Oleh: Mat Saman Kati
Hah!! Nampaknya makin hari makin ramai Ostad-ostad yang jadi glamer kerana Facebook. Tambahan pula kalau cakap pasal dosa pahala, halal haram, sunat dan makruh.
Dalam Facebook juga ramai pendakwah kopipes yang terer-terer. Baru sepatah kita cakap, dah berderet ayat Quran dan hadis yang dia paste dalam komen. Ayat yang paling skema digunakan..."kembali lah kepada Quran dan Sunnah."
Dulu aku tulih blog. Macam-macam skandal dan penyelewengan aku tulis..dan dalam kebanyakan tulisan itu, ada banyak perkara yang aku tak boleh tulis. Aku pun kena ada strategi...sat lagi asyik kena saman saja...mampuih la.
Dan bila ada perkara yang aku tak boleh dedahkan, berderet lah komen dari pendakwah-pendakwah ini. "Janganlah kamu melakukan fitnah kerana fitnah itu lebih bahaya dari membunuh."
Cewahhh...
Hari ini, makin ramai pemfitnah-pemfitnah yang melakukan fitnah tanpa disedari. Dan yang peliknya, fitnah ini dilakukan oleh Ostad-Ostad yang dah glamer. Ostad-Ostad yang yang sudah diterima sebagai ulama. Dan yang peliknya, Ostad-Ostad ni bagi ceramah jangan buat fitnah, tapi depa sendiri buat fitnah.
Hari tu, aku tulis dalam komen DrAzman Ibrahim...bagi tau dia gambar yang dia bubuh dalam facebook itu bukan gambar betul. Dan dia terus delete posting tersebut. Tahniah Dr. Azmanibrahim.
Hari ni aku tengok dalam FB Ustaz Ahmad Dusuki Ahmad. https://www.facebook.com/UstazAhmadDusuki
Ada dua gambar dalam FB dia yang tak betul.
Caption yang ditulis pada gambar tersebut menyebut mereka yang mati ini adalah pro-Morsi dan itu sebab mengapa mereka dibunuh. Ostad Dusuki terus menyalahkan Al-Sisi yang melakukanya dan mendoakan hanya jalan mati saja yang patut untuk al-Sisi.
Kita kata Al-Sisi membunuh, tapi bukan dia yang membunuh. Bukankah kita lebih teruk dan bahaya dari Al-Sisi?
Sebenarnya itu bukan gambar yang berlaku di Mesir tapi berlaku di tempat lain. Dan gambar ini dikongsi sebanyak 1433 kali.
Ada satu lagi gambar yang tak betul yang terdapat dalam FB Ustaz Dusuki.
Ini juga bukan gambar di Mesir tapi gambar kemalangan jalanraya yang berlaku entah tahun bila.
Aku tau...bila aku tulis macam ni, gerenti akan ada orang kata aku fitnah pulak sebab tak disediakan bukti... tapi nanti. Kalau aku asyik nak buktikan orang lain salah, nanti orang kata aku saja cari salah orang lain saja. So, hangpa pun boleh cari sendiri.
Salah satu kelemahan Facebookers dan bloggers ialah tak mau bagi kredit kepada tuanpunya gambar atau bagi link dari mana sumber diperolehi. Bila kita ambik barang orang lain, dan tak mau bagi kredit..sama juga dengan mencuri.
So, bagi yang tak tau macam mana nak check sama ada sesuatu gambar itu betul atau tidak, aku kongsikan apa yang aku tau.
Mula-mula, download gambar tu.
Gambar yang telah didownload boleh dilihat sebelah bawah kiri.
Kemudian buka google.com dan klik pada "image".
Klik dan drag gambar yang telah didownload kedalam kotak search dan Google akan search gambar yang serupa atau paling hampir. Kalau tak ada, masukkan sedikit info kedalam kotak search. Pada gambar tersebut ada watermark, "www.alwafd.org". Ini yang kita dapat.
Dan bila kita pergi kepada website www.alwafd.org, kita akan dapat gambar asal.
Fuh...bahasa arab pulak!! macam mana nak tau kalau tak faham bahasa Arab?
Yang tu pakai google translate la. Tak kan yang tu pun tak tau!!
Kalau tak tau jangan pakai Facebook. Nanti tak pasal-pasal dapat dosa kerana memfitnah.
(Sat lagi ramai la yang kata aku sokong Al-Sisi pulak!! Sebelum hangpa membuat fitnah...fikir dulu sebelum menulis komen.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha