Kemungkinan Polis Terlibat Dalam Kes Tembak Sanjeevan?
Pengerusi MyWatch kena tembak lepas kritik KPN???
Mungkin kebetulan agaknya.. Betul ke kebetulan???
Konfius gak wa la ni..
KUALA LUMPUR: Semua tanda seolah-olah menunjukkan bahawa kes tembakan aktivis anti-jenayah R.Sri Sanjeevan mempunyai kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai salah laku polis, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Bekas ketua polis, menerusi akaun Twitter @TSMusaHassan berkata beliau berharap polis akan menjalankan siasatan terperinci untuk mengesan suspek memandangkan Sanjeevan telah menerima beberapa ancaman.
Beliau menambah: "(Akibat) pendedahannya mengenai penglibatan polis dengan aktiviti-aktiviti jenayah bersindiket dan aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang."
Sanjeevan, yang mengetuai pemantau jenayah MyWatch telah ditembak oleh seorang pembonceng motosikal yang berhenti di sebelah kereta BMW beliau ketika beliau menurunkan tingkap kereta untuk merokok di simpang berhampiran Taman Awana Indah di Jempol, Negeri Sembilan kira-kira pukul 4.30 petang Sabtu, beberapa portal berita melaporkan.
Sanjeevan berjaya memandu melarikan diri walaupun cedera teruk, meninggalkan penyerang di belakang, tetapi berhenti kira-kira 300 meter dari tempat kejadian di mana rakannya yang berada di dalam kereta, Ramesh Balakrishnan, 35, mengambil alih kenderaan untuk membawa mangsa ke Hospital Jempol.
Sanjeevan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kuala Pilah untuk pembedahan.
Beliau dikatakan berada dalam keadaan stabil.
Dalam pendedahan terbaru pada akaun Twitter beliau, Sanjeevan berkata: " Polis @PDRMsia memberitahu beberapa rakan sindiket bahawa dia akan mendapatkan senjata api & memberitahu mereka supaya melepaskan beberapa tembakan di rumah saya untuk menakut-nakutkan saya / keluarga" dia menulis di Twitternya @SanjeevanSS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha