04 Jun, 2013

Muktamar PAS. Pemilihan PKR. Luar parti sedang memerhati!


Pengundi luar parti semakin berminat memerhati apa yang berlaku samada dalam PAS atau PKR. Semua tindakan akan memberi kesan pada sokongan pengundi dalam PRU14.

Pemilihan PKR khabarnya lambat lagi. Muktamar PAS semakin hampir.

Apakah budaya2 di bawah akan kembali berkumandang?


Alasan2 yang biasa digunakan untuk mengekalkan jawatan walaupun gagal menunjukkan prestasi terbaik

1) Dedah rahsia parti = Dedah pengkhianatan dalam PAS i.e. jumpa UMNO dalam gelap, lantik Ku Li sebagai PM, fitnah parasit etc. Hakikatnya, segala pengkhinatan2 ini tidak pernah menjadi keputusan parti ataupun pendirian PAS. Jumpa UMNO dalam gelap selepas 2008 lepas pun tidak pernah mendapat persetujuan mana2 pihak dalam PAS

2) Tidak mengikut disiplin jemaah = mendedahkan pengkhianatan dalam PAS oleh pengkhianat parti seperti Nasa dan Hasan Ali

3) Memberi wala' kepada Anwar Ibrahim = menolak agenda kerjasama dengan UMNO yang dicadangkan oleh kumpulan ustaz dalam PAS, menyokong perjanjian dalam Pakatan Rakyat

4) Tidak wala' kepada ulama = tidak menyokong ustaz2 yang mahukan kerjasama dengan UMNO dan keluar dari Pakatan Rakyat.

5) Bukan budaya dalam PAS = jangan persoal tindakan2 pengkhianat parti seperti Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa

6) Parasit = tidak menyokong usaha menubuhkan kerajaan perpaduan, pemimpin2 yang menentang pengkhianat2 dalam parti. Misalnya Harakah mengecam NAsaruddin Mat Isa. Kemudian kecaman tersebut telah dijawab oleh Nik Abduh, Timbalan Ketua Pemuda dengan marah sekali. Tak lama lepas tu, Dewan Pemuda mengusulkan supaya sidang editor Harakah dirombak.

Belum apa2 dah difitnah sebagai syiah
Tahan teksi kunun zuhud tapi clain semula tambang. hahaha
Yang ni sebelum muktamar dah kena "kafir". sumber










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha