Melihat perkembangan hari ini tentang apa yang
berlaku, penipuan berulang-ulang-ulangkali Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di
dalam Pilihanraya Umum (PRU) bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus
berkuasa, dapat dirasakan yang BN sudah menemui formula baru untuk terus kekal
berkuasa pada PRU 14 nanti.
Ini pasti!
Mengapa aku berkata sedemikian?
Tamak haloba dan keangkuhan yang tersendiri
parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah meranapkan impian ke Putrajaya pada PRU
13 yang lalu. Tolak tepi penipuan SPR. Itu dah memang. Tapi taktik tipu
sebegitu tidak boleh dipakai lagi apatah lagi taktik tersebut tidak berjaya
sepenuhnya dilaksana 5 Mei yang lalu.
Formula apa yang BN dapat? Ya! Terus berkuasa tetapi
memberikan kemenangan yang ala-ala hari ini. Supaya pemimpin PR yang menang
berasa selesa dengan pangkat dan kedudukan. Hari ini rata-rata rakyat sudah
benci dan mahu menumbangkan BN. Rakyat menunggu isyarat pimpinan harapan mereka
dari PR untuk bertindak. Rakyat bersedia. Anehnya wakil-wakil rakyat dan
pimpinan parti sudah berasa selesa sekarang. Mementingkan kedudukan sendiri dan
parti. Suara rakyat sudah diketepikan. Nak ajak turun berhimpun pun sudah
takut. Macam-macam alasan bodoh. Rakyat ajak boikot majlis angkat sumpah di
Parlimen, tak berani sahut.
Mengapa takut? Bukankah rakyat jelas ditipu?
Penipuan ini suatu jenayah dan pengkhianatan dan mengapa ada sikap apologetik?
Apa tujuan anda menyertai parti politik? SPR perlu diberi tekanan. Dari dahulu
berbagai usaha mengikut peraturan dibuat tetapi tak jalan. Penggal 2013 adalah
penggal ujian kesetiaan pemimpin yang sering melaung-laung hak rakyat.
Terbaru apabila PSM ditolak dari menyertai PR.
Simpatisan terhadap PSM tinggi apatah lagi kelihatan parti itu dibuli pada
PRU13 kelmarin. Jika PSM mengatur strategi yang cermat tidak mustahil sokongan
rakyat khususnya anak muda semakin meningkat. Hanya pengikut parti seperti Pas,
PKR dan DAP saja yang berasakan PSM menyemak tetapi di luar parti tidak sama.
Malah ramai anak-anak orang Pas generasi baru ini non partisan dan mendekati
fahaman sosialis. Cuma bebanan berat PSM ialah untuk menghapuskan tanggapan
parti itu parti kaum India dan mencari formula ampuh meyakinkan rakyat
terbanyak apa makna 'sosialis'. Bayangkan jika berjaya? Harus diingat PSM bukan
Pakatan Rakyat jadi tidak ada sebab untuk parti itu mengikut syarat satu lawan
satu seperti PRU lalu. PSM boleh bertanding seberapa banyak kerusi.
Silap-silap
PRU akan datang lebih banyak pertembungan kerusi di antara Pakatan Rakyat
sendiri. Silap-silap Pas dan PKR bergaduh. Bunga apinya pun sudah terpercik
hari ini.
Dari Unity Government Pas-Umno, perbalahan kerusi
Menteri Besar Selangor kem Azmin dan Khalid Ibrahim serta Anwar, pemimpin takut
berjuang dan jaga periuk nasi sehinggalah sampai ke hari ini; jangan pelik rakyat
akan muak dan akan menghumban pemimpin-pemimpin lembab ini kalaupun tidak
memutuskan harapan kepada Pakatan Rakyat sendiri. Masa itu siapa untung?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha