KUALA LUMPUR: Belumpun
sampai 24 jam video sumpah laknat kedua Muhd Saiful Bukhari Azlan
tersebar di internet, perbagai persoalan berhubung kesahihannya mula
ditimbulkan.
Video
sumpah yang berlatarbelakangkan suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal
sama ada benar atau hanya sekadar rakaman dalam studio menggunakan
teknik 'Chroma Key' (latar belakang hijau).
Ini
kerana, beberapa kecacatan dikesan pada video tersebut khususnya
berkaitan beberapa subjek utama di sekitar Kaabah yang salah kedudukan
dalam video tersebut.
Bandingkan
Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.
Kejanggalan
pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri
tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada
berhampiran dengan Multazam.
Kejanggalan
kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba
timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.
"Kalau
betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada
di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu
dia.
"Perhatikan
betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super
imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif.
Selain
itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang didakwa
mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan orang ramai
sedang tawaf dan berzikir serta berdoa.
Ada juga
yang mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah
bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak.
"Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa.
"Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha