitu.. hatta sabotaj teman seperjuangan dari parti lain sekalipun ianya tidak mengapa..
Kerana kita lebih kuat dari mereka.. jentera kita lebih effektif dari mereka.. kita lebih lama berjuang dari mereka.. jadi kita lebih berhak dari mereka..
Oleh itu demi membuktikan kita lebih kuat dari mereka.. sabotaj calon mereka.. biar mereka sedar betapa kuatnya kita..
Haram jadah betoi depa tu!!
Alhamdulillah... Pakatan Rakyat gagal ke Putrajaya akhirnya.. kerana apa?.. kerana dalam keikhlasan kita berjuang ini.. kita telah bangkit bersama pengkhianat yang lebih buruk perangainya dari pemimpin UMNO yang ada..
Siapa pengkhianat itu.. kalau korang nak tahu buat analisa tentang keputusan PRU13 hari tu, perbezaan undi antara DUN dan Parlimen di banyak kawasan menjelaskannya... kalau aku dedahkan semua nanti ada pulak orang kata UMNO dah bayar aku...
PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen boleh menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan termasuk elaun.Ni pesan aku kepada yang sedang buat Post Mortem keputusan PRU13 lalu.. jangan letakkan semua kesalahan kepada Barisan Nasional...
Merujuk Kertas Statut 235 Tahun 1983, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, seorang Ahli Parlimen diberikan elaun bulanan seperti untuk keraian (RM1,500), pemandu peribadi (RM1,200), perjalanan (RM1, 500) dan telefon (RM900).
Ahli Parlimen turut dibayar elaun sebanyak RM200 sehari apabila mereka menghadiri mesyuarat di Parlimen dan RM150 apabila mereka menghadiri mana-mana jemputan rasmi mesyuarat, taklimat, seminar atau pelbagai acara anjuran kementerian atau agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan atau negeri.
Selain itu, Ahli Parlimen juga boleh menuntut elaun makanan (termasuk 25% untuk tips) dan bayaran untuk bilik hotel, bayaran caj dobi, tempat letak kenderaan, tol, dan wang belanja untuk membeli pakaian panas dan pakaian istiadat.
Faedah-faedah lain seorang Ahli Parlimen ialah mendapat rawatan perubatan percuma untuk diri mereka, pasangan dan anak-anak di bawah 21 tahun di hospital dan klinik kerajaan, pinjaman komputer, kereta dan perumahan, senjata api percuma dan lesen kenderaan, serta pencen dan ganjaran untuk perkhidmatan mereka di bawah syarat-syarat dan keadaan tertentu. ~the star
Sumber
Dapat 10k sebulan tapi berapa sen pula yang dapat pakai sendiri. Kawasan parlimen besar. Rakyat ramai tanpa segan silu minta duit. Setiap kali jumpa minta duit. Minta dari apa yang boleh. Kalau boleh spende pun dia suruh YB beli.
BalasPadam