Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah menetapkan satu tanda aras yang tinggi sebagai pemimpin yang patut dicontohi.
Caranya menampilkan diri, antaranya tidak mementingkan diri, rendah diri, hidup sederhana serta tidak keterlaluan menjadi sifat yang harus dicontohi semua, kata ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad.
"Ini mungkin menjadikan beban kepada menteri besar Kelantan yang baru Datuk Ahmad Yaacob untuk mengikuti contoh beliau, kerana kehormatan tersebut hanya boleh diperoleh dengan tindakan dan setelah dinilai masyarakat.
"Nik Aziz telah meninggalkan ruang besar yang sukar diganti," kata Dzulkefly (atas) .
Dzulkefly berkata, bukan mudah bagi Ahmad mencontohi pentadbiran sebelumnya dan beliau sendiri merasakan terdapat kegelisahan berhubung perkara itu di kalangan ahli parti.
"Ini kerana saya telah melihat kekalahan parti di Kedah dan Terengganu serta kesan tindakan Nik Aziz yang dihormati masyarakat pelbagai kaum dalam memerintah Kelantan selama 22 tahun.
"Cabaran untuk PAS adalah untuk memastikan semua contoh baik serta kepercayaan Tok Guru (Nik Aziz) telah tinggalkan harus diteruskan dan tak dimusnahkan," katanya.
"Kalau kami lari dari perjuangan asal (Nik Aziz) maka kita mungkin tidak akan dapat kepercayaan serta undi masyarakat.
"Kejayaan PAS kini tidak akan kami kecapi tanpa sokongan pelbagai kaum dan sekiranya kami mengharapkan sokongan dari orang Melayu di luar bandar sahaja tidak mencukupi."
'Jika Ahmad konsisten, Kelantan kekal'
Dzulkefly berkata, walaupun tidak mudah, PAS harus meneruskan keprihatinan dalam memberi perkhidmatan, menuntut keadilan untuk semua dan hidup secara sederhana tanpa pembaziran.
Katanya, perkataan tidak mencukupi tapi ini harus dilakukan dengan tindakan.
"Saya juga lihat ada sedikit penurunan sokongan di Kelantan di mana kami kehilangan beberapa kerusi. Sekiranya Ahmad dilihat konsisten dan istiqamah seperti Tok Guru maka Kelantan akan kekal di tangan PAS.
"PAS juga harus memperbaiki segala kepincangan yang ada dan sekiranya ini tidak dilakukan (seperti di Kedah) maka ia akan membawa padah," beliau memberi amaran. - sumber
P/S: Setuju dengan apa yang diperkatakan. Sukar nak digambarkan apa akan jadi pada PAS setelah TGNA tiada. Nak harapkan geng2 yg ada sekarang nih? huh! hancur!
Yang di bawah ni kurangkan undi, boleh. Nak nambahkan undi, Tarakkkkkkkk!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha