21 Mei, 2013

Uik? Muhyidin tak sabar nak jadi PM?

Umno mungkin akan mempercepatkan pemilihan parti dari Oktober ke Ogos untuk mengelakkan isu-isu dari membarah dan gerakan menjatuhkan kepimpinan bermula, kata sumber parti.

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Umno mungkin akan mempercepatkan pemilihan parti dari Oktober ke Ogos untuk mengelakkan isu-isu dari membarah dan gerakan menjatuhkan kepimpinan bermula, kata sumber parti.

The Malaysian Insider difahamkan kepimpinan parti mahu ahli dan perwakilan membuat keputusan cepat mengenai kepimpinan dan memberikan peluang kepada tunjang Barisan Nasional (BN) itu untuk bergerak ke hadapan sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Pemilihan parti sekarang kermungkinan berlangsung pada Ogos dan perwakilan akan dipilih semasa bulan Puasa pada Julai,” kata sumber parti kepada The Malaysian Insider hari ini.
193 bahagian parti akan mengadakan mesyuarat untuk memilih kepimpinan tertinggi secara tidak langsung dengan 2,500 perwakilan akan hadir ke mesyuarat agung tahunan.
  
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan memberitahu minggu lepas, seramai 146,500 perwakilan Umno daripada 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009.

“Dahulu kita hanya memperuntukkan 2,500 perwakilan sahaja untuk menentukan pucuk kepimpinan parti, namun kali ini ia ditambah menjadi 146,500 yang mana pemilihan bermula di peringkat cawangan terlebih dahulu.”

Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober 2009 meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan Umno dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita.

Selain itu Umno juga meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup, memberi kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baru Umno dan mengiktiraf sumbangan setiausaha bahagian.

Ahmad berkata pindaan tersebut adalah sebahagian daripada proses transformasi parti bagi membolehkan Umno lebih demokratik, telus dan inklusif, bagaimanapun cara pemilihan dan pengundian masih dalam proses penambahbaikan.

Mengulas lanjut mengenai mesyuarat dan pemilihan di peringkat cawangan Umno yang dijangka dibuat dalam masa terdekat, Ahmad berkata, semua pihak perlu mengambil iktibar dalam apa yang terjadi semasa pilihan raya umum ke-13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha