04 Ogos, 2013

Mat Ezam versi PAS dah muncul?

1. Menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad menegaskan beliau sedia tampil dan menyerahkan bukti kepada Jawatankuasa Displin parti berhubung dakwaaan wujudnya usaha sabotaj dalaman parti secara terbuka pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu.
(Bunyi macam Mat Ezam Kotak je!)

2. "Namun jika ada laporan disiplin yang sah dan saya dirujuk kepadanya, Insya-Allah saya sedia tampil bersama bukti yang telah saya nyatakan sebelum ini dan saya menegaskan bahawa syaratnya mestilah tindakan diambil," kata Zaharudin (kanan).
("Namun"! Caner kalau ada laporan disiplin yang sah? Siapa yang mengesahkan? Teringin sangat nak tengok bukti!)



2.  "Dua hari ini gajet saya meriah dengan para wartawan. Mereka ingin mendapatkan maklum balas berhubung status seorang lawyer (peguam) bernama Zulhazmi yang kononnya membuat laporan disiplin. Laporan itu tidak menepati prosedur dan tidak perlu saya respon. 
(Bunyi macam Mahkamah petisyen pilihanraya je!)


Menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad menegaskan beliau sedia tampil dan menyerahkan bukti kepada Jawatankuasa Displin parti berhubung dakwaaan wujudnya usaha sabotaj dalaman parti secara terbuka pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi respon berhubung aduan displin yang dibuat oleh anggota PAS seumur hidup Zulhazmi Shariff baru-baru ini kerana didakwanya tidak menepati prosedur.

NONE"Dua hari ini gajet saya meriah dengan para wartawan. Mereka ingin mendapatkan maklum balas berhubung status seorang lawyer (peguam) bernama Zulhazmi yang kononnya membuat laporan disiplin. Laporan itu tidak menepati prosedur dan tidak perlu saya respon.

"Namun jika ada laporan disiplin yang sah dan saya dirujuk kepadanya, Insya-Allah saya sedia tampil bersama bukti yang telah saya nyatakan sebelum ini dan saya menegaskan bahawa syaratnya mestilah tindakan diambil," kata Zaharudin (kanan).

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS berkata demikian dalam tulisannya yang disiarkan dalam laman sosial Facebooknya tengah malam tadi.

Pada Jumaat lalu, Zulhazmi (bawah) membuat aduan kepada Jawatankuasa Disiplin berhubung kenyataan Zaharuddin kerana menuduh terdapat sabotaj dalaman secara terbuka.

NONEPengamal undang-undang itu mencadangkan Zaharuddin disiasat bawah fasal 82(1)(g) perlembagaan PAS, berkaitan tindakan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti.

Katanya,jawatankuasa displin perlu menyiasat kesahihan dakwaan Zaharuddin itu dan jika ia ternyata tidak benar, penuduh patut dikenakan tindakan kerana mencemarkan imej parti di mata masyarakat.

Beliau merujuk tulisan Zaharudin di Facebook yang menjawab laporan sebuah portal berita yang mendakwanya mempengaruhi bapa mertuanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani watikah calon PAS Kota Damansara, yang kemudiannya menyebabkan pertembungan dengan PKR.

Malaysiakini telah menghubungi Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk mendapatkan reaksi mengenai status aduan tersebut tetapi setakat ini belum mendapat maklum balas.

SUMBER

P/S: Paling seronok nak tengok siapa yang akan bekap mamat nih!



2 ulasan:

  1. Bhai Chor Sniper...

    Hahaha.... macam biasa la.... kengkawan akan bekap kengkawan... hahahaha.... biar sampai terlungkup PAS... janji Geng Rusila rules... hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    BalasPadam
  2. HE!HE!HE!

    PAS DAH NAK GHUYUB !!

    PAS DAH NAK GHUYUB !!

    PAS DAH NAK GHUYUB !!

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha