Keberapa kenyataan awal bahawa beberapa pemimpin kanan PAS ialah tidak setuju dengan perhimpunan seumpama itu
PETALING JAYA: PAS menukar gear dan kini membuat keputusan untuk menyertai secara rasmi himpunan `Black 505′ yang dipelopori PKR kononnya rakyat menolak keputusan pilihan raya umum ke 13, 5 Mei lalu.
Ia bertentangan dengan beberapa kenyataan awal bahawa beberapa pemimpin kanan parti tidak setuju dengan perhimpunan seumpama itu.
Himpunan `Black 505′ dijangka diadakan di Padang Merbok di Kuala Lumpur pada 22 Jun.
Himpunan `Black 505′ dijangka diadakan di Padang Merbok di Kuala Lumpur pada 22 Jun.
Pendirian `flip flop’ dan keputusan yang diumumkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak mengejutkan.
Kerana PAS sebelum ini pernah `flip flop’ dalam pelbagai isu politik termasuk mengenai hudud dan negara Islam.
Dewan Ulama, Pemuda dan beberapa pemimpin tinggi lain PAS sebelum ini mengatakan PAS tidak mahu menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.
Dengan kata mudah, boleh kita fahami bahawa PAS tidak mahu membabitkan diri dengan himpunan `BIack 505′. Beberapa siri himpunan terdahulu seperti di Petaling Jaya dan Pulau Pinang pembabitan ahli PAS tidak diketahui jumlahnya.
Kecuali Mohamad Sabu, barangkali tidak ada pimpinan tinggi parti yang menyertai himpunan termasuk dari Dewan Ulama dan Pemuda.
Suara pemimpin utama
Malah Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku orang nombor satu PAS meminta ahli bersabar serta menerima keputusan pilihan raya umum ke 13 pada 5 Mei lalu.
Ketua Ulama, Datuk Harun Taib dan Timbalan Ketua Pemuda, Nik Abduh Nik Aziz serta beberapa pimpinan yang lain tidak setuju dengan sebarang perhimpunan menjatuhkan kerajaan.
‘Parti (PAS) tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13, ” kata Harun.
Entah mengapa hari ini (Isnin), Harun menyokong keputusan PAS dalam himpunan dan menganggap kenyataan beliau sebelum ini adalah peribadi.
Bagaimanapun, katanya PAS tidak akan menghalang PKR menganjurkan perhimpunan protes atau mengarahkan ahli parti itu supaya tidak menyertainya.
Baru minggu lalu, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Mahfodz Mohamed menyuarakan perkara yang sama iaitu tidak setuju dengan pehimpunan seperti itu. Dan ia ditegaskan pemimpin PAS Perak, Norazli Musa.
Kenyataan Mohamad Sabu
Namun semalam, Mohamad Sabu menyatakan, “Kita hari ini membuat keputusan untuk mengerahkan ahli-ahli PAS bagi menyertai himpunan aman `Black 505′ yang akan di adakan pada 15 Jun (Sabtu) nanti.
“Kita juga tidak mensasarkan berapa ramai ahli-ahli PAS yang akan hadir tetapi mengharapkan ia akan disertai oleh seberapa ramai yang mungkin sebagai tanda sokongan kita.
“Kenyataan rasmi presiden (Abdul Hadi) akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat.
“Apa yang kita harapkan ahli-ahli PAS akan turut serta pada himpunan tersebut dan saya sendiri akan hadir pada 15 Jun nanti,” sambung beliau.
“Apa yang kita harapkan ahli-ahli PAS akan turut serta pada himpunan tersebut dan saya sendiri akan hadir pada 15 Jun nanti,” sambung beliau.
Apa makna semua ini?
Mengapa sekali bercakap tidak setuju kini meminta ahli PAS menyertai Black 505 itu?
Mengapa sekali bercakap tidak setuju kini meminta ahli PAS menyertai Black 505 itu?
Jawabannya tidak lain tidak bukan kerana mahu mengikut rentak PKR yang menerajui himpunan tersebut.
PAS menyedari parti itu tidaklah sekuat mana. Dalam pilihan raya umum lalu, PAS cuma menang 20 kerusi – lebih rendah dari PKR apatah lagi DAP.
Kebangkitan PAS era baru bermula pada pilihan raya umum tahun 1999 selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Umno dan kerajaan. PAS menawan Terengganu, pada 2008 menawan Kedah serta pengaruhnya menjadi semakin luas.
Selepas itu PAS semakin dekat PKR terutama dalam isu-isu nasional. PAS juga melupakan penubuhan negara Islam dan digantikan dengan negara berkebajikan.
Pengumumpan Mohamad Sabu bahawa PAS akan menyertai himpunan Black 505, sangat penting kepada PKR. Ini kerana perhimpunan ini semakin hambar dan diakui sendiri Anwar.
Anwar mahu menunjukkan kepada rakyat dan kerajaan khususnya BN bahawa apa yang didakwa penipuan dalam pilihan raya umum itu benar dan kemenangan kerajaan ditolak rakyat jelata.
Pembangkang akan menjaja sokongan ini sehingga pilihan raya umum yang akan datang
Salam Chor
BalasPadamDua toga orang jer yang flip-flop.