31 Ogos, 2013

Hj Hadi seorang yang gagal.



Oleh:  Mohd Sayuti Omar

Bagi hamba sukar untuk Pas mendapat gandingan presiden seperti Fadzil Noor dan Mursyidul Am seperti Nik Aziz. Mereka adalah seperti bulan dengan mentari yang saling cerah mencerahi antara satu sama lain bagi menerang cekrawala bangsa. Pasangan yang cukup ideal.

Pemergian ke Rahmatullah Fadzil Noor pada 23 Jun 2002 bukan saja satu kehilangan kepada Pas tetapi satu petaka memeranjatkan. Sampai kini segala jasa, bakti, perubahan dan politik Fadzil masih dikenang dan disebut-sebut. Setiap kali timbul kerumitan dan suasana kritikal di dalam Pas, Fadzil akan dikenang dan namanya akan disebut, formula politiknya akan dirujuk.

Walaupun penggantinya Abdul Hadi Awang yang sudah lama diasah bakatnya dalam Pas, bahkan pernah diramalkan bakal menjadi pemimpin Malaysia, tetapi tahap pencapaian Abdul Hadi dalam melakukan pembaharuan (tajdid) di dalam Pas khususnya pendekatan tidak berapa memberangsangkan.

Satu perbezaan ketara Abdul Hadi tidak setegas Fadzil Noor beliau gagal mengamankan atau mengheningkan gelora dalam Pas yang timbul berkadang kala. Ahli-ahli Pas juga menjadi berani (tidak wala’) untuk akur kepada mesej dan arahannya. Dan akhir-akhirnya penglibatan menantunya yang dikatakan mencampuri keputusannya selaku presiden memburukkan lagi keadaan dan reputasi Abdul Hadi muasir ini.

Mengenang kelemahan Abdul Hadi, perkara paling besar ialah gagasan kerajaan perpaduan (Unity Government) – kerajaan tanpa pembangkang yang dilontarnya ditafsir dengan berbagai persepsi yang menjuruskan kepada kelemahan dan kegoyahan prinsip politiknya. Anihnya, dan di sinilah kelemahan ketaranya apabila beliau tidak menggunakan preoragati sebagai presiden mempertahankan ideanya yang bernas itu. Sikap ini pula dilihat sebagai keterbukaan dan sifat lembut Abdul Hadi. Hasil sikap itu menyebabkan apa-apa pandangan, teguran beliau tidak diendahkan.

Sudah 11 tahun Abdul Hadi menjadi presiden Pas. Hanya dua tahun sahaja lagi beliau akan menyamai rekod dipegang Burhanuddin Hilmi, Asri dan Fadzil Noor yang menjadi presiden selama 13 tahun. Apakah Abdul Hadi akan berhenti atau disingkirkan setelah genap 13 tahun? Kalau itulah perkiraan bermakna Abdul Hadi akan terus memimpin Pas sekurang-kurangnya untuk dua tahun lagi. Menjelang muktamar dua tahun lagi Pas boleh mempersiapkan calon pengganti Abdul Hadi.

30 Ogos, 2013

Menjelang Hari Merdeka. Jom mengenang pahlawan2 yang dikhianati!

Oleh: Giustizia Spada

Menjelang Kemerdekaan

Hari ni berderet deret kuor kat tv citer merdeka......
Tapi majoriti yang berderet tu semuanya berkisar bpenentangan terhadap jepun dan paling banyak komunis.......
British mana????.....opppssss!!! lupa...British kan kawan baik UMNO....

-Pemikiran rakyat dilembukan khususnya orang melayu.......taktik propaganda british-

Pahlawan Negeri Perak yang dianiayai barua barua melayu......ada yang ditahan dan dibunuh...dan ada yang dibuang negara....

Peliknya akhir akhir ini nama mereka tidak didendangkan di kaca tv sebagai pehlawan kemerdekaan...
Cubaan pemerintah untuk mengelapkan nama mereka dan jasa dalam lipatan sejarah negara...




Beliau adalah Wira yang tidak didendang kerajaan sekarang kerana beliau adalah musuh British...
Anak Sarawak yang memperjuang kemerdekaan tanah air....ditahan oleh barua melayu dan dibunuh dengan tali gantung........

Beliau dimaksudkan adalah Rosli Dhobi

Photo: MENJELANG KEMERDEKAAN

Beliau adalah Wira yang tidak didendang kerajaan sekarang kerana beliau adalah musuh British...
Anak Sarawak yang memperjuang kemerdekaan tanah air....ditahan oleh barua melayu dan dibunuh dengan tali gantung........

Beliau dimaksudkan adalah Rosli Dhobi


Sejarah sudah membuktikan ramai Barua Melayu dengan penjajah....dari Barua yang berkerja dengan Jepun hinggalah Barua yang berkerja dengan British......

Apa nak ditangiskan pada tragedi Bukit Kepong.....
Sebab sejarah membuktikan mereka ketika itu berkerja dengan penjajah British......
Dan Barua seperti merekalah yang banyak menangkap pejuang kemerdekaan dan membunuhnya.......




-Hari ini Barua ini dijulang setiap hari sebagai wira........Tugu pahlawan pun tak dak nama diaorang...yang ada hanyalah nama anjing anjing british...(melayu yang bodo!!!)-








Pejuang melayu yang perjuang kemerdekaan dicop sebagai pengkhianat....dan dibunuh oleh british dan anjing anjingnya (melayu yang jadi tali barut).......

Salah seorang Pejuang yang kini mula ditenggelamkan namanya sedikit demi sedikit dalam buku sejarah......

DIALAH TOK JANGGUT!










Bala pertama kenaikan bill elektrik TNB (bergambar)







Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di Kuala Lumpur semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.



P/S: Percayalah. Ini akan berterusan selagi kerajaan tidak melakukan sesuatu berkaitan kenaikan bill elektrik.

Politik Malaysia dijangka berubah 5 tahun mendatang.



Oleh: Professor Abu Nawas
(Penulis adalah pensyarah pelawat di Universiti di utara Malaysia)

Politik melayu 5 tahun akan datang akan terjadi begini :-

1- Sebahagian orang melayu yang sudah lama berpolitik dalam Pas dan PKR akan masuk DAP kerana mereka nampak sejak DAP mentadbir Pulau Pinang, DAP telah berjaya menjadi parti yang terbaik memerintah negeri berbanding Pas di Kelantan dan PKR di selangor (Lebih2 lagi Pas mempunyai rekod yang buruk ketika mentadbir Terangganu dan Kedah).

2- Anak muda melayu yang tak berparti pula akan memilih PSM kerana bosan dan meluat dengan pemimpin BN dan PR. Mereka mahu menjadi pembangkang yang menyuarakan suara rakyat. Mereka juga sudah bosan dengan hipokrasi perkauman yang kononnya tiada dalam Pakatan Rakyat.

3- Pemimpin Umno, Pas dan pemimpin melayu dalam PKR pula akan bersatu dengan alasan mahu mempertahankan kuasa melayu dan Islam tapi yang sebenarnya mereka mahu mempertahankan perut dan bawah perut.

Natijahnya ialah -

1- 10 tahun lagi DAP akan hancur kerana penyertaan ramai orang melayu ke dalam parti ini akan menyebabkan parti ini menjadi kucar kacir kerana orang melayu memang bangsa yang suka fitnah memfitnah, jatuh menjatuh dan pada ketika itu DAP akan hancur.

2-PSM pula semakin hebat kerana penyertaan anak muda yang mempuyai idea idea baru di samping pembacaan mereka tentang sejarah sejarah politik negara akan membantu PSM tidak mengulangi kesilapan yang di lakukan oleh BN dan PR. Keterbukaan PSM dalam menerima kritikan juga akan menjadi parti ini semakin matang di masa hadapan untuk berhadapan dengan BN dan PR serta rakyat yang semakin cerdik melampau pada ketika itu.

3- Umno, Pas dan PKR akan terus ke belakang dalam menerima pembaharuan pembaharuan politik kerana mereka menyekat idea idea serta pandangan pandangan yang tidak kehaluan dengan mereka dan akhirnya parti parti ini hanya menjadi bahan sejarah pendidikan sekolah rendah sahaja. Namun mereka masih tetap perasan dengan slogan "Anak Muda bersama Kita" sedangkan depa tak tau anak muda makin meluat dengan perangai mereka....



Kenaikan harga elektrik mengundang malapetaka!


Photo: Mampus!


Kakitangan TNB hampir putus tangan ditetak ketika potong bekalan elektrik

SUBANG JAYA - Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus pergelangan tangan ditetak dua lelaki ketika melakukan kerja pemotongan bekalan elektrik di Lot 190 Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway di sini petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua, dalam kejadian pukul 5 petang itu, berlaku pertengkaran antara mangsa, Muhammad Adni Isa, 42, dengan dua suspek yang tidak puas hati dengan tindakan mangsa memotong bekalan elektrik.
"Mangsa bersama seorang rakan bertugas membuat pe motongan elektrik di hadapan tiang TNB tempat kejadian. Tiba-tiba datang dua lelaki bertanya mengapa potong elektrik.
"Tidak puas hati dengan jawapan diberikan mangsa, berlaku pertengkaran sebelum kedua-dua mereka keluar dari rumah membawa dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali,” katanya ketika dihubungi.
Kata Ah Chua, mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya dan diberi rawatan awal sebelum di hantar ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar untuk pembedahan.
Sehubungan itu, Ah Chua mengesahkan, dua suspek yang berusia 33 dan 45 tahun kini ditahan untuk tindakan lanjut.
Kes di siasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau cara-cara yang merbahaya. - KOSMO!


29 Ogos, 2013

PAS akan terus gagal kerana sikap sendiri.


Selalunya, setiapkali menemui kegagalan manusia akan bermuhasabah diri mencari kelemahan diri dan mengatasinya untuk lebih berjaya. Sebaliknya segelintir puak2 tertentu dalam PAS (serta pengikut mereka) berbuat tindakan yang bertentangan.

Biar gambar2 berbicara

Mewujudkan kasta dalam parti.

Photo: Pluralisme agama adalah cabang daripada Islam Liberal yang rosak lagi membahayakan.
Mengfitnah pimpinan tidak sealiran



Photo: Pengkhianatan Dr Hatta dan Anwaris Terhadap PAS

Menurut athar Ibnu Abbas R.A: "Sebagaimana melakukan terhadap seseorang, begitulah juga diperlakukan". Begitulah kedudukan Anwaris yang mengkhianati PAS melalui penyerahan kerusi-kerusi penting Parlimen dan DUN sebagai satu pengkhianat terhadap PAS dan mengaut laba dan keuntungan dari Anwar, begitulah juga diperlakukan Anwar terhadap Anwaris yang bakal menyerahkan jawatan exco-exco negeri Selangor dan segala kepentingan Anwaris kepada UMNO semata-mata laba dan keuntungan UG versi Anwar yang sedang dibincangkan.

Dr Hatta adalah figure penting yang memainkan peranan untuk menjayakan visi dan misi Anwar sebagai perdana menteri dalam pru 13 yang lalu. Beliau dilihat lebih menghormati Anwar berbanding Presidennya sendiri. Dr Hatta pernah mengkhianati presidennya sendiri dan mempertahankan tindakan salah seorang daripada Ajk PAS Pusat yang secara terang-terangan menghina Presiden PAS iaitu Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH). Kebiadaban Ajk PAS Pusat tersebut telah dianggap oleh Dr Hatta sebagai satu muhasabah untuk Presiden PAS. Seolah-olah sudah ada kesepakatan untuk membuli Presiden dan tindakan yang tidak berakhlak.


Dr Hatta juga pernah dalam kes yang lain pula mempertahankan tindakan menuding jari ke arah Presiden PAS yang dilakukan oleh Ajk PAS Pusat yang sama. Selain itu, Dr Hatta turut menyalurkan maklumat penting kepada Tulang Besi dan blogger-blogger upahan mereka. Apakah tujuan beliau melakukan sedemikian terhadap Presiden PAS? Sedangkan dalam masa yang sama beliau dilihat lebih mesra PKR.Dr Hatta juga pernah menyatakan hatinya sudah tidak sabar kerana TGHH mengenepikan PKR dalam perkara yang berkaitan dengan UG.

Malah, hatinya geram kerana mengenepikan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.Secara tiba2 disaat akhir sebelum hari mengundi pru 13, PKR mengisytiharkan Anwar sebagai perdana menteri sedangkan ia tidak pernah disepakati di dalam Majlis Presiden PR. Adakah Dr Hatta tidak mengetahui tentang rancangan mengisytiharkan Anwar sebagai perdana menteri atau memang beliau turut terlibat dalam rancangan tersebut?

Tambahan pula, Dr Hatta Ramli bersama beberapa orang kuatnya di Selangor juga pernah berusaha dan berjaya melepaskan kerusi-kerusi penting PAS di Selangor kepada Anwar semata-mata mendapat laba ekonomi dari Anwar yang merupakan perancang utama ekonomi Selangor. Kali ini, Anwar yang berulang-ulang kali merayu Najib agar memberi ruang kepadanya tampok pemerintahan negara terutamanya jawatan Timbalan Perdana Menteri menawarkan kepada UMNO kepimpinan Selangor dari jawatan menteri besar sehingga segala kepentingan Selangor walaupun terpaksa merentap semua kepentingan ini dari Anwaris.

Inilah hakikatnya bagi pencinta-pencinta kuasa dan harta semata-mata. Agama dan maruah parti menjadi gadaian untuk memastikan Anwar dan Anwaris mendapat tempat. Biar pun Anwaris mendapat kecaman hebat dari ahli-ahli PAS, namun mereka tetap juga meneruskan pengkhianatan. Namun, Tuhan itu Maha Kaya yang pasti membalas segala kejahatan dengan kejahatan yang setimpal.

UG Anwar hampir pasti kerana disambut oleh orang besar UMNO yang berjawatan menteri iaitu YB Zahid Hamidi. Setakat ini, tiada suara-suara sumbang dari pemimpin-pemimpin UMNO yang menolak UG ini (http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/from-around-the-blogs/58816-kisah-sebenar-anwar-yang-tawarkan-perpaduan-dengan-najib). Begitulah dari Anwar yang tidak menolak kemungkinan UG ini. UMNO dan PKR tidak bertepuk sebelah tangan (http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kenapa-anwar-lebih-didambakan-najib-bukannya-pas-untuk-membentuk-kerajaan-p). Kedua-dua belah sudah berbunyi. Anwaris pula, duduk tak senang hanya dua langkah tampak dipamerkan terhadap UG.

Langkah sumbang pertama adalah dari Dr Dzulkefly Ahmad yang langsung tidak menunjukkan reaksi terhadap kesan dan akibat UG Anwar. Apa yang digambarkan hanyalah kehebatan Anwar berbanding Najib (http://drdzul.com/2013/08/16/laluan-sukar-menanti-najib-selepas-perbincangan-kerajaan-perpaduan-terdedah/). Kemudian, langkah sumbang Anwaris muncul lagi. Sungguh sumbang kerana dibangkitkan UG UMNO-PAS yang langsung tiada kena mengena dengan UG versi Anwar. Hakikatnya, Anwaris ternganga, berangan-angan nak menjadi menteri kepada perdana menteri baru, tetapi yang dikendong pula bakal keciciran.

PAS mesti memikirkan kembali jawatan Pengarah Pilihanraya Pusat dan peranan Dr Hatta untuk penggal berikut. Perwakilan yang bijaksana perlu menilai dengan teliti perlakuan Dr Hatta selama ini pada Muktamar Agong PAS yang bakal menjelang tiba.

Zuzalee Ariffin

Link : http://abuhuzaifahdamanhuri.blogspot.com/2013/08/pengkhianatan-dr-hatta-dan-anwaris.html?m=1
menyalahkan pihak lain.

Yang ni langsung tidak diusik!


bersambung.......


28 Ogos, 2013

KUIN jadi kilang buat duit zaman PAS?

Jawab! jangan tak jawab!

DUN Kedah dikejutkan dengan kepincangan KUIN

NONEDewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam dikejutkan dengan pendedahan kepincangan pengurusan dan kewangan anak syarikat Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain (BN-Tanjong Dawai) yang mendedahkan perkara itu semasa menggulung perbahasan, mengemukakan bukti dengan fakta serta contoh berdasarkan siasatan dan audit dalaman.

Pendedahan itu mengejutkan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Pas-Pengkalan Kundor) (kanan) yang bangun mencelah dan berkata apa yang didakwa itu di luar pengetahuan barisan Exco ketika Kedah ditadbir pakatan pembangkang.

Tajul Urus berkata pembayaran gaji yang tinggi kepada ketua pegawai Eksekutif IHSB sehingga RM35,000 sebulan selain tindakan IHSB menubuhkan anak-anak syarikat yang tidak perlu menyebabkan berlaku pertindihan fungsi sedangkan ia boleh laksanakan sendiri oleh Kuin.


Menurutnya anak-anak syarikat tersebut menjalankan operasi akademik yang menelan kos tinggi seperti Insan Maya Sdn Bhd menguruskan Kuliah Multimedia, Insan Hospitality Sdn Bhd menguruskan Kuliah Hospitaliti dan perkhidmatan halal, Insan Fasih Sdn Bhd dan Insan Medic Sdn Bhd bagi Kuliah Perubatan.

"Kesemua program akademik ini boleh dijalankan di bawah Hal Ehwal Akademik (HEA) Kuin dengan kos lebih rendah," kata Tajul Urus.

Beliau berkata unit penyelenggaraan melibatkan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan juga diserahkan kepada IHSB dan kos untuk kerja-kerja itu bagaimanapun dibayar oleh Kuin.

Pelantikan kakitangan juga tidak mengikut prosedur dan kelayakan serta terdapat pensyarah dilantik tanpa temuduga, ada yang diberikan kerja dahulu dan temuduga kemudian, tambahnya.

"Bayaran gaji tidak mengikut skim gaji dan pelantikan pensyarah tidak berdasarkan kelayakan MQA. Pensyarah Kreatif Thinking berkelayakan bidang Ijazah ICT. Pensyarah Bahasa Arab tetapi kelayakan bidang Ijazah Usuluddin," katanya.

Tajul Urus berkata kebanyakan keputusan dan tindakan IHSB bercanggah dengan syarat ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Beliau turut menyenaraikan penyelewengan, pembaziran kewangan besar termasuk kompaun oleh KPT serta tindakan mahkamah terhadap Kuin.

- Bernama


Pelacur VS Ahli Politik. Yang mana lebih mulia?



Pelacur kerja untuk cari duit.
nak lari dari hidup susah.




Ahli politik yang nak jadi calon tapi tanpa visi dan misi pun sama, nak cari duit.

Nampak sangat tujuan tak lain tak bukan dari senang nak jadi kaya dan berkuasa.







ANTARA DUA NI, YANG MANA LEBIH MULIA?