30 Ogos, 2013

Politik Malaysia dijangka berubah 5 tahun mendatang.



Oleh: Professor Abu Nawas
(Penulis adalah pensyarah pelawat di Universiti di utara Malaysia)

Politik melayu 5 tahun akan datang akan terjadi begini :-

1- Sebahagian orang melayu yang sudah lama berpolitik dalam Pas dan PKR akan masuk DAP kerana mereka nampak sejak DAP mentadbir Pulau Pinang, DAP telah berjaya menjadi parti yang terbaik memerintah negeri berbanding Pas di Kelantan dan PKR di selangor (Lebih2 lagi Pas mempunyai rekod yang buruk ketika mentadbir Terangganu dan Kedah).

2- Anak muda melayu yang tak berparti pula akan memilih PSM kerana bosan dan meluat dengan pemimpin BN dan PR. Mereka mahu menjadi pembangkang yang menyuarakan suara rakyat. Mereka juga sudah bosan dengan hipokrasi perkauman yang kononnya tiada dalam Pakatan Rakyat.

3- Pemimpin Umno, Pas dan pemimpin melayu dalam PKR pula akan bersatu dengan alasan mahu mempertahankan kuasa melayu dan Islam tapi yang sebenarnya mereka mahu mempertahankan perut dan bawah perut.

Natijahnya ialah -

1- 10 tahun lagi DAP akan hancur kerana penyertaan ramai orang melayu ke dalam parti ini akan menyebabkan parti ini menjadi kucar kacir kerana orang melayu memang bangsa yang suka fitnah memfitnah, jatuh menjatuh dan pada ketika itu DAP akan hancur.

2-PSM pula semakin hebat kerana penyertaan anak muda yang mempuyai idea idea baru di samping pembacaan mereka tentang sejarah sejarah politik negara akan membantu PSM tidak mengulangi kesilapan yang di lakukan oleh BN dan PR. Keterbukaan PSM dalam menerima kritikan juga akan menjadi parti ini semakin matang di masa hadapan untuk berhadapan dengan BN dan PR serta rakyat yang semakin cerdik melampau pada ketika itu.

3- Umno, Pas dan PKR akan terus ke belakang dalam menerima pembaharuan pembaharuan politik kerana mereka menyekat idea idea serta pandangan pandangan yang tidak kehaluan dengan mereka dan akhirnya parti parti ini hanya menjadi bahan sejarah pendidikan sekolah rendah sahaja. Namun mereka masih tetap perasan dengan slogan "Anak Muda bersama Kita" sedangkan depa tak tau anak muda makin meluat dengan perangai mereka....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha