21 Jun, 2013

"Rapid fire" yang menggusarkan Pengerusi SPR!



Selangor tubuh suruhanjaya siasat dakwaan penipuan SPR


Hambekkk.......!

Ishhh puok2 nih! buak susoh ambo jah! (pengerusi SPR orang Kelantan)

MELAKA 21 Jun - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tiada keperluan bagi Selangor menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan berlakunya penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas.

Beliau berkata, parti atau ahli politik yang tidak berpuas hati dengan perjalanan PRU13 seharusnya mengikut saluran yang betul dengan memfailkan petisyen di mahkamah.

"Rasa tidak puas hati mengatakan SPR itu dan ini elok dibawa ke mahkamah tetapi berhubung suruhanjaya penyiasatan berkenaan saya tidak pasti apa bendanya, adakah suruhanjaya ini boleh menyiasat SPR yang ditubuhkan di bawah perlembagaan," katanya selepas menghadiri Majlis Penghargaan dan Penyampaian Sijil kepada petugas PRU-13 di Melaka, malam tadi. - BERNAMA





1 ulasan:

  1. blackout-505 berkaitan SPR ya?

    Dalang yang memberi dana ...siapa?

    Laaaa.....ingatkan 27 juta rakyat Malaysia nak turun padang, tadi.
    Malang sekali, jumlahnya tidak memenuhi 1 stadium pun.

    Terlepas lah PELUANG keemasan brader Anwar Ibrahim untuk jadi P.M. (de facto)melalui "spring" anjuran Zionis-Amerika-seDunia.

    salam semua ya. Jangan marah.Selamat membaca.

    http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/08/foreign-agencies-orchestrate-events.html

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha