19 Julai, 2013

PERKASA. Dapat tampal bantahan kat pondok pengawal!


KAH KAH KAH!

Takat tampal kat pondok pengawal tak payah la!


Kumpulan pendesak Melayu PERKASA dan Jalur Tiga (JATI) hari ini menghantar nota bantahan ke pejabat wakil Vatican berhubung sokongan wakilnya terhadap penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible berbahasa Melayu sebelum ini.

NONENota yang diserahkan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali di pondok pengawal kedutaan Vatican itu mendesak Ketua Biskop Josep Marino memohon maaf kepada rakyat Malaysia secara terbuka melalui media dan bukan kepada Wisma Putra sahaja.

"Saya ingin umumkan yang Joseph Marino adalah duta persona non grata di Malaysia.

"Beliau tidak dikehendaki di sini dan perlu meninggalkan Malaysia," katanya selepas menampal tiga helaian nota itu di pondok pengawal kedutaan petang tadi.

Nota bantahan yang ditandatangani bersama Ibrahim Ali dan Hassan Ali turut menuntut agar pihak Vatican City sendiri menarik kenyataan Marino dan mengemukakan permohonan maaf.

"Kami menuntut penarikan semula kenyataan itu secara rasmi dan segera serta permohonan maaf rasmi dari Vatican City kepada rakyat Malaysia di atas kenyataan yang bersifat menyerang itu," kenyataan tersebut dipetik.

Mereka turut mendakwa Marino telah "mencabuli tertib diplomatik dan secara khususnya Artikel 41 Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 berkenaan tugas duta agar tidak mencampuri urusan dalaman negara yang menerima mereka".

Dalam kenyataan kepada media kemudiannya, Ibrahim mahu Marino meminta maaf dan diganti dengan duta lain.

"Pada pandangan saya, dia (Marino) adalah musuh kepada negara Malaysia.

"Kita tuntut dia keluar, bukan kita mahu kedutaan (ini) terus ditutup. Kita mahu Vatican lantik wakil baru.

"Kita tak ambil pendirian bermusuh selamanya," tegas Ibrahim.

Sebelum itu, berlaku satu pertengkaran kecil di antara Ibrahim Ali dan polis yang membuat sekatan kira-kira 10 meter dari pintu pagar kedutaan.

Ibrahim yang diiringi kira-kira 30 orang pengikut tidak berpuas hati apabila polis hanya mahu membenarkan lima orang wakil rombongan itu menghampiri pintu pagar kedutaan.

"Ini pun susah!," jerkah Ibrahim sebelum terus menuju ke pagar diiringi seluruh anggota rombongan yang berbaju hitam lengkap dengan sampin dan tengkolok.
Rombongan itu turut melaungkan "Allahuakbar" sebanyak dua kali selepas berjaya menampal nota di pondok pengawal tersebut. sumber.

Tunggu kes ni pulak!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha