oleh: Yong
Betul. Hanya orang Terengganu tahu apa yang berlaku di Terengganu, kata pencacai UG. Orang Terengganu cerdik sendiri telah membuktikannya. Yes!
TERIMALAH DENGAN LAPANG DADA CALON BN RAMPAS KERTAS UNDI
Heboh satu blogosphere wakil calon BN merampas kertas undi pos untuk dipangkah sendiri. RM100.00 diberi kepada seorang petugas (1 kertas undi). Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa kejadian itu berlaku pada 29 April lalu, berdasarkan pengakuan seorang petugas SPR yang namanya dirahsiakan (ramfiziramli). Tempat kejadian di Terengganu. Sila lihat laporan polis:
LAPORAN RAMPAS KERTAS UNDI |
Selain kertas undi dirampas, ada juga kes pengundi tidak dibenarkan mengundi kerana ada orang lain yang telah menggunakan KPnya. Laporan polis juga telah dibuat. Kes ini juga berlaku di Terengganu.
LAPORAN PENGUNDI HANTU |
Kejadian menipu dalam pilihanraya ini berlaku juga di negara dunia ketiga di benua Afrika. Menurut berita "Beberapa calon telah terlibat dalam usaha untuk mendorong sokongan daripada pengundi melalui pengeluaran wang secara langsung dan tidak langsung," kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kenya (KHRC). Penganalisis berkata rasuah begitu meluas di mana ramai warga Kenya dibayar untuk beralih perhimpunan, tetapi ia jarang ditangkap oleh kamera. Pemerhatian dari pemantau menggunakan kamera kecil dan telefon bimbit untuk menangkap rahsia calon yang bertanding bagi kerusi wilayah dilihat membayar wang tunai (Globalpost).
Benda macam ini pun ada ka di negara kita…?
Takde. PRU di negara kita paling bersih!
Takde sebab Pakatan Rakyat nak berhimpun membantah keputusan PRU13 di sana sini dan menuntut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR letak jawatan.
Takde sebab Pakatan Rakyat nak berhimpun membantah keputusan PRU13 di sana sini dan menuntut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR letak jawatan.
SIAPA TAK SETUJU SILA KELUAR |
Betul. Hanya orang Terengganu tahu apa yang berlaku di Terengganu, kata pencacai UG. Orang Terengganu cerdik sendiri telah membuktikannya. Yes!
Syukur, Sabar, Redho! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha