11 Mei, 2013

Penyakit yang perlu dibuang sebelum menghadapi PRU14


oleh: Yong


TAHNIAH!
Tahniah kepada seluruh ADUN Selangor pilihan rakyat kerana bersatu menentang hasutan Syaitan. Tahniah kepada Dr Rani yang wala' dan tawaddu'. Tahniah juga kepada Azmin Ali yang licik. Selangor akan terus maju ke hadapan, InsyaAllah.
Semoga semua ADUN PR sehat wal-afiat. Takde selalu sakit sengal-sengal sehingga terpaksa buka banyak rumah urut. Wakaka.
Tapi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ditadbir oleh Datuk Bandar pencacai, yang selalu sakit sengal-sengal boleh pergi ke Jalan Thambypillay di Brickfields. 
Kat Selangor dah takde rumah urut yang baru sejak PR memerintah. Yang tumbuh itu rumah urut haram, katanya. Hmmm...bab ini rakyat minta Kerajaan Selangor lipatgandakan usaha untuk banteras!
Okay, bab sakit sengal-sengal badan ni memang senang jer nak ubat. Tapi yang sengal kepala otak dan hati itu yang payah. Ini bukan penyakit osteoarthritis, tapi cerebrum arthritis (sengal otak).
Penyakit cerebrum arthritis ini banyak menyerang YB-YB, kerana kerosakan yang berlaku pada thinking function (cerebrum). 
Sebelum PRU ada pemimpin yang berpenyakit ini - sanggup mengenepikan matlamat perjuangan PR untuk ke Putrajaya. Sehingga terjadi keengganan bertolak ansur and perebutan kerusi.

Lebih dahsyat bila penyakit ini diganding dengan cardiac arthritis (sengal hati). Penyakit ini bagi yang menang pilihanrraya akan melahirkan YB yang tamak dan khianat.
Tidak mungkin penyakit cerebrum arthritis dan cardiac arthritis boleh diubat dengan kaedah Allopathic medicine maupun Homeopathic treatment. Inilah yang menjadi masalah.
Kerajaan pimpinan Najib telah melancarkan banyak kaedah rawatan, wasatiyyah, maqasid syariah, tawaddu' etc..etc...Tapi semuanya tidak berkesan. Semuanya gagal kerana "tiada roh" kata bekas MB Selangor Tan Sri Muhammad Bin Muhd Taib.
Sebab itulah kita sokong Pakatan Rakyat.
 
Dulu Hassan Jati dijangkiti penyakit sengal ini yang dibawa katak-katak PKR. Agak-agak komer sekarang siapa YB PR yang akan dihinggapi penyakit sengal ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha