11 Jun, 2013

Harun Taib. Sah proksi Nasarudin Mat Isa dalam PAS!

Baca ni dulu:

SEBENTAR tadi penulis menerima maklumat dari sumber yang layak dipercayai bahawa 2 ahli Jawatankuasa Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Harun Din dan Datuk Harun Taib bakal disingkirkan kerana membantah penyingkiran Nasharudin Mat Isa sebagai anggota Majlis tersebut kelmarin. selanjutnya


Harun Taib Tidak Faham Politik — Mohd Sayuti Omar



Kata Harun Taib beliau tidak setuju kalau himpunan diadakan untuk melakukan revolusi, sebaliknya dia setuju kalau himpunan secara aman dengan mengadakan ceramah. Kerana ujarnya cara itu pernah dibuat oleh Pas.

Kenyataan beliau ini seperti dia menarik balik kenyataannya sebelum ini yang tidak setuju dengan himpunan politik seperti Black505 bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang didakwa tidak ada dan jahat. Justifikasinya untuk menarik kenyataan itu ialah kerana parti (Pas) bersetuju dengan himpunan Black505.

Semalam mesyuarat jawatankuasa Pas membuat keputusan semua ahli Pas diarah menghadiri himpunan Black505 pada 15 Jun ini di Padang Merbok Kuala Lumpur.

Harun juga mengakui pendapat beliau sebelum ini yang melarang himpunan Black505 adalah pendapat peribadi. Walaupun Ketua Urusan Dewan Ulama' ini akur dengan kehendak parti tetapi alasan diberikan untuk membolehkan himpunan diadakan masih mengelirukan, ertinya bukan persetujuan 100 peratus.

Dia bersetuju kalau himpunan itu bukan untuk melakukan revolusi? Apakah Harun Taib ini faham atau tidak dengan politik? Atau beliau bercakap dari atas bendul rumahnya dan mengikut perasanya sendiri saja? Apakah politik yang beliau faham dan apaklah politik yang beliau tidak faham?

Siapa yang mentafsirkan kepadanya himpunan Black505 itu untuk menggerakan revolusi? Apakah dia juga faham dengan perkataan dan pengertian revolusi? Harun telah meletakkan dirinya dalam keadaan yang berat. Dia berfikir sesuatu yang orang tidak berfikir dan menganggap orang berfikir seperti dia fikir. Saya rasa Harun mendapat maklumat mengenai himpunan itu bukan dari partinya tetapi dari akhbar Utusan Malaysia dan wartawan yang sering menghubunginya.

Telatah atau cara Harun berfikir lari jauh. Ibarat berpakat hendak mengusung rumah, tetapi dia berfikir orang ramai diajak untuk meruntuhkan bukit dan mengusung batu bawa balik ke rumah. Pemahaman Harun dalam soal ini terlalu jauh sebenarnya dan menyekasakan dirinya sendiri. Percanggahan fahaman ini juga meroakkan reputasi beliau dan dewan yang beliau ketuai itu. Elok berhenti sajalah.

Baik juga rasanya kalau Harun Taib dimasukkan semula ke dalam madrasah politik yang realistik iani politik berasaskan fakta semasa bukannya politik berasaskan hukum agama. Pemikiran dan pemahaman seperti Harun inilah yang mencemarkan demokrasi dan merosakkan strategi politik Pas dan rakannya sebagai sebuah gerakan massa.

Orang seperti Harun sebenarnya tidak layak untuk mengulas mengenai politik. Ia bukan memberi kebaikan sebaliknya keburukan kerana ada pendapat dan kenyataanya kontra dengan keputusan parti. Ahli Pas pula jangan mudah menerima pandangan politik dari seseorang yang mendapat pendidikan tinggi dari institusi terkenal, atau digelar ulama tanpa diadaptasikan dengan politik semasa berdasarkan realiti.

Untuk pengetahuan Harun, Pakatan Rakyat masih menerima konsep dan prinsip demokrasi. Belum ada tanda-tanda untuk mereka melaikukan aksi revolusi merampas kuasa secara kekerasa atau pun meruntuhkan institusi raja. Cara Harun mentafsir sesuatu tidak ubah seperti dia metafsirkan keadaan dirinya yang hanya demam tetapi dirasakan sudah mengalami sakit jantung. Maka ubah yang diambil adalah untuk jatung sedangkan dia hanya demam saja. Sampai ke bila pun Harun tidak akan sembuh dan rasional.

Saya melihat orang macam Harun Taib ini bukan lagi membantu menggalakkan perjuangan Pas tetapi banyak menyusah dan membantutkan usaha pihak lain. Seelokknya menjelang muktamar ini Harun berundur sajalah. -msomelayu

4 ulasan:

  1. Bhai,

    Lu sudah terbalik la....nasha tu yang jadi proksi kepada sidia tu. Dulu dipakai nasha dan hassan Ali untuk duduk barisan depan untuk meranapkan Pakatan dan melepaskan UMNo bila tersepit. Depa dua orang ni la balaci yang disuruh untuk baling sampah sarap kat jentera Pakatan bagi pihak UMNO.

    Bila kedua-dua balaci ni dah kantoi, sorang kena pecat, sorang lagi dah digantung tak bertali, maka taiko-taiko kena turun padang sendiri le buat kerja dajal ni.

    Dulu ada sorang lagi taiko UG yang dok sebok memperdajaikan Pakatan. Tetapi dia terpaksa berdiam diri setakat ini bila kena tibai dengan TGNA. nk tahu siapa, pi la baca kat blog yong suka kuning...hehehe

    BalasPadam
  2. Macam mana la PR nak tadbir negara nie baru saja kalah dala PRU13 dah mula tuduh hang aku kalau lah menang eok mungkin berebut nak jadi menteri la pulak ,adakah pemimpin PR nie sedar yang rakyat hari ini sudah boleh berfikir yang mana baik untuk mereka,kalau pemimpin politik asyik bercakaran walau pun pada dalaman adalah baik tapi pada rakyat itu adalah hanya berlakun saja, pada pucuk pimpinan mereka boleh duduk semeja selepas berttelagah berhujah dalam dewan tapi bagi orang awam walau pun bergurau dikedai kopi tapi kesan tidak sama dengan pemimpin atasan,oleh itu sedarlah wahai pucuk pimpinan parti tunjukkanlah kewibawaan kita itu agar akan mendapat kepercayaan pengundi yang akan memilih anda nanti dalam PRU14.

    BalasPadam
  3. Sabina45.

    Dalam mana2 negara yang bertukar parti pemerintah biasanya parti tu tak kekal lama. Jom sama2 kita cari yang terbaik untuk masa depan keturunan kita.

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha