"orang bertanggungjawab dalam kes Kota Damansara adalah bukan orang lain melainkan Abdul Hadi sendiri maka dia kena ambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Kejadian itu mempamirkan sejauh mana kematangan dan fatanahnya politik presiden itu. Walaupun ada usaha untuk mengelakkan kejadian itu atas restunya dengan massa Pas membelasah menantunya tetapi hakikat di sebalik itu orang sudah membacanya"
Realiti Kemelut Dun Kota Damansara: Wibawa Presiden Perlu Dinilai
Oleh: MSO
Mulanya saya tidak berminat memberi apa-apa komen atau ulasan mengenai pertembungan sesama sendiri di antara Pas, PSM (PKR) di kerusi Kota Damnsara, Selangor di dalam pilihan raya lalu sehinggakan kerusi itu melayang ke tangan calon BN, Halimaton Sadiah. Secara teorinya kalau kerusi itu ditandingi seorang sama seorang di antara Pakatan Rakyat dengan UBN, sudah sahih kerusi itu akan dimenangi oleh PR menerusi calonnya Dr Nasir Hashim.
Lagi pun Dr Nasir telah mewakili kerusi berkenaan pada pilihan raya 2008 lalu.
Cuba perhatikan undi yang diperolehi Dr Nasir dan calon Pas Rizuan Ismail. Nasir mendapat 14,860 undi manakala Rizuan mendapay 7,312. Kalau dicampur kedua undi mereka itu Pakatan akan memperolehi 22,172 undi berbanding dengan Halimaton Saadiah yang menang dengan mendapat undi sebanyak 16,387. Sebab itu kalau mengikut teori (atas kertas) Dr Nasir akan menang dengan majoriti sekurang 10,000. Tetapi..
Bagaimana sikap diam saya itu akhir terbuka juga apabila kemelut huduh di Kota Damansara itu menjadi polemik. Rasa tidak puas hati banyak pihak terlontar mengenainya. Isu kerusi Kota Damnsara itu tidak senyap begitu saja dan ia akan menjadi sejarah hitam yang akan disebut dan dijadikan iktibar. Rasa tidak puas hati khasnya di kalangan PKR terus disebut-sebut. Kesalahan diletakkan kepada Pas. Pas dianggap sebagai tomak, tidak menghormati semangat kerjasama dan degil tidak mahu mengendah. Begitulah persepsinya walaupun yang merencana mengenai kasus itu hanya beberapa orang saja.
Anihnya Dr Nasir sendiri tidak kedengaran melahirkan rasa kecewa atas apa yang berlaku. Dr Nasir seperti dapat menerima takdir 'pengkhinatan' yang dilakukan terhadapnya. Beliau mungkin sudah memahami dan menerimanya kerana begitulah politik. Mungkin begitulah sifat "sosialis dan komunis" yang ditohokkan kepada dirinya. Komunis lebih tawaduk daripada pihak-pihak lain yang nampak sangat ghairah dan tidak bijak menilai suasana.
Apabila diungkit rasa tidak puas hati itu, Pas mempertahankan apa yang berlaku. Bukan semua Pas tetapi segelintir orang-orang Pas yang bagi saya masih dalam era merangkak atau bertatih. Yang hanya memahami apa itu POLI tetapi tidak mengerti apa itu TIK. Pas Selangor tidak ada apa-apa kemusykilan. Bahkan timbalan Pesuruhjayanya Abdul Khalid Samad kecewa dengan apa yang berlaku. Penentangan atau keengganan akur kepada keputusan parti itu juga saya nampak ia sebagai satu protes senyap yang kemudiannya terdedah kepada umum. Mungkin juga barah masa depan Pas Selangor tumbuh di Kota Damansara?
Kita lihat senario apa yang berlaku di Kota Damansara itu. Pas mendakwa kerusi itu adalah kerusinya kerana pemberian kepada Dr Nasir pada tahun 2008 adalah bersifat semantara. Sebelum ini kerusi itu ditandingi Pas, tetapi tewas. Pas juga mendakawa penyokong mereka lebih ramai di situ berbanding dengan penyokong PKR atau Dr Nasir sendiri. Isu-isu lain ditimbulkan adalah kerana Dr Nasir seorang pengkagum kepada tokoh-tokoh sosial dan komunis. Selebihnya Dr Nasir tidak turun ke kawasan dan jarang ditemui di masjid.
Inilah tiga modal isu ditimbulkan Pas yang akhirnya Kota Damansara dirobohi oleh Umno. Cuba kita ulas dan pehatikan satu persatu mengenai apa yang didakwa oleh orang Pas khasnya di Kota Damansara itu untuk melihat siapa yang benar dan siapa yang silap atau tohor ilmu politiknya. Dalam hipotesis ini nanti sama-sama membuat kesimpulan.
Memang kerusi itu adalah kerusi Pas atas sifat ianya ditandingkan oleh Pas pada tahun 2004. Sememangnya juga ahli Pas tentu lebih ramai daripada ahli PKR atau PSM sendiri. Tetapi hujah ini boleh dipertikaikan kalau kita mengambil pendekatan politik waras demi untuk kemenangan bersama. Walaupun kerusi itu menjadi milik Pas, ia bukan sesuatu yang mutlak di dalam politik. Politik akan bergerak mengikut tektik dan strategi. Tektik dan strategi itu boleh berubah sebaliknya dasar kekal. Kalau pertahanan kerusi Kota Damansara itu atas dasar siasah syariah ternyata ia silap. Perlu disedari politik yang ikut sama ditunggani Pas hari ini bukan politik Islam seratus peratus yang rigid, apa-apa keputusan tidak boleh dirubah.
Politik yang didokongi Pas kini juga separuh sekular dan bercanggah dengan prinsip Islam. Ia diterima atas khilas darurat saja. Rasanya tidak perlu saya menghurai mengenai hal ini, bagaimana Pas pun terjebak dalam politik sekular seperti juga Umno dan lain-lain parti.
Mengenai sikap dipegang oleh Pas Damansara itu itu sesuatu yang bertentangan dengan semangat tahalul syiasi yang dianjurnya sendiri. Jadi kalau orang mengatakan Pas bikin tidak serupa cakap ada kulihanya juga dan janganlah ada ahli Pas yang melenting.
Justeru memandangkan Pas telah menjalinkan kerjsama dengan PKR dan DAP, adalah wajar untuk Pas menyerahkan kerusi berkenaan kepada Dr Nasir atas sebab dia telah menang di kerusi berkenaan. Dari perhitungan politik untuk menang, ia berpeluang besar kalau Dr Nasir diberi laluan. Lagi pun Pas sudah memperolehi banya kerusi berbanding dengan PSM sendiri di Selangor. Elok kalau Pas mengambil kira situasi itu. Kegilaan Pas ingin memiliki kerusi berkenaan menyerlahkan sifat tamak Pas dan tidak memahami erti kerjasama politik dalam satu pasukan (collection parti). Inilah masalah dihadapi oleh sesetengah ahli atau pemimpin Pas yang syok bercakap mengakui Islam.
Begitu juga alasan Pas memiliki keahlian yang ramai di situ bukan merupakan alasan bijak dan sesuatu yang mutlak untuk mendapatkan kerusi. Kalau Pas mengakui mereka adalah gabungan kepada PKR dan DAP, untuk apa Pas mendakwa dan mempertahankan dengan bilangan keahlian untuk memiliki kerusi berkenaan? Kecualilah Dr Nasir pada tahun 2008 kalah di kerusi berkenaan. Ternyata Dr Nasir menang di situ atas sokongan Pas juga. Kemenangan Dr Nasir itu yang diharap-harapan kerana itulah matlamatnya. Dalam situasi sebegitu Pas sepatutnya berkorban bukannya melakukan korban.
Seperkara yang jelas segelintir orang Pas di Kota Damansara tidak gentlemen dalam berpolitik. Tidak menghormati keputusan parti dan menentang arahan parti. Parti telah bersetuju dan sepakat untuk memberi kerusi kepada Dr Nasir. Pas Selangor juga bersetuju. Tetapi ia ditentang begitu rupa sekali sehinggakan watikah calon yang biasanya di tandatangai Setiausaha Agung tetapi ditanda tangani oleh Presiden?
Ertinya disini Pas Kota Damnsara tidak mematuhi keputusan awal parti dan ada unsur-unsur mepengaruhi Presiden agar memberi watikah kepaa calon mereka. Dalam soal ini, Presiden Abdul Hadi Awang juga boleh dipersoalkan dari segi kredibilitinya, kebijaksanaan dan bertindak secara adil - kenapa sampai begitu. Bukankah PKR telah mengeluarkan watikah kepada Dr Nasir? Apakah tidak ada kosultasi di antara beliau dengan Dr Wan Azizah selaku presiden parti?
Khabarnya Setiausaha Agung Mustafa Ali terkilan dengan tindakan Abdul Hadi itu sampai merungut; sukar untuk saya bekerja dengan presiden macam ini. Mustapa dikatakan merajuk dan membawa diri ke Sabah? Sedikit sebanyak wibawa Abdul Hadi sebagai pemimpin nombor satu parti dipertikaikan dengan apa yang berlaku itu. Di sinilah orang akan melihat ada hubungan atau elemen kronisme di dalam isu Kota Damnsara kerana berkebetulan salah seorang yang menuntut agar kerusi itu diberikan kepada Pas adalah menantunya sendiri. Kalau fenomena ini berlaku ia merupakan tanda-tanda buruk kepada Pas.
Memerhati situasi ini orang bertanggungjawab dalam kes Kota Damansara adalah bukan orang lain melainkan Abdul Hadi sendiri maka dia kena ambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Kejadian itu mempamirkan sejauh mana kematangan dan fatanahnya politik presiden itu. Walaupun ada usaha untuk mengelakkan kejadian itu atas restunya dengan massa Pas membelasah menantunya tetapi hakikat di sebalik itu orang sudah membacanya.
Bagi saya melihat apa yang berlaku itu boleh menyimpulkan bahawa kerjasam antara Pas dengan PKR khasnya Anwar Ibrahim bagi sesetengah pemimpin tertinggi Pas termasuk Abdul Hadi tidak ikhlas. Abdul Hadi dalam keadaan tertentu seperti terpaksa menerima kerjasama itu bukan atas kehendak dan jiwanya sendiri. Kerana kalau beliau ikhlas, tulus dan menerima kerjasama itu hal-hal di Kota Damnsara, kenyataan-kenyataanm beliau mengecam calon PKR di Terengganu tidak berlaku. Beliau akan tetap mempertahankan keputusan awal dan tidak mudah digerudi oleh sesiapa walaupun menantu sendiri.
Tidak melampau dikatakan sekiranya Pas masih lagi mahu parti itu dipimpinan oleh Abdul Hadi Awang di masa akan datang, apakah perlu diusulkan dalam muktamar kelak agar kerjasama Pas dengan PKR (Anwar Ibrahim) dibincangkan. Selagi tidak wujud kerjasama sebati dan ikhlas Pas dengan Anwar (PKR) maka selama itulah hal-hal yang berlaku seperti di Damnsara dan Terengganu atau di Sungai Aceh akan berlaku. Selama itu juga halangan-galangan dalaman ke atas kejayaan Pakatan Rakyat akan terus berlaku.
Najib buat kerja bodoh tetapi tetap menjadi kebanggaan kambing2 serta pecacainya.
BalasPadamBegitu juga dengan kambing2 dan pecacai pas. Nak ulas pun tak guna... walau macamana bongok pun tuan presiden pas pecacai pas tetap akan mempertahankannya.
Kedua2 kes tersebut di atas adalah untuk pengikut2 yang tidak menggunakan otak/akal untuk berfikir.
Aljo.
BalasPadamNak buat macamana. Yang di bawah dah di latih untuk ikut arahan je. Siapa yang paling kuat mengampu yang tu la dapat naik atas dalam hirarki parti.
Bhai Chor Sniper...
BalasPadamNih ayam katik ker ayam laga.... hahahaha.... (gua tak takwilkan kepada sesapa aaa)... hahaha
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Mertua yg mengeluarkan watikah pencalonan dan beliau juga membuat kenyataan menyokong pertindihan calon. Terang ianya satu pelanggaran perjanjian oleh mertua. Soalnya, mengapa mertua tak merasa bersalah? Dalam kuliah, berbuih-buih mulut mengatakan amat mulia bila tersilap pohon maaf. Dalam kes ni, bila lagi nak minta maaf? Menantu pun sama, taknak ngaku silap. Bagi aku, mertua dah sampai masa lepaskan kerana nampak bedo'oh lalu (amat-sangat) lemahnya cara mertua berpolitik, hinggakan tak dapat menilai buruk-baik kehendak menantu. LEPASLAH
BalasPadam