21 September, 2013

Si pemalas yang nak mencari salah orang!


Mula2 kita ulang semula apa yang di katakan oleh Khalid Samad,

Mereka yang mengeluh ini bagaikan orang yang inginkan nasi tanpa ingin menghasilkan beras, atau inginkan kek tanpa ingin membancuh telur dengan tepung. Yang diinginkan adalah satu natijah tanpa diikuti proses ke arahnya. Sedangkan apa yang dianjurkan oleh mereka sendiri tidak menghasilkan apa yang mereka kata mereka inginkan! selanjutnya SINI

Jom baca lagi apa yang diperkatakan puak pemalas nih!

GOMBAK - Dewan Ulama Pas menegaskan kajian semula tahaaluf siyaasi di antara parti itu dan PKR adalah bertujuan untuk memberi amaran supaya perbincangan diadakan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

Ketua Penerangannya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, Pas mempunyai pendirian yang jelas dalam menjalinkan kerjasama di antara parti itu dengan dua lagi sekutu politiknya.

"Kita guna kaedah tahaaluf siyaasi, apa masalah yang berlaku, DAP senang berbincang dengan kita berbanding PKR sebabnya kita berpegang kepada prinsip Islam apa yang kita cakap ia benar," katanya pada 'Forum Tahaaluf Siyaasi', di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), di sini, malam tadi.  

Tegas Nik Zawawi lagi, tahaaluf siyaasi yang dijalin Pas bertunjangkan Islam dan ia tertakluk kepada garis panduan yang sudah pun ditetapkan sehingga ada perkara di mana Pas tidak boleh bertolak ansur.

"Kita jalankan tahaaluf untuk menguntungkan Islam, jika ada ia akan kekal tetapi kalau tidak penuhi syarak kita tegas dan kita sudah beritahu rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain Pas ada prinsip.

"Ada benda yang tak boleh bertolak ansur, yang akan membatalkan perjuangan kita. Ini yang kita nak jaga.

"Kita kaji tahaaluf siyaasi ini bukan kita nak tolak secara total, kita hanya nak bagi sedikit 'warning' kepada rakan tahaaluf siyaasi kita pakati bersama, apa perkara nak buat kena bincang dulu," katanya.

Nik Zawawi yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama bagaimanapun berkata, rakan perikatan DAP dilihat selesa dengan kaedah tahaaluf siayaasi yang digunapakai Pas.

Beliau juga turut memberi jaminan, Pas sama sekali tidak akan mengkhianati PKR dan DAP selagi garis panduan talaaluf siyaasi yang ditekankan parti itu diikuti.

"Saya jamin tahaaluf siyaasi kalau tak merugikan Islam, kita tak akan pernah khianat, jangan bimbang," ujarnya.


Selanjutnya aku bagi hangpa tengok DUN2 PAS yang mengalami penurunan % sokongan di Perak!


13 dari 22. 59%!
P/S: Sampai sekarang post mortem tak siap2 lagi. Entah buat entah tidak!



3 ulasan:

  1. Tu la stail depa. Sendiri tak salah. Orang lain je yang salah.

    BalasPadam
  2. PRU14, kalau turun lagi 4%, semanggol dengan Changkat jering boleh tumbang wo!

    BalasPadam
  3. ni seme sbb seat pru. Dgn DAP mmg la xde masaalahnya sbb DAP x tanding di seta PAS. Dgn PKR berebut seat. Seme ni gila kuasa. PAS pun satu, asyik2 jentera dorang ramai tapi x jugak menang2. Dah latu bila kalah dgn selamba cakap PAS masuk pilihanraya bkn sbb nak menang tapi sbb nak sebarkan agama Islam...bullshit!. X masuk pilihanraya pun bole sebarkan atau berdakwah...semuanya nak jadi calon walaupun x layak. Kalau menang pun sbb nak elaun dan pencen wakil rakyat...

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha