07 Jun, 2013

PKR Perak. Dah kalah baru nak menyesal. Cunek!



Muhamad Arafat Mahamad
Muhamad Arafat Mahamad
IPOH -  Keengganan pimpinan PKR Perak mendengar suara akar umbi mengenai pemilihan calon-calon PRU13 menjadi faktor utama kekalahan parti itu di Perak.

Naib Ketua PKR Cabang  Tambun, Muhamad Arafat Mahamad berkata, beberapa calon yang dipilih kebanyakannya dibuat melalui keputusan mesyuarat dan bukan keputusan akar umbi.

“Pimpinan langsung tidak menghormati suara akar umbi kerana tetap meletakkan calon yang tidak diterima oleh jawatankuasa cabang  walaupun ada beberapa cabang telah menyampaikan suara akar umbi mengunakan saluran yang betul seperti memorandum dan sebagainya

“Pandangan itu bukan bermaksud pimpinan perlu ikut kehendak akar umbi tetapi sebagai meraikan dan hormati jasa jawatankuasa cabang sepatutnya pimpinan mengadakan pertemuan untuk membincang soal calon,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Arafat berkata, sebaliknya yang berlaku seolah-olah pimpinan tidak perlukan pandangan dan peranan jawatankuasa cabang.

Katanya, apabila pimpinan mengetepikan suara jawatankuasa cabang  dan akar umbi serta meletakkan calon bukan  pilihan akar umbi, maka jentera PR telah rasa kecewa dan diri mereka dilihat tidak dihargai sebagai pemimpin kawasan yang membantu membangunkan parti selama ini.

“Sungguhpun begitu, jawatankuasa cabang dan  akar umbi  tetap membantu gerak kerja PRU13 tetapi undi yang diterima berbanding PRU12 berkurangan.

“Pada pandangan saya, ini adalah mesej berupa amaran yang jelas dari akar umbi kepada pimpinan supaya tidak sewenang-wenangnya menafikan suara mereka,” katanya.

Beliau berkata, pada masa yang sama pihaknya bersetuju dengan tiga faktor yang dikemukakan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty yang dinyatakan kelmarin.

Katanya, sebagai langkah yang perlu diperbaiki bagi memastikan PR menang di Perak pada PRU14, permuafakatan PR di beberapa kawasan perlu dipereratkan lagi kerana sebelum ini ia dilihat berlaku ketidak sefahaman antara ketiga-tiga parti itu semasa PRU13.

Selian itu, pihaknya menegaskan semula bahawa pimpinan perlu memastikan pemilih calon dibuat mengikut suara akar umbi dan bukan calon pilihan mesyuarat semata-mata.

Beliau berkata, kekalahan dan prestasi buruk PKR di Perak pada PRU13 lalu harus dipikul Muhammad Nur sebagai ketua.

“Bagaimanapun, peluang harus diberikan kepada beliau (Muhammad Nur) untuk memperbetulkan semula keadaan dan memastikan masalah berkenaan tidak berulang,” katanya.

Blah la wei!

2 ulasan:

  1. Salam TheSniper

    Udah berapa lamer mamat ni jadi ketua kat PKR Perak tu? Baru setahun jagung weh! Jadi aperle dia tau sangat bab2 akar umbi ni. Ubi kayu pun jangan2 dia tak tau.

    Ikut pandangan Yong, PKR tumpu je di negeri yang dia kuat. Sustain. Negeri yang dia lemah bagi ler kat parti yang lebih kuat jenteranya memainkan peranan lebih penting. Toksah le berebut.

    Pemimpin parti yang raser kuat akar umbi, jangan dok mengada2 pulak.

    Hei..Yong raser kot demer ni bebudak, Yong udah piat telinga demer. Geram betui.

    BalasPadam
  2. Yong.

    Matnor manuty ni yang kuatnya bebelit kat kaki Anwar je. Pegi ler cerok mana. Ada ler muka dia.

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha