oleh: Mazlan Aliman
MANA JANJI MU UMNO?
Belum ada sebulan selesainya PRU 13, Macam2 aduan saya terima khususnya dari Warga Felda seluruh negara. Ada anak peneroka mengadu, rumah Gen 2 mereka terbengkalai. Duit dah keluar banyak. Ada peneroka Palong 6 maklumkan sesi dialog dengan Pegawai Felda dari HQ KL semalam jadi kecoh bila dimaklumkan hutang tanam semula peneroka sudah mencecah RM 80-90 ribu. Ada juga yg merintih baki pendapatan bulanan dah tak sampai RM1,000. Hidup makin susah kata mereka.
Saya tetap simpati pada mereka. Meskipun apa yang di ajukan, telah pun di perjuang dan diperingatkan puluh tahun oleh saya dan rakan2.
Antara tawaran Pakatan Rakyat dalam kempen pru baru2 ini ialah menyemak dan memberi subsidi atas hutang peneroka. Diterangkan secara sistematik bagaiamana hutang peneroka boleh dikurangkan. Namun, sesetengah peneroka begitu angkuh mengatakan; ' hutang tu kat pokok, bukannya nampak'. Hutang wajib bayar, berapa pun jumlahnya. Kita makan duit pencen je!, kata peneroka.
Logiknya, jika peneroka lebih yakin dengan BN, kenapa hari ini mereka marah dan mengamuk kepada Felda?
Bayar sajalah berapa pun hutang yg dikenakan!
Bila rumah Gen 2 terbengkalai, panggil semua pemilik2 tapak rumah. Tukar kontraktor. Macamana format rumah asal, sebahagiannya dah buat...
Duit untuk bersihkan tapak dah beberapa kali dibayar. Nak mengaku kena tipu, tidak juga. Tetap BN, demi ketuanan melayu kononnya....
Saya bukan nak pulangkan paku buah keras pada peneroka dan warga Felda akan apa yg mereka rasai selepas PRU 13. Gambaran telah diberikan jika BN terus berkuasa. Nasib FGVH, pekerja2 Felda Plantation, penyelenggaraan kebun dll. Hari ini telah jadi kenyataan.
Bila warga Felda mengadu, apa yg ANAK boleh bantu?
ANAK hanya badan NGO, apatah lagi apabila dasar2 Felda kekal dgn mandat semula BN; kena bersedia dengan padah yg mula dirasai.
Isa Samad, MP Jempol, Eshanudin MP Kota Tinggi, Azalina MP Pengerang, Halimah Sadique MP Tenggara, Anuar Manap MP Sekijang, Ismail Sabri MP Bera (sekadar beberapa nama). Ini kawasan Parlimen yg banyak Felda. Warga Felda jumpa mereka, kerana mereka telah berjanji untuk sehidup semati dengan peneroka. Saya yakin dengan slogan janji ditepati, MP BN ini akan bermati matian menyelesaikan apa jua masalah rakyat dalam tempoh yang singkat.
Kalau Ahmad Maslan mula2 jadi Timbalan Menteri boleh berlakon menoreh getah, tidur rumah peneroka dan tubuhkan Badan Bertindak Peneroka(BAPAK) untuk selesaikan masalah peneroka dalam tempoh 2 minggu; Tok Limah(nama glamour Dato' Halimah Sadique) tentu sedang berkobar2 nak tolong rakyat sebab dah jadi Timbalan Menteri. Tak cukup siang, tengah malam pun Tok Limah sedia berbakti....
Saya dan rakan2 ANAK tidak kecewa, malah sedang merencana gerakan seterusnya. Cuma terkilan, pakej menarik untuk warga felda ditolak. Ada seorang peneroka kata kat saya, calon BN ni aku tau; kaki judi dan joli sana sini. Akhlak pun teruk. Tapi demi melayu, aku terpaksa undi dia. Kalau undi PAS, negeri aku nanti jatuh kat cina!
P/S: Mazlan! pedulikan la warga FELDA ni. Biaq pi kat depa. Biar ada akai!

Aku nak ucapkan PADAN MUKA KORANG .masyarakat FELDA YG TOTOK UMNGOK ini balasan yg Allahs.w.t berikan pada korang.Allah s.w.t telah berfirman Allah tak akan merubah nasib kaum tu selagi kaum tu tak berubah.Ay at ni memang tepat ditujukan pada masyarakat FELDA YG TOTOK UMNGOK.pd Sdr Mazlan Aliman jgn lah nak menyibuk nak bantu Kepala batu2 ni.tugas anda dah selesai seblum PRU 13.tak yah nak susah2.bior diaorang mengadu dgn Ahman Maslan ke Isa Samasd ke.kan dua orang ni orang Kuat FELDA.Pd Mazlan Aliman jgn buangkan masa anda,BUANG KARAN je tolong Mangkuk2 Hayun ni
BalasPadamBenarlah kata peribahasa Melayu,"Harapkan sokong, sokong membawa rebah".
BalasPadam