18 September, 2013

Sejarah awal PKM. Wajib Baca!



SeSiaPa MuSuH BRiTisH aDaLaH PenGGaNaS ?!



Ada antara kita barangkali yang terlupa atau tidak tahu bahawa PKM hanya diharamkan pada tahun 1948. Sebelum itu, PKM adalah sebuah pertubuhan yang "sah" atau halal; bukan pertubuhan haram. Meskipun sebelum tahun 1948 kebanyakan ahli dan pemimpin PKM memilih bergerak "di bawah tanah" dan hanya sebahagian saja yang mengenalkan diri secara terbuka, tetapi ibu pejabat PKM yang terletak di Kuala Lumpur adalah pejabat yang "terbuka" dan boleh dikunjungi oleh siapa saja.

Pejabat Parti Komunis Malaya Yang Bebas Dilawati Oleh Sesiapa Sahaja

Sebelum tahun 1948 juga anggota PKM tidak dimomokkan dan dilabel sebagai pengganas. Tidak ada istilah pengganas komunis sebelum tahun 1948. Anggota PKM atau orang-orang komunis hanya dimomokkan sebagai pengganas dan sebagai orang-orang yang anti-Tuhan atau tidak beragama selepas tahun 1948 sebagai perang saraf penjajah Inggeris untuk menumpaskan perjuangan PKM.


Kebetulan selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, ideologi komunis (dan juga sosialis) adalah ideologi yang didukung oleh lebih satu pertiga penduduk dunia, khasnya rakyat di negara-negara yang dijajah oleh kuasa barat. Komunisme adalah ideologi tandingan terhadap kapitalisme dan imperialisme dan merupakan senjata yang berkesan untuk menentang imperialisme barat.


Chin Peng, setiausaha PKM yang menjadi buruan
tentera British sehingga Malaysia merdeka.

Oleh itu, dalam konteks sejarah yang demikian, barangkali bukanlah satu perkara yang salah, dan bukan pula satu kebodohan, jika ada orang Melayu yang masuk menjadi ahli PKM dan mendukung ideologi komunis dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan. Kebetulan di Malaya ketika itu, PKM adalah kumpulan politik yang terkuat, yang mempunyai senjata dan mempunyai kemampuan untuk menentang penjajah Inggeris secara bersenjata. Ini tentunya satu faktor lagi yang mendorong sebahagian orang Melayu, seperti bekas ahli API, AWAS dan PKMM yang tidak dapat lagi berjuang mengikut jalan damai, kerana parti mereka telah diharamkan, masuk ke hutan dan berjuang bersama-sama PKM.

Sebuah Pusat Latihan untuk Melatih Masyarakat Menjadi Pengikut Komunis.

Chin Peng dan Rashid Maidin Sewaktu Rundingan Damai Dengan Tunku Abdul Rahman.

Sekatan Jalan Raya Home Guard Bagi Mencegah Kemaraan
Komunis Mempengaruhi Penduduk Setempat.

Bila Timbulnya Istilah "Pengganas Komunis"?

Kita sudah lama terbiasa dengan istilah "pengganas komunis". Jadi kita menganggapnya sebagai istilah biasa dan penggunaannya pun sebagai hal yang wajar saja. Kita tidak menyedari bahawa istilah itu sebenarnya dicipta dan direka dengan tujuan tertentu. Ketika berlaku konflik berdarah yang dahsyat antara orang Melayu dengan orang Cina pada akhir tahun 1945, selepas berakhirnya pendudukan Jepun, istilah itu belum muncul lagi, walaupun konflik itu melibatkan ahli MPAJA atau Bintang Tiga, yang merupakan cabang tentera PKM. Orang-orang Bintang Tiga ialah komunis, tetapi ketika itu mereka belum lagi digelar sebagai pengganas komunis.

Istilah pengganas komunis sebenarnya hanya muncul selepas tahun 1948, selepas Darurat, atau selepas PKM melancarkan perjuangan bersenjata menentang penjajah British. Ketika itu mucul istilah "penjahat", "pengganas" dan "bandit" untuk merujuk kepada anggota Tentera Pembebasan Nasional (TPN), atau cabang tentera PKM, yang terlibat dalam perjuangan bersenjata itu.


Pasukan Bersenjata Parti Komunis Malaya Sewaktu Melakukan
Latihan Bersama Tentera British Sewaktu Menentang Penjajahan Jepun.
(Ini kemudiannya ditiru UMNO apabila bersatu dengan PAS tika lemah!)

Misalnya, ketika melaporkan serangan pasukan TPN ke atas balai polis Bukit Kepong , tajuk berita Utusan Melayu (24/2/1950) ialah "Serangan Penjahat atas Rumah Pasung Bukit Kepong", manakala akhbar Strait Times (24/2/1950) pula membawa tajuk " Johore Bandits Kill 23, Burn Police Station". Dalam laporan itu Utusan Melayu menggunakan istilah penjahat dan pengganas secara tukar ganti.

Istilah penjahat, pengganas dan bandit ini sebenarnya dicipta oleh pihak penjajah British sebagai perang saraf untuk memomokkan dan memburukkan imej PKM supaya orang ramai membenci dan tidak menyokong perjuangan PKM. Ini adalah fakta sejarah, dan tidak dimaksudkan untuk mengagung-agungkan PKM.


Seorang Pegawai Tentera British dan Rejimen Askar Melayu
Sedang Melakukan Siasatan Mengenai Komunis di Kampung Cina. (Bersatu dengan penjajah untuk melawan penentang?)


p/s : Matlamat paling mudah puak-puak yang mengamalkan fahaman/ideologi Kapitalisme, 'Mencari Keuntungan & Kekayaan Walau Dengan Apa Cara Sekalipun'. Sama seperti prinsip tersirat oleh Nichollo Machievelli dalam bukunya Prince, 'Matlamat Menghalalkan Cara'.

3 ulasan:

  1. dulu & kini, media cetak(akhbar) & elektronic (tv&radio) menjadi santapan ilmu (&rosak) minda rakyat.
    Auta & putarbelit fakta.
    Bila ujud komputer & siber, baru tau dah kene 'kelentong' dek meno.

    BalasPadam
  2. Terbaik la.. bro !

    Dulu depa cop sapa lawan "kerajaan" masa tu sebagai "komunis, anti-Islam" padahal semangat aspirasi perjuangan aje sama iaitu lawan bersenjata, tapi akidah, syariat masing-masing la.

    Le ni, depa kat USA akan cop "Pengganas" untuk burukkan pejuang umat Islam. Kat sini, depa cop sapa bangkang depa sebagai "Hina Agung","DAP tu komunis"
    untuk terus berkuasa.

    Same old same old, then !

    BalasPadam
  3. nasib pkm ni sama dgn taliban di afghanistan.

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha