Equador Tarik Duta Besarnya Dari Mesir, Malaysia Bila Lagi?
Ekuador menarik duta besarnya di Mesir pada hari Rabu (15/8). Penarikan itu dilakukan setelah pasukan keselamatan Mesir menghancurkan kemah-kemah protes pendukung Presiden Mohammed Mursi yang digulingkan dan menembak ratusan dari mereka.
Dalam satu kenyataan ringkas, Kementerian Luar Negeri Ekuador menyatakan rakyat Mesir telah memilih Mursi sebagai pemimpin berperlembagaan mereka.
"Setelah kudeta yang menggulingkan Presiden Moursi pada Julai tahun ini, masyarakat Mesir telah terjerat dalam iklim protes awam dan tekanan dari pemerintah de facto," kata pernyataan itu seperti dikutip Antara, Khamis (15/8).
Hari Rabu semalam adalah hari paling berdarah selama puluhan tahun di negara Arab paling padat penduduknya di dunia itu.
Seperti disiarkan oleh Reuters, sekurang-kurangnya 235 orang terbunuh, termasuk setidaknya 43 polis, dan 2,000 cedera, kata para pegawai pejabat kesihatan, dalam pertempuran yang menyebar di luar Kaherah ke kota-kota lain di seluruh negera.
Sementara itu, di Malaysia, PAS menggesa kerajaan menutup kedutaan Mesir di sini dan menghantar pulang dutanya sebagai reaksi segera bantahan negara ekoran kekejaman tentera rejim negara itu terhadap rakyatnya.
Demikian dinyatakan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan malam tadi seperti disiar oleh harakahdaily.
Di samping itu, katanya Malaysia perlu menghantar mesej jelas kepada pemimpin rampasan kuasa tentera, Abdul Fattah As Sisi dan Menteri Dalam Negeri, Muhammad Ibrahim bahawa mereka wajib bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mana-mana darah yang menitis hari ini di Mesir.
Tindakan menyerang dari segenap penjuru serta tembakan peluru hidup yang berterusan lebih tujuh jam membuktikan pihak tamarud yang diketuai oleh As Sisi dan Muhammad Ibrahim amat tidak berperikemanusiaan, tambah kenyataan itu lagi.
Mana-mana negara yang mendiamkan diri daripada mengutuk tindakan kebinatangan ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab terhadap insiden keganasan terlampau di Mesir.
PAS mengesa seluruh markaz, masjid, surau dan madrasah melakukan solat hajat dan qunut nazilah pada malam ini mendoakan agar musibah yang menimpa saudara kita di Mesir dapat dihentikan segera dan pembunuh dan perampas kuasa tentera dihancurkan oleh Allah.
Di Indonesia, Ketua Komisi I DPR, Mahfudz Siddiq meminta Pemerintah Indonesia mengambil sikap atas kekerasan kemanusiaan yang dilakukan reiim tentera Mesir terhadap rakyatnya.
Menurut Mahfudz sikap diam pemerintah dapat dianggap sebagai cerminan dukungan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono terhadap tentera Mesir. "Artinya diam-diam pemerintah mendukung kudeta rejim tentera yang menjungkirbalikkan hasil pilihanraya," kata Mahfudz dalam satu pesanan singkat yang diterima Republika, Khamis (15/8).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha