Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat
Saya melihat perbahasan yang timbul berhubung pemilihan Timbalan Presiden adalah hasil kekeliruan mengenai peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat.
Untuk memberikan pencerahan terhadap persoalan ini saya memetik dari ‘Kertas Mesyuarat 7/2005 Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat’ untuk dikongsi bersama semua pengunjung blog saya. Saya sertakan bersama gambar muka surat depan, 13 dan 14 dari kertas asal yang berada dalam simpanan saya untuk rujukan bersama.
Muka surat depan bertulisan rumi dan bertajuk seperti yang disebut di atas.
Muka surat 13 bertulisan jawi dan saya tuliskan kembali dalam tulisan rumi untuk kemudahan mereka yang tidak fasih tulisan jawi.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Kesimpulan
Maka peranan Majlis Syura Ulama adalah perkara yang berkait dengan memelihara dasar parti dan mengawasi kegiatan parti agar terpelihara dan istiqamah kerana Majlis Syura Ulama terikat dengan nusus qatiyah dan murunah (flexible) dalam mengkaji ijtihad para Ulama yang lalu dan peranan berijtihad secara jamaa’i (collective) dalam menangani masalah-masalah semasa. Peranannya tidak bersifat ‘theocracy’ dalam fahaman barat yang menganggap ahli-ahli agama berkuasa penuh secara mutlak (dictatorship)dan tidak bersifat sekular yang tidak memberi kuasa kepada agama.
Adapun peranan ahli Jawatankuasa Pusat bersifat tanfidzi (executive) dalam melaksanakan keputusan, mentadbir, merancang dan mengatur strategi bagi menterjemahkan islam menjadi petunjuk dan rahmat kepada seluruh alam.(ms 13)
Di sana terdapat beberapa pengalaman yang perlu diingat kembali, di antaranya ialah keputusan bertahaluf oleh Majlis Syura Ulama dan pelaksanaannya oleh Jawatankuasa PAS Pusat dalam beberapa kali pilihanraya. Begitu juga keputusan meletakkan calon Muslimat yang dilihat dari segi perbincangan hukum Islam dan peranan Muslimat serta keadaan-keadaan semasa yang boleh berubah.
Jalinan erat di antara Syura dan Jawatankuasa Pusat menggabungkan thabat dan istiqamah dengan Islam menjadi aqeedah perjuangan dan merangka khittah dan strategi yang memantapkan hala-tuju dan kejayaan yang diredhai dan diberkati Allah.
Wa aakhiru da’waanaa anilhamdulillahi rabbil a’alamiin.
Alfakiir ilalLah wa raajii ‘afwah,
Abdul Hadi Haji Awang.kh(ms 14)
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha