Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kira-kira 40 barangan keperluan asas, termasuk tepung, beras dan gula, akan dikecualikan daripada cukai sekiranya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
camtu la lebihkurang. Susu tepung, Milo, ubat-ubatan kompom la naik harga! Mana anak2 yang dah putus nenen minum Milo boleh ler minum air masak je. Baik untuk kesihatan. Mana2 yang selalu beli ubat kat farmasi mulai sekarang kena la belajar rebus pucuk mengkudu je. Kalau luka, cari daun maliyalam (daun pokok kapal terbang) tenyeh2 tempek kat luka tu!
Kalau cakap duty import kereta dihapuskan sedap la jugak nak dengar!
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kira-kira 40 barangan keperluan asas, termasuk tepung, beras dan gula, akan dikecualikan daripada cukai sekiranya cukai barangan danperkhidmatan (GST) dilaksanakan.
camtu la lebihkurang. Susu tepung, Milo, ubat-ubatan kompom la naik harga! Mana anak2 yang dah putus nenen minum Milo boleh ler minum air masak je. Baik untuk kesihatan. Mana2 yang selalu beli ubat kat farmasi mulai sekarang kena la belajar rebus pucuk mengkudu je. Kalau luka, cari daun maliyalam (daun pokok kapal terbang) tenyeh2 tempek kat luka tu!
Kalau cakap duty import kereta dihapuskan sedap la jugak nak dengar!
Beliau berkata kajian mengenai perkara itu sedang dilaksanakan, dan rang undang-undang berhubung GST dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan.
"Kita sedang berbincang dengan NGO dan syarikat korporat sebelum keputusan mengenai GST diputuskan bagi mengambil kira kesejahteraan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Surau Kampung Kuang Hilir, di sini hari ini.
Ahmad Husni berkata GST bukan cukai baru yang akan diperkenalkan, sebaliknya ia menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.
"Sebanyak 170 negara telah melaksanakan GST, yang didapati lebih efisien dan moden, dan sudah terbukti meningkatkan ekonomi negara," katanya.
Beliau berkata sekiranya GST dilaksanakan, pendapatan negara dijangka meningkat yang membolehkan kerajaan mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, selain menurunkan kadar cukai korporat.
"Kita perlu lihat bagaimana hendak mengurangkan kadar cukai korporat supaya lebih ramai pelabur datang ke sini, sekali gus dapat merancakkan ekonomi negara serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.
Beliau berkata selain memberi manfaat kepada syarikat terlibat, pelaburan juga memberi kebaikan kepada banyak pihak.
"Bila kita melaksanakan satu pelaburan, bukan syarikat sahaja yang memperoleh keuntungan, malah pekerjanya juga akan mendapat keuntungan menerusi kenaikan gaji. Seperti rakyat yang menerima bantuan e-kasih, bantuan bulanan mereka juga akan meningkat," kata Ahmad Husni.
Mengenai Perundingan Belanjawan 2014, Ahmad Husni berkata ia telah selesai dilaksanakan, termasuk di Sabah dan Sarawak, baru-baru ini.
"Sabah dan Sarawak dari segi cabaran, ialah pembangunan jangka panjang di kedua-dua negeri itu dalam konteks ia mesti menjadi kawasan pertumbuhan ekonomi atau pusat ekonomi, dan dengan itu infrastruktur perlu di berikan keutamaan," katanya. - Bernama, 24 Ogos, 2013.
Salam Chor
BalasPadamGoreng cekodok dan jerang ayor guna dapur kayu api ke? Harga gas naik...
Yong.
BalasPadamLepas ni kayu api pun kena dapatkan "doket" kalau nak angkut dari luar daerah. hahaha