23 Mei, 2013

Sesungguhnya UMNO adalah parti untuk manusia IQ rendah?







Parti kampung ialah parti yang menang hanya di kawasan pedalaman dan kampung-kampung. Parti bandar ialah parti yang menang besar di kawasan bandaraya dan bandar-bandar besar di seluruh negara. Parti kampung ialah parti yang berjuang secara kekampungan dengan budaya sogok, rasuah, adu domba, fitnah dan penipuan. Mereka sering berjanji lebih 12 kali dan pada PRU 13 juga terus berjanji walaupun mungkin ianya tidak ditepati. Parti kampung menjadikan media arus perdana dan tradisional sebagai senjata ampun mereka kerana media-media ini sudah lama menjadi kita rujukan 'muktabar' mereka.

Parti bandar jauh bezanya dengan parti kampung. Parti bandar ialah parti yang menjadikan dasar, perancangan dan manifesto sebagai alat untuk memberitahu rakyat apa yang mereka akan laksanakan jika diberi mandat memerintah. Mereka menggunakan media alternatif seperti blog, FB, Twitter, Whatsapp dan sebagainya sebagai medium penyaluran maklumat mereka. Parti Bandar dihalang dari menggunakan media pencacai arus perdana yang 24 jam membodek parti kampung.
Parti Bandar menggunakan hujah dan bukti untuk dipersembahkan kepada rakyat apa yang mereka hendak lakukan. Parti Bandar menjadikan Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (selama 10 bulan) sebagai model dan bukti dasar dan program yang mereka telah laksanakan.
Malangnya Parti Kampung menjadikan video porno, fitnah, penipuan dan cerita-cerita karut untuk memainkan emosi orang Melayu menyokong mereka. Antara momokan mereka ialah jika Parti Bandar menang Cina komunis jadi pemerintah, hak istimewa orang Melayu dihapuskan, agama Islam digantikan dengan agama kristian sebagai agama rasmi dan banyak lagi 'hikayat tahyul dan khurafat' yang mereka jadikan senjata untuk mengelirukan rakyat.
Akhirnya orang bandar menyokong parti bandar dan orang kampung menyokong parti kampung. Dengan lain perkataan orang cerdik, berpelajaran, berpengetahuan dan sebagainya menyokong parti bandar. Sebaliknya orang kurang cerdik, tidak berpelajaran, miskin mudah ditipu dan digula-gulakan oleh parti kampung.
 


2 ulasan:

  1. memang betul umno utk org iq rendah tp masalahnya org pas lagi rendah iq,tak percaya tgk pru 13 baru ni,sama2 rakan pakatan pun nk lawan,hadi awang ceramah pertama selepas penamaan calon terus tembak kawan sendiri. Kedah tak yah cakap la,3 tahun sebelum pru 13 dah tahu akan kalah

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha